-->

25 Nov 2014

My Lovely Girl Lakonan Rain & Krystal - Sesi Review Drama Korea

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk My Lovely Girl/ My Lovable Girl/ She's So Lovable. Drama ini dilakonkan oleh Rain, Krystal Jung, Kim Myung Soo (L from Infinite) dan ramai lagi. Mempunyai 16 episod dan bergenrekan Muzik dan Romantik. Drama ini berlatarbelakang kan dunia muzik Kpop, dan bagaimana 2 insan yang terluka mengubati hati mereka melalui muzik. Tarikan utama drama ini semestinya sebab pelakonnya iaitu Rain, Krystal dan L (Infinite). Lagipun agak lama juga Rain tak berlakon drama so memang ramailah yg ternanti-nantikan drama ini. Aku ni bukan lah peminat Rain tapi aku paling suka tengok Rain dalam Variety Show hehehe. 
Jalan cerita drama ini sangat simple jer, senang nak faham n tak berbelit-belit, straight to the point gituDrama ini mengisahkan Hyun Wook (Rain) yang kecewa dan membawa diri setelah kematian kekasihnya akibat kemalangan. Secara tidak sengaja dia mendapat tahu yang adik kekasihnya iaitu Yoon Se Na (Krystal) berada dalam kesusahan. Maka Hyun Wook cuba membantu Se Na untuk mencapai impiannya iaitu menjadi seorang komposer yg terkenal. Se Na tidak mengetahui yang Hyun Wook adalah Kekasih kepada kakaknya. Lalu disebabkan sikap Hyun Wook yang baik hati itu menyebabkan Se Na jatuh cinta pada Hyun Wook. 
Akhirnya Hyun Wook dan Se Na bercinta, Hyun Wook sentiasa risau dan berusaha menyembunyikan rahsia tentang percintaannya sebelum ini bersama kakak Se Na dari Yoon Se Na. Namun rahsia tersebut akhirnya terbongkar juga dan Yoon Se Na akhirnya menjauhkan diri dari Hyun Wook. Dapatkah cinta mereka kembali bersatu? Jalan cerita drama ini terlalu simple bagi aku, so takde suspen sangat sekaligus buatkan drama ni jadi boring. Gandingan Rain dan Krystal agak kurang sesuai bagi aku, tak nampak macam kekasih pun tapi nampak macam adik dan abang jer.  Lakonan Krystal dalam drama ni agak boring sikit, maybe sebab watak die yang buat die jadi gitu. 
Berbeza masa Krystal berlakon dalam drama The Heirs tu, best tengok die dapat watak camtu, qiut jer. Aku pun siap skip beberapa episod sebab rasa x berapa best. Apapun drama ni still happy endinglah, Tapi agak malas nak tengok watak Krystal sebagai Yoon Se Na yang suka melarikan diri tu. Die dah lari pastu datang balik pastu nak lari semula hehe. Boring kot. So pada yang ada masa lapang tu bolehlaa try tengok cite ni especially pada peminat2 Rain, L or Krystal, tapi bagi yang nak tengok drama yang betul2 best n suspen better x payah kot tgk cite ni hihi. Apapun ni pandangan aku jer, maybe bagi aku tak best, tapi bagi orang lain best plak kan. OST drama ni bagi aku biase2 jer. 
Ramai juga yang tak puas hati episod akhir drama ini, sebab just macam tu jer, terlalu simple sangat. Majoriti memang x puas hati dengan final episod drama ni. Korang leh tengok komen2 diorang utk final episod kat laman web yang siarkan drama ni. Apapun aku bagi 2 bintang untuk drama ini dari 5 bintang.

Baca Gak Yang Ini

*Review Drama Lakonan Krystal Yang Terdahulu-



4 ulasan:

  1. dah tengok habis pun cite ni ;) saya salah seorang daripada yang tak puas hati pasal ending dia haha.Ending die kelaut.Krystal tak hayati betul2 watak dia,blur takde perasaan haha.Biasa2 je kahkah.Kan? dalam the heirs okay je krystal blakon

    BalasPadam
  2. Cantik dan ganteng, sangat suka melihatnya

    BalasPadam
  3. Berenti sekerat jalan sbb takde sbb nak tgk krystal dgn rain couple. Baik pi shopping

    BalasPadam
  4. Hi.. jalan2 jmpa blog ni...suka suka suka sb jmpa geng pminat drama korea.. cita ni memg simple n slow pn. lakonan krystal lg best dlm the heirs kan.. tp ska tgk krystal ngan L, apakn daya hero adalah Rain..heheh.. tp oklah cita dia. xdelah boring sgt. lagu yg kim tae woo nyanyi tu best. bla dgr bdegup2 jantung..hahaha..over x. bak kata L buat jantung berdegup..hihihi

    jemputlah dtg blog saya Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017