1 Sep 2016

Sinopsis Drama Mariam Alisa TV3

Sinopsis Drama Mariam Alisa Slot Lestary TV3

Assalammualaikum..
Drama Mariam Alisa adalah drama terbaru di Slot Lestary Tv3 yang disiarkan setiap Rabu hingga Jumaat bermula 25 Ogos yang lalu. Drama ini dilakonkan oleh Ben Amir, Elvina, Haris Zainuddin, Amirul Faqeem, Aida Aris, Roy Azman, Nadia Aqilah dan ramai lagi. Drama 13 episod ini diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin dan diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Nampak macam menarik juga drama ni kan, apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Mariam Alisa

Mengisahkan seorang gadis kampung yang cantik bernama Mariam Alisa. Mariam hanya tinggal berdua bersama ayahnya yang sudah uzur dan lumpuh. Walaupun Mariam merupakan satu-satunya anaknya, dia tetap berasa tidak selesa apabila Mariam perlu merawatnya dan menjaga kebajikannya. Oleh kerana itu, ayahnya menyuruh Mariam untuk bernikah dengan Ustaz Haiqal kerana Ustaz Haiqal sering bertandang ke rumah dan membantu Mariam. Namun sebaik mana hati Ustaz Haiqal ini, hati Mariam tidak lagi terbuka untuk mana-mana lelaki. Demi menyara ayahnya, Mariam menjual nasi lemak di sebuah gerai di kampung. Hari-hari Mariam berlalu hampir serupa di gerai itu, sehingga Farhan seorang pemuda datang membeli nasi lemak Mariam. 

Pada saat itu, Farhan terpegun melihat kecantikan Mariam sehingga dunia ini bagaikan tiada bunyi lain selain deruan bayu berbisik ditelinganya. Semenjak hari itu, Farhan sering ke gerai nasi lemak tetapi untuk bertemu dengan gadis manis itu. Mariam pula semakin berlembut hati dengan Farhan walaupun Farhan itu seorang pekak dan kelihatan seperti bukan orang berada. Hal ini kerana, Mariam sudah serik dipermainkan oleh lelaki berada. Namun Mariam tidak tahu bahawa Farhan cuma berpura-pura pekak sebagai alasan terpaku tatkala melihat kecantikan Mariam. Sampai bilakah Farhan perlu berahsia dengan Mariam?

Lagu Tema / OST Mariam Alisa
--> Dalam Keraguan Nyanyian Nadia Aqilah

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

1 ulasan:

Yana Libra berkata...

kenal aida aris je..heehe..byk betul pelakon baru..

Jom join GA sy yg pertama,,hehe
http://thesecretsofleonerz.blogspot.my/2016/08/august-anniversary-giveaway.html

Related Posts with Thumbnails