21 Jan 2014

Kumpulan Comey Tersingkir Di Minggu Ke-10 Maharaja Lawak Mega 2013

 Assalammualaikum..
Diam x diam dah 10 minggu MLM2013 berlangsung, dan hanya beberapa minggu lagi akan berlangsungnya final MLM. MLM2013 minggu ke-11 akan berlangsung di Kedah pula dan bertemakan Silent Comedy dan Karoot Komedia. Berbalik pada minggu ke-10 ini, kump Comey yang dianggotai oleh Ropie dan Suhaimi tersingkir. Satu pencapaian yang baik juga kerana kump Comey mampu bertahan selama 10 minggu. Untuk minggu ke-10, Nabil telah berjaya memenangi "Man Of The Match", walaubagaimanapun Nabil dan kump Jambu turut tersenarai dalam bottom three. Ini adalah kali pertama Nabil dan Jambu berada dalam kedudukan bottom three dan tema untuk minggu ke-10 ini adalah Radio.
Kumpulan SYJ membuat persembahan pembukaan dan ternyata sketsa yang dilakukan mereka agak best juga n kelakar yang mengisahka 2 perompak yang ingin merompak di konti radio tapi sempat menyamar jadi artis undangan iaitu Azhael hehe. Manakala Nabil pula membuat menjadi penghantar pizza ke konti radio tapi akhirnya try test menjadi deejay pula hehe. Boleh tahan jugalah sketsa nabil kali ni dari minggu2 sblumnya. Kump Comey pula gagal menampilkan sketsa yang menarik seperti minggu2 terdahulu. Persembahan mereka agak slow n kurang kelakar untuk minggu ke 10 ini.
Kumpulan Shiro juga menampilkan sketsa yang menarik juga. Best gak tengok part Ramalan Cuaca yang dibuat oleh Shahrol tu. Agak kreatif juga bila diorang gunakan lagu yang dinyanyikan oleh Datuk Yusof Haslam tu pastu siap modenkan lgi lagu tu dengan remix semua hehehe. Kumpulan Sepahtu pula membuat sketsa tentang Rahim yang menjadi Deejay n menemubual Jep dan Shuib yang mewakili Sepahtu di konti radio. Lawak gak bila tengok diorang dok membahan Rahim tu, tapi diorang tu semua kawan baik, biasalah tu bahan membahan antara diorang tu gurau-gurauan gitu.
Kump Bocey pula membuat sketsa tentang sorang bapa yang membawa anaknya datang ke konti radio, habis huru hara konti radio tu hehe. Kump Bocey antara kump yang konsisten n x pernah dlm bottom three lgi kalau aku tak silaplah. Kump Jambu pula membuat persembahan penutup tapi persembahan Jambu minggu ini agak slow n kurang kelakar sikit berbanding minggu2 sebelumnya. Rasanya hampir semua kumpulan dapat 4 Bintang dari juri kecuali kump Comey dan Jambu yang mendapat 3 bintang.
Tak sabar nak tengok diorang semua buat Silent Comedy n Silent Comedy ni mmg Jambu terror. Rasanya hanya 5 peserta kot yg akan ke final n ada satu lagi penyingkiran. Takpun 4 peserta akan ke Final MLM2013 nanti.

Gambar2 diatas credit to Facebook Maharaja Lawak.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

4 ulasan:

Ena's Stories berkata...

kumpulan comey ni semakin membosankan...lawak ntah apa2

Muhammad Taufiq berkata...

Hye, saya suka bace blog awk, baru2 ni saya baru buat blog hope awk boleh follow dan singgah la blog saya :) http://awksweetgitu.blogspot.com

Cik Nur™ berkata...

xde dah ayat "pa citarr..!" kann..heheh

Abak Lorong Cinta berkata...

Ala.... hhuhuhuhuhu

Related Posts with Thumbnails