13 Ogo 2013

The Queen's Classroom

Assalammualaikum..
Hari ni macam biasa nak buat review drama Korea yang aku baru tengok baru2 ni. Drama ni ada 16 episod dan merupakan remake dari drama Jepun yang popular iaitu berkisarkan tentang pelajar darjah 6 yang mengalami pelbagai dugaan dengan kedatangan guru kelas mereka yang baru iaitu Cikgu Ma Yeo Jin. Bagi aku drama ni menarik dan lain dari yang lain. Selalunya kita selalu disajikan dengan cerita guru2 yang sentiasa melindungi pelajar, Guru yang sentiasa baik dengan pelajar dan lain2. Tapi drama ni berbeza sebab ia memaparkan yang sebaliknya. Guru yang bernama Ma Yeo Jin mengambil pendekatan yang radikal dalam mendidik para pelajarnya sehingga membuatkan para pelajar menentangnya serta membencinya.
Drama ni banyak nilai-nilai murni dan ianya mengupas makna persahabatan, bekerjasama, bersatu padu, pengkhianatan dan banyak lagi. So memang tak rugi tengok walaupun ianya berkisar pasal budak darjah 6 tapi memang sangat enjoy tengok sebab drama ni banyak mesej yang baik untuk penonton. Awalnya aku sangkakan cikgu diorang tu jahat or mental problem ke apa ke sebab cara dia didik pelajarnya sangat berbeza dia sengaja menggalakkan para pelajarnya bergaduh, bermusuh, putus kawan,khianat antara satu sama lain sehingga membuatkan ada pelajar yang tersisih, dibuli dan sebagainya rupanya aku salah, sebenarnya Cikgu diorang ni sengaja buat begitu untuk buat pelajarnya bersatu dan menentang dirinya. Dia sengaja berkeras dengan pelajarnya untuk mendidik pelajarnya agar tidak manja dan sentiasa berdikari.
Dekat2 penghujung cerita baru tahu yang sebenarnya cikgu diorang sangat sayang kat diorang cuma tak tunjuk sayang die tu. Dua episod terakhir drama ni sgt touching bila para pelajar mula sedar tujuan guru mereka berkeras dgn mereka selama ini untuk buat diorang bersatu. Paling sedih bila guru mereka (Ma Yeo Jin)akhirnya digantung dari mengajar selama setahun disebabkan cara didikan yg radikal pada student disamping ada pakatan yg nak guru tu diberhentikan atas alasan x puas hati. So bila pelajarnya dapat tahu diorang terus sedih n rasa x puas hati sebab diorang dah sayang dgn guru diorang siap nk gi Pejabat Pendidikan untuk mogok semua. Part ni memang sedih bila tengok pelajar tak dpt nk berpisah dgn guru mereka. Siap pakat ramai2 gi cari guru diorang di merata-rata tempat.
Ini lah part pelajar Mogok tu diorang terus nk keluar dari sekolah n nk gi Pej Pndidikan untuk report dan tolong guru diorang dari digantung dari mengajar.

Masa pertemuan diorang dgn guru diorang tu semua dah menangis giler2 sebab rindu sangat dgn cikgu diorang..mmg touching masa ni. Nampak guru diorang rasa sebak tapi die tetap control n x bagi air mata die jatuh. sedih masa ni..n dalam drama ni guru diorang sentiasa serius n suka pakai baju warna hitam. x pernah pakai baju colour lain cuma ending die yang last sekali tunjuk guru diorang tersenyum sebab dia tahu anak2 murid die tak akan lupakan die n kini diorang sudah pun masuk sekolah menengah. So kalau boring2 tu boleh laa tengok drama ni sebab banyak pengajaran.
Antara Petikan dialog dalam drama ni..byk unsur2 nasihat gitu..credit untuk tuan punya gambar diatas..aku sertakan sekali Sinopsis n trailer drama ni..enjoy..

Trailer

SyNopSis
The drama will center around Ma Yeo Jin, a elementary teacher of the 6th grade and her students Shim Ha Na, Oh Dong Goo and Kim Seo Hyun who are reveling against her.
Teacher Ma is very realistic and to her elementary students, she shows how tough it is to live the world. Instead of being a shield for her students, she herself becomes the authority. She often pushes her students to the edge by blackmailing and mischief-making. Whole class of 6-3 (class 3 of the sixth grade) is rebelling against teacher Ma's educational attitude which is incomprehensible.

 Sometimes they would betray each other, sometimes they help each other and gradually they realize secret of the reality and make on their own views of the world. This kind of setting of the drama is totally new compared to the previous drama where the teachers were always the protectors of their students.
Teacher Ma is trying to be the high wall for the students and her students are trying not to be defeated and overcome the highness of the wall. And such strong plot will touch the hearts of the viewers with massive emotions. Through the story to show the meaning of the true education and will make the viewers look back on the true meaning of the happiness.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

6 ulasan:

Cik Nur™ berkata...

nak tgk kena download la nampak gayanya..hehehe

Deqla Manjew berkata...

hari raya pun miss lyn citer korea ye? haha.. ;p

Che Rosliza Che Mat berkata...

jalan citer menarik jugak..

Busyra Bt Takiyudin berkata...

wah. minat koreaa.. hehe

BaNu Syah berkata...

@Deqla Manjew CITE Ni saya layan sebelum raya hehe..

Cik Kyra berkata...

wah best ni... aish lamanya x tgk cerita korea la. follow trus awak ni.. jatuh cinta dengan blog ni. hihih... review byk2 ye.. :D

Related Posts with Thumbnails