-->

10 Okt 2015

NH10 - Bollywood Movie Review

Assalammualaikum..
Hari tu time cuti aku ada layann satu Filem Hindustan/Bollywood yang best dan suspen gitu yang bertajuk NH10. Filem NH10 ni kira baru lagi sebab release masa bulan Mac 2015 yang lalu. Filem ni dibintangi oleh Anushka Sharma dan Neil Bhoopalam. Hero filem ni aku tak kenal sangat maybe pelakon baru kot tapi heroin cite ni mmg kira popular kot sebab die banyak berlakon filem yang popular dan box office contohnya seperti Rab Ne Bana Di Jodi, Band Baaja Baarat, Jab Tak Hai Jaan, Dil Dhadakne Do dan PK. Filem Pertama yang Anushka ni berlakon adalah bersama Shah Rukh Khan gitu. Tajuk filem ni NH10 merujuk kepada 403 KM National Highway 10 (India), tajuknyer begitu sebab jalan ceritanya ada kena mengena dengan jalan raya semua sbb ianya mengenai perjalanan sepasang kekasih yang pergi bercuti seterusnya berdepan dengan suatu tragedi yang akan memisahkan mereka berdua. Jalan cerita NH10 ni akan lebih fokus kepada watak Anushka Sharma sebagai Meera kerana wataknya akan stay sampai penghujung cerita dan kita dapat lihat perubahan karakter Meera dari lemah dan takut kepada seorang yang berani.
Apapun filem ni penuh suspen, penonton akan tertanya-tanya mampukah Meera dan Arjun menyelamatkan diri mereka?. Walaubagaimanapun aku memang tension jer dengan watak Arjun tu yang terburu-buru dan ego sebab dielah yang menjadi penyebab kepada tragedi tu. Die tak patut masuk campur dan mengekori sekumpulan penjahat tu masuk dalam hutan, patutnya lapor polis ker apa ker, ni dengan ego dan konon2 berani slumber gi ikut penjahat tu senyap2, last2 diorang yang jadi mangsa dan dikejar oleh penjahat tu. Memang suspen tengok Meera dan Arjun cuba menyelamatkan diri tu, part paling best masa Meera jadi berani dan balas balik apa yang diorang dah buat kat die. Aku tengok filem ni online jer kat tenet sebab tertarik dengan jalan cerita filem ni, tambahan poster filem ni yang agak lain dari yg lain membuatkan aku decide utk tgk cite ni.
Tak silap aku filem ni takde lagu yang banyak macam kebanyakan filem hindustan yang lain, Lagu die biase2 jer, lebih kepada lagu latar jer. Disamping itu, durasi masa filem ni juga tak panjang sangat dalam 1 jam 45 minit jer. Jadi tak payahlaa nak mengadap berjam jam untuk tengok satu filem macam filem Bollywood yang lain yang dekat 2 jam lebih or 3 jam. Pada yang suka tengok filem hindustan tu bolehlaa try tengok cite ni, tak pun tunggu je tayang kat Tv hahaha. Aku bagi 7.8 bintang untuk filem ni Jom layann sinopsis filem ni kat bawah k.

Sinopsis NH10

Mengisahkan sepasang kekasih iaitu Arjun dan Meera pergi bercuti, ketika dalam perjalanan, mereka berdua berhenti untuk makan. Disana mereka ternampak seorang perempuan dan seorang lelaki dipukul oleh sekumpulan samseng. Arjun cuba masuk campur, namun dihalang oleh ketua samseng tersebut dengan mengatakan perempuan yg dipukul itu adiknya. Akhirnya perempuan dan lelaki yang dipukul itu dibawa pergi oleh samseng2 tersebut. Arjun dan Meera meneruskan perjalanan mereka, namun di pertengahan jalan Arjun ternampak kereta yang dipandu oleh sekumpulan samseng tersebut lalu Arjun memutuskan untuk mengekori kereta tersebut. Meera menghalang Arjun dari mengekori samseng berkenaan namun Arjun tidak mengendahkannya dan terus mengekori samseng2 berkenaan hingga ke dalam hutan. Disitu Arjun dan Meera melihat lelaki dan perempuan tadi tu dibunuh dengan kejam oleh samseng berkenaan.
Disebabkan terlalu takut Arjun dan Meera cuba melarikan diri namun akhirnya Arjun menembak salah seorang dari samseng tersebut. Samseng2 berkenaan marah lalu mengejar Arjun dan Meera yang melarikan diri itu. Arjun akhirnya cedera dan Meera terpaksa pergi mencari bantuan seorang diri dan meninggalkan Arjun di suatu tempat buat sementara waktu. Meera pergi mendapatkan bantuan polis namun polis disitu juga bersubahat dengan samseng berkenaan, Meera hampir2 ditangkap oleh samseng2 berkenaan namun berjaya melepaskan diri. Kemudian Meera pergi meminta tolong dari penduduk kampung disitu sebelum pengsan. Apabila Meera sedar, die sebenarnya berada di rumah ibu kepada ketua samseng itu. Akhirnya Meera dipukul dengan teruk oleh samseng2 berkenaan namun Meera berjaya melarikan kereta samseng berkenaan dan pulang semula ke tempat persembunyian Arjun.

Apabila Meera sampai di tempat tersebut, Arjun telah pun mati ditembak oleh samseng2 berkenaan. Meera yang berasa sangat marah, sedih dan kecewa bertindak nekad untuk kembali semula ke rumah samseng berkenaan dan membalas dendam dengan cuba membunuh mereka semua. Apa yang terjadi seterusnya?






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017