-->

24 Jan 2014

The Heirs (The Inheritors)- Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat review drama korea yang bertajuk The Heirs/The Inheritors. Drama ni antara yang paling popular, paling famous, paling hot n paling top untuk tahun 2013. Mempunyai 20 episod dan dibintangi oleh ramai pelakon terkenal Korea antaranya Lee Min Ho, Park Shin Hye, Kim Woo Bin, Choi Jin Hyuk, Krystal Jung dan ramai lagi. Rasanya memang ramai suka dengan drama ni. Jalan cerita drama ni berkisarkan kehidupan anak-anak orang kaya gitu. Bagi aku jalan cerita drama ni biasa jer sebab boleh agak apa akan jadi seterusnya tapi disebabkan ramai pelakon popular dalam cerita ni so ianya menutup kekurangan pada jalan cerita drama ni.
Lakonan Lee Min Ho n Park Shin Hye memang yang terbaik sebab diorang pelakon hebat. Tapi ramai gak berkenan dengan lakonan Woo Bin sebagai Yong Do dalam cerita ni. Antara part yang aku suka adalah masa perebutan Cha Eun Sang diantara Kim Tan dengan Yong Do di sekolah tu. Part Buli2 pelajar miskin di sekolah kaya tu antara yang unik juga, tapi mmg kejam betul buli2 macam tu. Selain itu, part Kisah cinta yang sweet n cute antara Chan Young dan Bona tu memang best, suka tengok Lee Bo Na yang agak obses dengan BF nya Chan Young tu tapi die mempunyai hati yang baik. Aku suka gak tengok hubungan adik beradik antara Kim Tan dengan Abangnya Kim Won. Abangnya sangat dingin dan seperti membenci Kim Tan kerana ibu mereka lain2 namun Kim Tan tetap melayan abangnya dengan baik. Tapi nanti bila Kim Tan berada dalam masalah dan mula memberontak sendirian, abangnya mula berasa kasihan dan mula menolongnya.
Kim Tan yang sudah ditunangkan dengan Rachel atas pilihan keluarga mula menyukai Eun Sang dan Rachel menjadi sangat benci pada Eun Sang kerana menjadi penyebab Kim Tan ingin putus tunang dengan dia. Eun Sang juga adalah anak orang gaji rumah Kim Tan. Tapi biasalah hubungan Kim Tan dan Eun Sang tidak direstui dan disukai oleh ayah Kim Tan sebab Eun Sang ini hanya anak orang gaji. Dalam cerita Korea pun ada pasal darjat2 dan keturunan ni semua tau heehe. Lagu2 dalam drama ni juga best2 belaka.
Drama ni juga shooting kat luar negara iaitu Amerika Syarikat. Apapun Lee Min Ho mmg hensem hihi tapi kesian juga dengan Yong Do dalam cerita ni sebab die x dapat Eun Sang dan ayahnya pula kena tangkap polis dan die jadi sorang2 jer. Die dan Kim Tan nak berbaik- baik mcam dulu2 tapi diorang tak tahu caranya. Tapi jika Kim Tan dalam kesusahan, Yong Do akan membantunya. Eun Sang juga nak jadi kawannya tapi Yong Do menolak sebab Eun Sang dah tolak cintanya. Drama ni juga baru habis ditayangkan di channel ONE Astro. Penangan drama ni memang kuat sebab banyak kali juga trending di Twitter.
Apapun jom layan sinopsis drama ni yang aku amik kat Wikipedia..

Sinopsis
"The Heirs" depicts the friendships, rivalries and love lives of young, rich heirs led by Kim Tan (Lee Min Ho) and a girl named Cha Eun Sang (Park Shin Hye). The series follows a group of privileged, rich, elite high school students as they are groomed to take over their families' business empires. These wealthy students seem to have everything under control, except their love lives. Kim Tan is a handsome and wealthy Korean heir to a large conglomeration who is sent to study abroad in the U.S. In reality, it's a form of exile, as his elder half-brother back home, Kim Won (Choi Jin-hyuk) schemes to take over the family business. While in the States, Kim Tan bumps into Cha Eun Sang (Park Shin Hye), who has arrived from Korea in search of her older sister. Slowly, he feels himself falling for her, never realizing that she's the daughter of his family's housekeeper. When Kim Tan's fiancée, Rachel Yoo (Kim Ji Won), arrives to bring him back to Korea, his heart is torn between love and duty. Meanwhile, Rachel's future stepbrother and Kim Tan's former best friend, Choi Young Do (Kim Woo-bin) goes to the same school as Kim Tan and Eun Sang and starts falling for Eun Sang as well. The troubles arise as the heirs realize the differences between money and the real world.
Aku bagi 3.6 bintang dari 5 bintang untuk drama ni. Apapun tak silap aku drama ni ada menang beberapa anugerah dlm SBS Award hari tu. Lee Min Ho, Park Shin Hye semua ada menang. Selain itu Park Shin Hye, Choi Jin Hyuk dan Kim Woo Bin ada muncul dalam Running Man episod 160 kot kalau tak silap untuk mempromosikan drama The Heirs ni. Sayangnya Lee Min Ho jer x datang dlm RM masa tu.
Baca ini jugak..Klik pada tajuk drama dibawah utk membaca review drama berkenaan.

Drama Lakonan Lee Min Ho yang terdahulu-
Drama Lakonan Park Shin Hye yang terdahulu-
Drama Lakonan Choi Jin Hyuk yang terdahulu-
Drama Lakonan Kim Ji Won yang terdahulu-
Gambar2 Credit to Google..

10 ulasan:

  1. rindu kim tan..!
    hehehe

    best citer ni.. :)

    BalasPadam
  2. rindu kim tan..!
    hehehe

    best citer ni.. :)

    BalasPadam
  3. ok... yana mmg minat gile citer ni.. mmg suke gile dengan kim tan.. tp suke juga dengan young do.. young do hensem bile die buat rambut mcm kimtan. hahaha.. yana tunggu juga bilelah kim tan ni nak datang untuk Running Man.. haihh... my fave drama for ever.. the heirs/the inheritors.

    BalasPadam
  4. dya pernah tgk sekali je..hehe.. tapi mmg ramai yg ckp cite ni best..

    BalasPadam
  5. Suka Young Do sangat2. Tapi macam takde happy ending untuk dia dalam cerita ni. Sedihhhh

    BalasPadam
  6. Best sangat cerite ni...diorang semua hensem...lagi- lahi lee min ho..😉😉

    BalasPadam
  7. Best sangat cerita ni...semua hensem...lagi-lagi lee min ho..😉😉

    BalasPadam
  8. sebab ape saya rasa bosan tgk citer ni ek..huhu
    jln citer biasa jer
    heroin sedih jer manjang

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017