8 Okt 2014

Review Super Spontan 2014 Minggu Ke-5 - Michael Ang Tersingkir

Assalammualaikum..
Macam biasa nak buat review minggu ke-5 Super Spontan 2014. Macam biasa juga Team Mawas Berduri kalah lagi kali keempat secara berturut-turut hehe. Minggu ini juga menyaksikan Michael Ang telah dipilih oleh team Biawak Laser untuk dihantar masuk ke team Mawas Berduri. Seperti yang dijangka, setelah team Mawas Berduri kalah, maka Michael Ang telah dipilih untuk disingkirkan oleh ahli kump MB. Selain itu, tugas Afdlin Shauki sebagai pengulas telah diganti oleh Harun Salim Bachik kerana Afdlin pergi menunaikan Haji. Maka Adlin Aman Ramli dan Harun S.Bachik akan bertindak sbg pengulas.

Game pertama yang diorang main adalah game Maju Mundur, Aku suka permainan team Biawak Laser yg diwakili oleh Tauke, Shuib dan Achey. Diorang main dengan tersusun, kelakar dan tidak keliru dengan game ini berbanding dengan team lawan. Game kedua pula ialah Beku. Best juga game ini, x leh blah masa Jihan masuk main, semua pakat nak mengusik die hehe mentang2 lah die sorang jer perempuan yg masih bertahan dlm Super Spontan tu. Dalam game ni juga nampak Rahim telah mencium dahi ker pipi si Tauke hahahaha sebagai tanda terima kasih kot sebab tauke telah datang utk gantikan die yg terseksa masa main game beku ni hihi. Main kiss2 gitu diorang ni haha.
 Game Ketiga diorang main game Ciptaan. Macam biasa untuk team MB Johan n Rahim yg main manakala team BL diwakili oleh Shuib dan Achey. Apapun dua2 best dan kreatif. Game ke- 4 diorang main Sketsa Soal-Menyoal. Lama jugak diorang tak main game ni, syok gak tengok bila diorang asyik soal menyoal pastu kantoi gak dan digantikan dengan yang lain. Memang best game ni cuma Johan tidak bermain dalam game ni mungkin sebab nak beri peluang pada ahli2 lain untuk main game ni. Lagipun Johan mmg terror main game ni sbb selalu main kat radio kan.

Aku teringin nak tengok diorang main game Pantun 2 Kerat, mesti lagi kelakar kan hehe. Game terakhir diorang main adalah game Muzik Video Karaoke. Pengurus Pasukan yang akan bagi step untuk kump lawan menari. Kumpulan M.B diwakili oleh Johan dan Yus. Diorang dapat lagu yang tengah top sekarang untuk menari iaitu lagu -> All About That Bass By Meghan Trainor.. boleh klik tajuk lagu tersebut untuk baca entry mengenai lagu tersebut seperti video, lirik lagu dan sebagainya. Manakala team Biawak Laser pula menghantar Abam dan Shahrol untuk jadi penari dlm Muzik Video Karaoke ini. Best gak diorang ni hehe.

Apapun diakhir rancangan, kumpulan Biawak Laser mendapat undian tertinggi dan menang untuk minggu ke-4 berturut-turut.


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails