21 Nov 2014

The Night Watchman - Sesi Review Drama Korea

Assalammualaikum..
Macam biasa hari ini nak ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk The Night Watchman/ The Night Watchman's Journal/ The Records of a Night Watchman/ Night Shift of the Joseon Police/ Night Ranger's Tale. Banyak betul tajuk drama nih kan, ada macam2 nama gitu. Drama ini dibintangi oleh Jung Il Woo, Go Sung Hee, U-Know Yunho, Seo Ye Ji dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 24 episod dan bergenre Fantasi, Suspen, Romantik dan berlatarkan zaman dulu2. Aku sebenarnya tak berapa minat sangat tengok drama2 yang berkisarkan pada zaman dulu2 ni yang ada raja2 semua ni, tapi bila dah tengok beberapa episod, ternyata drama ni ada tarikannya yg tersendiri dan sememangnya suspen gitu.

Di episod pertama dan terakhir akan ada Naga yang muncul hihihi. Kebanyakkan pelakon dalam drama ni aku tak kenal kecuali Jung Il Woo jer aku kenal hehe. Die sebelum ni banyak berlakon dalam drama2 yg moden gitu, ni kali pertama aku tengok die ambik watak mcm gini iaitu Putera Raja Wolgang/ Rin yang tersisih dari takhta lalu memberontak dengan caranya sendiri iaitu menjadi nakal dan playboy hehe tapi die mempunyai keupayaan melihat hantu/roh2. Memang kelakar masa die buat tak tahu jer n cuba mengelak untuk berkomunikasi dengan hantu/roh2 berkenaan. Ada 3 hantu/roh yang sentiasa bersamanya dan menjadi pelindung kpdnya. Watak2 hantu/roh2 ni mmg kelakar. Night Watchman ni maksudnya macam polis laa tapi polis yang melawan dan menangkap hantu2 dan roh2 yang jahat dan putera raja Wolgang/Rin adalah salah seorang dari ahli Night Watchman ni.
Dalam drama ni aku paling menyampah sekali dengan watak Perdana Menteri tu, sangat giler kuasa okey, die akan cuba menggunakan kuasa tentera untuk menggulingkan Raja dan melantik diri sendiri sbg pemerintah baru. Memang geram tengok gelagat die, last2 terus jadi bodoh sebab kena ilmu hitam yang dibuat oleh Sadam. Sadam ni juga adalah salah satu watak jahat dalam drama ni dan merupakan musuh utama Night Watchman ni. Tapi memang lakonan untuk watak Sadam ni menjadi betul, kadang2 kagum gak dengan watak Sadam ni sebab die bijak memanipulasikan semua orang sampai Night Watchman ni pun kadang2 tertipu gak. Tapi jangan risau di akhir episod Sadam tu akan terima balasan juga jugak sebab perbuatannya sendiri. 
Watak seterusnya yang aku tak sukaa adalah Raja Kisan die ni adalah abang tiri kepada Rin/Wolgang dan die gak tidak berhak untuk jadi raja sebab die adalah anak luar nikah dan Rin lebih layak untuk jadi Raja. So dari kecil Raja Kisan ni mmg sentiasa cemburu dengan Rin. Akhirnya setelah berkomplot dengan Perdana Menteri die dapat jadi Raja. Manakala Rin terpaksa melepaskan takhta kpd abg tirinya lalu hidup sendiri. Raja Kisan ni sangat lemah, die x adil dan hanya pentingkan diri sendiri jer. Memang menyampah giler dengan 3 watak ni iaitu Pdana Menteri, Raja dan Sadam. Doha pula adalah kekasih putera raja Rin, Doha ni macam bomoh yg berasal dari gunung Baekdu, die juga adalah salah seorang ahli Night Watchman ni. Kadang kala Doha ni suka bertindak ikut perasaan n selalu tertipu n masuk dalam perangkap Sadam dan menyusahkan yang lain.

Drama ni ala2 fantasi juga so banyaklaa benda2 x logik gitu, contohnya macam orang dah mati boleh hidup balik lepas 3 hari hehehe dan macam2 lagi. Seterusnya aku agak kesian gak dengan watak Soo Ryeon ni yang merupakan anak perempuan tunggal Perdana Menteri. Dahlaa bapa die jahat pastu die ni dari kecik dah cintakan Putera Raja Rin dan sanggup buat ape jer untuk dapatkan cinta Rin tu, tapi sayangnya Rin x cintakan die sebaliknya die cintakan Doha. Tapi Soo Ryeon ni x dapat terima hakikat n buat pulak perjanjian dengan Sadam untuk dapatkan Rin. Watak Soo Ryeon yang mulanya sangat baik hati mula berubah menjadi sedikit jahat kerana cintanya pada Rin tidak dibalas. 
Drama ni agak slow jugak laa sebab nak tunggu diorang jadi Night Watchman ni ambik masa yang lama. Episod ke-13 barulaa wujud Night Watchman ni dan diorang start berlawan-lawan dah dengan Sadam semua untuk hentikan niat jahat Sadam yg menggunakan ilmu hitam tu. Memang lama betul, sebab Rin dan Doha agak payah untuk memujuk Moo Seok yang merupakan orang kepercayaan raja selain sangat handal bermain pedang untuk masuk dalam group Night Watchman ni. Selain itu Moo Seok tidak berapa suka dengan sikap playboy Rin tu, selain die juga tidak mempercayai kewujudan hantu atau roh2 ni. Pendek katanya Night Watchman ni tak cukup ahli laa untuk buat kerja2 lawan dengan hantu/roh2 dan juga Sadam ni. Apabila Moo Seok dah bersetuju barulah Night Watchman ni lengkap. 
Moo Seok akhirnya suka dengan kerjanya sbg Night Watchman ni, sampai tak nak berhenti lepas tu hehe sampailaa Rin tu paksa die dan membubarkan Night Watchman ni apabila Sadam tewas dan Rin akhirnya menjadi raja yang sah dan abang tirinya insaf dan mengundur diri dan bagi takhta semula pada Rin. Apapun aku suka gak tengok cara Night Watchman ni berlawan, best dan unik gitu sebab ada senjata khas untuk diorang gunakan, siap dengan uniform semua hehehehe. Apapun memang tak dinafikan banyak unsur2 suspen dalam drama ni yang buatkan kita ternanti-nanti apa yang akan jadi seterusnya. Aku bagi 4 bintang dari 5 bintang untuk drama ni.
Baca Ini Jugak-

Review Drama Lakonan Jung Il Woo yang terdahulu:-
* Flower Boy Ramyun Shop..

Gambar2 diatas credit to Google..

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

2 ulasan:

Lynn Hamzah berkata...

dah lama x layan citer citer nie...dulu minat juga...

Puteri Wanita berkata...

macam menarik je... baru je habis layan faith the great doctor ni ;)

jemput join >> http://buatwanita.blogspot.com/2014/10/segmen-buatwanitablogspotcom-mencari.html

Related Posts with Thumbnails