23 Ogo 2013

Corat Coret JOZAN & Anugerah Lawak Warna


Assalammualaikum..
semalam telah berlangsungnya Anugerah Lawak Warna, ada kejutan, ada kegembiraan, ada kemanisan dan mcm2 lagi. Filem Istanbul Aku Datang menang besar dan berjaya membolot 4 anugerah iaitu Filem Komedi Terbaik, Pelakon Komedi Wanita Terbaik(filem) Lisa Surihani, Lakon Layar Komedi Terbaik & Pengarah Komedi Terbaik (filem). Ternyata Lisa juga agak terkejut bila diumumkan sbg pemenang Pelakon Komedi Wanita Terbaik sebab lisa bukanlah seorang pelakon komedi tapi disebabkan Genre Filem Istanbul Aku Datang dalam kategori Romantik Komedi maka Lisa juga tersenarai sebagai calon lalu menang. Persembahan pembukaan iaitu sketsa yang dibuat oleh Jep, Shuib Sepahtu dan Rahim R2 mmg sangat kelakar, gandingan diorang bertiga mmg berjaya membuat penonton ketawa.
Kategori Artis Lawak Lelaki Popular yang ditentukan menerusi undian peminat menjadi milik Jepp Sepah Tu, ternyata semua agak terkejut bila Jepp berjaya mengetepikan saingan terhebat iaitu Zizan dan Johan. Namun bagi aku Jepp juga mmg layak menang anugerah sbb die pun kelakar dan berbakat jadi xde hal lah..Disamping itu dalam ucapan kemenangan Jepp juga ada menyebut nama Johan dan Yus. Kagum dengan peminat2 Jepp diorang diam2 jer mengundi x kecoh mcm FC lain tup2 mng, pasni saingan dalam anugerah lain pasti lagi sengit bila ada nama Zizan, Johan dan Jepp sebab semua ada peluang untuk menang.
Anugerah Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV) menjadi milik Sabri Yunus menerusi drama Kampung Semarah Padi. Teringin aku nak tengok drama ni..terlepas tengok drama ni dulu. Sabri Yunus berjaya mengetepikn calon favourite untuk kategori ini iaitu JoHan. Penyampai untuk kategori Segmen Komedi Radio Paling Popular adalah Zizan dan Yana Samsudin dan dimenangi oleh Sketsa JoHaRa (Era.Fm). Masa ni ada moment JOZAN yg sweet gitu. Zizan sempat ckp "Hai Johan" dari atas pentas hehe pastu bila diumumkan menang maka Johan, Haniff & Ray pun naik pentas, pastu masa Johan naik pentas terus die dan Zizan berpelukan gitu n sewaktu JOZAN berpelukan satu Istana Budaya bersorak sweet jer..Aku perasan gak Camera selalu fokus kat Johan hehe manakala Zizan plak duduk di bahagian tepi sekali jadi senang Ac Mizal kacau2 dan usik Zizan. Kan best kalau JOZAN duduk dekat2 mesti lgi sweet.
Untuk Kategori Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem), saingan mmg sengit sebab ada SaM, Johan,Zizan dll dan akhirnya mmg rezeki Zizan bila die berjaya memenanginya. Paling sweet masa ucapan kemenangannya sebab Zizan ada sebut "Kepada JOZAN juga Kemenangan ini, JoHaN I Love You So Much In My Heart" sweet kan pastu terus kamera fokus kat JoHan, Johan masa ni dah senyum lebar bila tengok dan dgr Zizan ckp gitu. So Sweet..Zizan ni bagus sebab die langsung x pernah lupa pada JOZAN dan juga JoHaN. Zizan sangat sweet bila die ckp gitu kat JoHaN. Seperti yang pernah aku cakap JOZAN satu-satunya artis yang paling sweet di Msia. Dari Segi persembahan masa awal mmg best tapi bila part akhir agak huru hara, cuba letak JOZAN part akhir mesti meletup. Sayangnya JOZAN x buat apa2 persembahan, ramai yg rindu nk tgk JOZAN kan..

Hans Isaac ada ckp nk buat Lawak Ke Der 3 nanti, hope ada JOZAN lagi nanti..last tgk JOZAN masa Final RL7 hari tu..apapun tahniah pada semua pemenang.

Gambar di atas credit to Jozannerz Dsyg.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

7 ulasan:

Cik Nur™ berkata...

Tahniahhh buat meraka...
Nur tak tgk sangat semalam..

Hanif Idrus berkata...

Tahniah buat semua pemenang.......

Che Rosliza Che Mat berkata...

tahniah untuk semua...

Invisible Me berkata...

Macam best ja.
Tak tengok pun sebab duk kat kolej.

Chic Na berkata...

tengok tp tak tumpu perhatian sgt.. sibuk main candy crush.. hehe..

Deqla Manjew berkata...

moga ikatan pershbtn mereka kekal berpanjangan.. kalo deqla, lebih suka lawak johan...hihi..

dya bunga berkata...

Mmg sweet bila zizan ckp ilove u kt johan.

Related Posts with Thumbnails