-->

14 Jul 2017

Sinopsis Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin

Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Novel, Drama Bersiri, Sinopsis, Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin, OST, Kisah Kahwin Paksa, Watak, Slot Akasia, TV3, Pelakon, Raysha Rizrose, Azrel Ismail, Idris Khan, Aprena Manrose, Zera Hariz, Zulkifli Ismail, Sheila Mambo, Zain Hamid, Poster,
Sinopsis Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin adalah drama terbaru di Slot Akasia Tv3 bagi menggantikan drama Ku Kirim Cinta yang telah tamat episodnya. Drama 28 episod ini dilakonkan oleh Raysha Rizrose, Azrel Ismail, Idris Khan, Aprena Manrose, Zera Hariz, Zulkifli Ismail, Sheila Mambo, Zain Hamid dan ramai lagi. Drama ini sudah mula disiarkan di Tv3 bermula 10 Julai yang lalu dan merupakan adaptasi daripada Novel Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin karya Novelis Umi Syidah. Drama ini diarahkan oleh Nizam Zakaria dan diterbitkan oleh Country & Universal Sdn Bhd. Kalau tengok dari sinopsis drama ini nampak jalan cerita drama ini berkisarkan tentang kisah kahwin paksa, walaubagaimanapun ini kali pertama aku melihat Raysha Rizrose ni berlakon, apa pun jom tengok sinopsis cerita ini dibawah ye. Selamat Membaca..
Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Novel, Drama Bersiri, Sinopsis, Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin, OST, Kisah Kahwin Paksa, Watak, Slot Akasia, TV3, Pelakon, Raysha Rizrose, Azrel Ismail, Idris Khan, Aprena Manrose, Zera Hariz, Zulkifli Ismail, Sheila Mambo, Zain Hamid, Poster,
Sinopsis Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Slot Akasia TV3

Sehari sebelum majlis perkahwinannya, Yuhanis (Raysha Rizrose) dikejutkan dengan berita tunangnya, Sharul Nizam (Azrel Ismail) enggan menikahinya. Nizam menghubungi keluarganya bahawa dia telahpun berkahwin dengan Shila (Zera Hariz) dalam diam di UK. Bimbang maruah keluarga tercemar, Yuhanis menebalkan muka merayu dan memaksa supaya Saiful Mizan merangkap abang kepada Sharul Nizam supaya mengahwininya. Pada mulanya Mizan, menolak sekerasnya kerana tidak tidak mahu menjadi pak turut. Mizan juga masih trauma dengan perceraiannya dua tahun lalu dan serik untuk berkahwin. Namun akhirnya Mizan bersetuju dengan bersyarat. Dia tidak mahu diganggu dan menganggap ikatan perkahwinan hanya bersifat sementara. Kata-kata Mizan memakan diri apabila lama-kelamaan dia mula terpaut hati dengan Yuhanis gara-gara sifat Yuhanis yang penyabar dan patuh kepadanya walaupun tidak dilayan selayaknya. Semantara itu, Nizam pulang bersama isterinya Shila. Ahli keluarganya amat terkejut apabila mengetahui Shila sudahpun hamil sebelum berkahwin. 

Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Novel, Drama Bersiri, Sinopsis, Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin, OST, Kisah Kahwin Paksa, Watak, Slot Akasia, TV3, Pelakon, Raysha Rizrose, Azrel Ismail, Idris Khan, Aprena Manrose, Zera Hariz, Zulkifli Ismail, Sheila Mambo, Zain Hamid, Poster,

Nizam yang lurus bendul itu menyangkakan kandungan itu ialah anaknya. Nizam sedar dan merasakan bahawa dirinya telah dipergunakan oleh Shila. Shila pula terancam dengan Yuhanis. Dia sering mengesyaki Yuhanis mempunyai rancangan untuk merampas suaminya. Konflik bermula apabila Suraya (Aprena Manrose), bekas isteri Mizan tiba-tiba muncul kembali di dalam hidup Mizan. Suraya ingin merebut kembali cintanya kerana menyesal dengan perpisahan mereka. Selepas mendapat tahu bahawa Mizan sudah beristeri, pelbagai masalah kerap terjadi di dalam hidup Suraya lantas menyebabkan dia sedar sebenarnya tiada lelaki lain sebaik Mizan. Rumah tangga Mizan dan Yuhanis mula bergoyah, kebahagiaan dan kasih sayang mereka yang baru berputik mula diuji. Mizan hampir-hampir menceraikan Yuhanis dan tewas kepada godaan Suraya yang berniat jahat itu. Terdapat rahsia yang belum terlerai, cinta yang tidak terucap, dan perkara yang belum selesai dalam keluarga ini. Mampukah Yuhanis mengharungi segala cabaran yang melanda rumah tangganya itu?


Lagu Tema / OST Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin
Separuh Mati Ku Bercinta Nyanyian Dayang Nurfaizah

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

3 ulasan:


  1. macam menarik juga jalan cerita ni...

    BalasPadam
  2. Kenapa watak mizan tu terlalu lemah bekas isteri ketuk kepala pun tak melawan atau report polis drama melayu sama saja watak jahat selalu menang last episod barulah dapat balasan boring

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017