13 Jan 2014

Kumpulan Wala Tersingkir Di Minggu Ke-9 Maharaja Lawak Mega 2013

Assalammualaikum..
Diam tak diam dah masuk minggu ke-9 MLM2013 ni. Di minggu ke-8 tiada penyingkiran dibuat namun di minggu ke-9, kumpulan Wala telah tersingkir setelah beberapa kali berada di bottom three. Kump Shiro dan kump Comey turut berada dalam bottom three. Tema minggu ke-9 adalah bebas dan menyaksikan 8 kumpulan membuat persembahan masing2. Rahim berjaya memenangi Man Of The Match untuk minggu ke-9 ini. MLM Di minggu ke-9 ini telah dibuat di One Utama, memang ramai orang yang datang, tapi pentas MLM tu nampak kecil n x best serta audio system juga macam kurang bagus dengan bunyi bergema di tv semua.
Kump Shiro membuat persembahan pembukaan, Sketsa diorang okey cuma punchline kurang menyengat. Nabil pula melakukan stand up comedy dan masih menggunakan Ac Mizal sbg bahan lawaknyer. Selain itu Nabil juga turut recycle lawak dan tarian Lawak Ke Der Style. Sape yg tgk Lawak Ke Der mesti perasan kan. Tapi okey gak lama x tgk tarian tu hehe. Persembahan kump Comey agak kurang best untuk minggu ini. Manakala kump SYJ cemerlang dgn idea kreatif diorang dengan membuat sketsa tentang lif. Walaubagaimanapun dialog2 yang berunsurkan double meaning telah muncul semula patutnya SYJ cari dialog yg lebih baik dari gunakan double meaning ni semua. Sketsa kump Wala juga agak tidak menarik serta tidak kelakar.
Kump Jambu pula buat pasal cabutan bertuah tu agak menarik juga, cuma punchline diorang kena lebih menyengat lagi. Kump Bocey juga tidak menghampakan, agak menarik juga sketsa diorang siap main tumbuk2 perut lagi hoho. Manakala kump Sepahtu cemerlang minggu ini dengan sketsa diorang pasal orang2 gila tu. Punchline pon best. Lawak gak tengok Jep gi myamar pastu x habis2 minta kunci pintu pagar hehe. Memang rezeki kump Sepahtu laa malam tu siap dapat markah tertinggi n menang sebuah kereta Alza baru lagi n Rahim pon dapat Man Of The Match lgi. Apapun tahniah untuk Sepahtu sbb menang kereta.

P/s- Lama x dgr kisah JOZAN..Khabarnya Zizan gi bercuti dengan artis2 Wirefame di L.A manakala JoHaN dan isterinya Ozlyn pula pergi menunaikan Umrah. Kedua-duanya berada di luar negara cuma tempat je asing2.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

6 ulasan:

Cik Nur™ berkata...

sian wala hari tukan..xde dapat sambutan pun...

Nao Mei berkata...

tak rezeki wala lah tu dear...cik akak memang suka sepah2 nie..hihi...
best giler :)
klik nuff 3

Maria Firdz berkata...

minat jambu dan sepahtu.... hehe...

Deqla Manjew berkata...

wala mmg x best pun minggu lps.. tgk mcm xde perasaan jer..xde yg lawak pun...huhuhu.. sapahtu n jambu terbaikk.. :)

Solehah Shamsuddin berkata...

kesian juga kumpulan Wala ni. Tp nk wt cmne, dyorg asyik bottom phase je

Che Rosliza Che Mat berkata...

tiada rezeki untuk kumpulan wala...

Related Posts with Thumbnails