2 Ogo 2013

Dont Worry I'm A Ghost

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat review ttg drama Korea diatas yang bertajuk Dont Worry Im A Ghost. Drama di atas ni ala2 macam telemovie gitu, 1 episod jer..Hero drama ni aku tak kenal tapi heroinnyer mmg popular iaitu Park Shin Hye. Hero cite ni mmg x hensem tapi lakonan die mmg terbaiklah, lakonan Park Shin Hye mmg sentiasa terbaik, watak die dalam cite ni memang sangat sesuai dgn dirinyer. Sweet2 jer..Jalan cerita drama ni mmg best, ianya bermula dengan happy+misteri sebelum diakhiri dengan ending yang menyayat hati. Seriously ending die sedih sgt. Kalau tengok dari tajuknyer, korang mesti leh agak cite ni berkisarkan pasal hantu kan.
Bayangkan bila seseorang itu Accident dan bila die sedar di hospital dirinya sudah hilang ingatan & kemudian didatangi oleh Hantu perempuan yang qiut dan sweet. Itulah yang terjadi pada watak hero dalam cite ni..
Disebabkan lelaki tersebut dah hilang ingatan, maka dirinya dibawa ke balai polis dan penyiasatan dilakukan menerusi cap jarinya untuk mengetahui ttg detail dirinya spt alamat dsbnya. Semasa disana, munculnya seorang hantu perempuan yang tahu segalanya ttg dirinya. Lelaki tersebut berasa amat terkejut dgn kehadiran hantu tersebut dan akhirnya lelaki tersebut mengetahui dirinya bernama Lee Moon Ki. Manakala hantu tersebut bernama Kim Yeon Hwa. Hantu (Yeon Hwa) terus mengikuti kemana sahaja Moon Ki pergi. Moon Ki mula berasa rimas dgn kehadiran Yeon Hwa. 


Akhirnya setelah sekian lama Moon Ki mula berasa selesa dengan kehadiran Yeon Hwa dan Moon Ki bertanya pada Yeon Hwa apa sebenar yang dia mahukan darinya? Rupa-rupanya Yeon Hwa mati dibunuh oleh pencuri yg memasuki rumahnya & wajah terakhir yang dilihat oleh Yeon Hwa sebelum die mati adalah wajah Moon Ki. Hal ini mula menyebabkan Moon Ki mula menyiasat kenapa dirinya berada di tempat kejadian?adakah dia saksi pembunuhan Yeon Hwa??Moon Ki cuba mengembalikan ingatannya yg hilang dengan pergi ke tempat pembunuhan iaitu di rumah Yeon Hwa. Namun ingatannya masih kabur dan tidak jelas apa yg berlaku.
Yeon Hwa juga cuba mengembalikan ingatan Moon Ki terhadap dirinya namun tidak berjaya, Akhirnya Yeon Hwa memberitahu serba sedikit ttg dirinya pada Moon Ki yg mana dirinya adalah pemilik kedai bunga dan die pernah selamatkan Moon Ki yang cuba bunuh diri pada suatu ketika dulu. Yeon Hwa akhirnya memberitahu yang dirinya semasa hidup memang suka pada Moon Ki.
Moon Ki mula berasa dirinya juga suka pada Yeon Hwa Sejak dulu lagi..dan sememangnya dia dan Yeon Hwa saling suka menyukai. Moon Ki mmg senang dgn kehadiran Yeon Hwa disisinya dan tidak mahu Yeon Hwa pergi dari sisinya. Kemudian diorang start dating. Walaupun Moon Ki sedar die sebenarnya dating dgn hantu namun die tak kisah die mahu mengembirakan Yeon Hwa selama Yeon Hwa masih ada disisinya.
Akhirnya Kebenaran mula terserlah satu persatu, bila adik Moon Ki datang berjumpanya dan Moon Ki mula syak dan yakin yang adiknya yg membunuh Yeon Hwa dan Moon Ki terus memberitahu polis. Rupanya pada hari kejadian (pembunuhan Yeo Hwa) Yeon Hwa ada ajak Moon Ki datang ke rumahnya untuk celebrate Birthdaynyer. Ketika perjalanan Moon Ki ke rumah Yeon Hwa, die terserempak dengan adiknya lalu adiknya mengajak Moon Ki untuk ke suatu tempat dan menolongnya. Rupanya adiknya juga kerumah Yeon Hwa untuk mencuri sesuatu. Dan tanpa dirancang dengan tidak sengaja Yeon Hwa terbunuh. Siapa yang sebenarnya membunuh Yeon Hwa?? adakah Moon Ki membunuh tanpa niat?? atau adik Moon Ki yg bunuh? nak tahu lebih detailnyer kena laa tgk cite ni okey, akhirnya kedua-dua mereka ditangkap dan ketika dipenjara Yeon Hwa ada datang berjumpa dgn Moon Ki..adegan ni mmg sedih.
Akhirnya Yeon Hwa pun hilang dari pandangan Moon Ki.
Cite ni berakhir bila Moon Ki akhirnya dimasukkan ke hospital sakit jiwa..dan doktor mengatakan yg Moon Ki berhalusinasi. Kemudian babak terakhir Moon Ki bertanya adakah Yeon Hwa berada disampingnya. Dan adakah Yeon Hwa akan muncul???? hehehe korang kena tengok sendiri laaa ending die mmg sedih sikit, kesian sebab Yeon Hwa dan Moon Ki saling menyukai tapi maut memisahkan mereka. Aku memang salahkan adik die 100 peratus.. kesian abang die..last2 masuk hospital sakit jiwa. Sape nk tengok cite ni boleh search kat YouTube, ada full movie nyer kat sana..enjoyy..sediakan tisu pada yg mudah menangis hihi..

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

11 ulasan:

Nisha berkata...

woaahhh .. baru habis tengok tadi. meleleh air mata >.< hehehe.. er.. boleh tak bagi tajuk cerita2 korea yg camni? Yang satu episode je tapi best. Boleh? :)

Deqla Manjew berkata...

wah mcm menarik je.. awk dia hantu eh..? boleh la terapung tu..huhu..

Ayuni berkata...

tgk dh kt KBS, best...

Sam Banjamin berkata...

minat korean ye.... bagus2... support asian lebih....

first time ke mari.... salam ukhwah....

Cik Nur™ berkata...

ehh....mcm best..
nak tgklah nanti...

Anarm berkata...

Macam best je movie dia.. Kena download ni..

Anarm berkata...

Macam best je movie dia.. Kena download ni..

Anarm berkata...

Macam best je movie dia.. Kena download ni..

Anarm berkata...

Macam best je movie dia.. Kena download ni..

.::: Princess MOMOY :::. berkata...

aduh,,==
memula ingatkan seram
tapi citer sedih pula
rasa mcm lawak pula

Che Rosliza Che Mat berkata...

akak kenal hero nie...dia pengacara jugak rasanya...

Related Posts with Thumbnails