-->

20 Jul 2017

Filem Power Rangers 2017

Power Rangers. 2017, Filem, Movie, English Movie, Sinopsis, Review, Review By Miss Banu, Watak, Jason, Kimberly, Billy, Zack, Trini, Aksi, Zords, Megazords, Pelakon, Dacre Montgomery, Naomi Scott, RJ Cyler, Becky G, Ludi Lin, Elizabeth Banks,
Filem Power Rangers 2017

Assalammualaikum..
Filem Power Rangers ini dah release pada 24 Mac 2017 yang lalu dan merupakan sebuah filem Adiwira yang diarahkan oleh Dean Israelite. Filem ini dilakonkan oleh Dacre Montgomery, Naomi Scott, RJ Cyler, Becky G, Ludi Lin, Elizabeth Banks dan ramai lagi. Ingat lagi masa kecil dulu, selalu tengok Power Rangers dekat TV setiap hujung minggu. Paling best bila tengok Power Rangers yang dilakonkan oleh pelakon asalnya, tapi bila diorang dah tukar - tukar pelakon, ianya jadi kurang best sikit. Costume Power Rangers dalam filem ini memang nampak cantik, cool dan bila aku tengok costume diorang ni buat kan aku teringat dekat costume Iron Man hehehe. Dua pelakon asal series TV Power Rangers iaitu Jason David Frank (Original Green Power Rangers) dan Amy Jo Johnson (Original Pink Power Rangers) turut membuat kemunculan khas dalam filem ini iaitu di bahagian ending filem ini, sebagai penduduk di Angel Grove. Watak Jahat dalam filem ini adalah Rita Repulsa yang ingin mendapatkan Zeo Crystal. Bila tengok kenderaan Power Rangers yang dikenali sebagai Zords yang kemudiannya boleh bergabung membentuk Megazord memang mengembalikan nostalgia zaman kanak - kanak dulu, siap keluar lagu "Go Go Power Rangers" hahaha.

Scene ketika Jason, Kimberly, Billy, Trini, Zack yang sukar untuk bekerjasama dalam satu pasukan serta untuk mereka bertukar ke sut Power Rangers itu juga menarik. Mereka berlima sentiasa bergaduh dan sukar untuk bersatu, tapi bila sesuatu terjadi, barulah mereka berlima dapat bekerjasama antara satu sama lain. Aku terfikir juga kalau diorang libatkan juga kesemua pelakon asal untuk memegang beberapa watak dalam filem Power Rangers ini, mungkin kan jadi lebih best kot haha. Selain itu aku juga suka bila filem Power Rangers ini lebih memfokuskan tentang kisah Power Rangers dan bagaimana mereka akan bersatu berbanding kisah cinta. Apa pun boleh tahan jugalah filem Power Rangers ini, dan aku bagi 7 Bintang dari 10 bintang untuk filem ini. 
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

2 ulasan:

  1. betul.. kembali teringat zaman kanak2.. favret ofcoz red ranger sebab ketua and usually paling handsome hehe.. dengarnya yang pink ranger akan jadi jasmine dalam live action aladdin hehe..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Wrmbth

    Cerita ini bawa kembali nostalgia pada kita kan

    Sebab masa kita kecil dulu memang waktu petang tu dah tercegat depan tv

    Teringat pada arwah abang dulu

    Cuma filem ni tak berapa dapat sambutan

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017