-->

25 Jul 2017

Sinopsis Telemovie Muliakah Aku (TV9)

Sinopsis, Telemovie, Telefilem, Muliakah Aku, Tv9, Slot Skrin Di 9, Watak, Zaidi, Zalia, Maya, Pelakon, Beto Kusyairi, Nonny Nadirah, Mubarak Majid, Fadilah Mansor, Reza Hasbi,
Sinopsis Telemovie Muliakah Aku (TV9)

Assalammualaikum..
Isnin lepas sempat menonton telemovie Muliakah Aku di Slot Skin Di 9, TV9, best juga telemovie ini, penuh dengan pengajaran dan juga menarik. Telemovie Muliakah Aku ni dilakonkan oleh Beto Kusyairi, Nonny Nadirah, Mubarak Majid, Fadilah Mansor, Reza Hasbi dan ramai lagi. Aku memang suka tengok semua telemovie yang ada Beto Kusyairi ni, sebab selalunya telemovie yang dia berlakon memang best - best belaka. Selain itu, telemovie Muliakah Aku ini diarahkan oleh Malek Rahman dan diterbitkan oleh ZK Creative Production Sdn Bhd. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini dibawah ye.

Sinopsis Telemovie Muliakah Aku (TV9)

Mengisahkan Zaidi yang sering disenangi oleh penduduk kampung disebabkan sikapnya yang suka menderma dan rajin ke masjid, malah Zaidi juga seorang yang kaya raya namun mempunyai tabiat buruk, dimana dia suka menunjuk - nunjuk segala kebaikan yang dia buat di media sosial seperti Facebook. Zaidi bakal berkahwin dengan Zalia, namun Zalia kemudiannya dirogol oleh seorang lelaki yang berdendam dengan Zaidi. Zalia tidak memberitahu insiden dia dirogol kepada ibu bapanya, sebaliknya ingin membatalkan pernikahannya dengan Zaidi. Namun ibu bapanya bertegas dan inginkan Zalia bernikah dengan Zaidi tanpa mengetahui Zalia sudah dirogol. Zalia kemudiannya berjumpa Zaidi dan memberitahu perkara sebenar pada Zaidi dan merayu pada Zaidi agar tidak membatalkan majlis pernikahan mereka itu kerana tidak mahu ibu bapanya menanggung malu. Sebagai balasan Zaidi boleh menceraikannya bila - bila masa selepas nikah. Zaidi yang marah akhirnya bersetuju bernikah dengan Zalia namun hanya melayan Zalia dengan baik di depan ibu bapa Zalia saja. Namun hakikatnya Zaidi melayan Zalia dengan teruk sekali.

Dia memarahi dan memukul Zalia sesuka hatinya saja, Zalia hanya bersabar dan sentiasa ketakutan bila Zaidi berada di rumah. Dalam masa yang sama, Zaidi mula berkenalan dan mempunyai hubungan dengan seorang wanita bernama Maya. Tak lama kemudian Maya mengandung anak Zaidi dan mula mengugut Zaidi untuk memberikannya duit kalau tidak dia akan malukan Zaidi. Zaidi mula hilang sabar selepas mendengar ugutan Maya, lalu melanggar Maya hingga mati. Tak lama kemudian isteri Zaidi iaitu Zalia pula mengandung tapi Zaidi tidak mempercayai yang Zalia mengandungkan anaknya lalu memukul Zalia hingga hingga keguguran. Dalam keadaan sakit, Zalia balik ke rumah ibu bapanya lalu pengsan. Ketika di hospital, Zaidi mula menuduh Zalia macam - macam dan menyebabkan Zalia minta cerai dan Zaidi akhirnya menceraikannya. Ibu bapa Zalia malu pada orang kampung kerana Zaidi mereka - reka cerita tentang keburukan Zalia dan keluarganya pada orang kampung, lalu menyebabkan Zalia dihalau oleh bapanya dari rumah. Zalia akhirnya menumpang di rumah kawannya dan memulakan hidup baru.

Selepas itu Zaidi pula diserang oleh penyakit misteri dan terlantar sakit, ibu bapa Zalia yang menolong Zaidi ketika sakit. Ibu Zalia menyuruh Zalia memaafkan Zaidi dan datang berjumpa dengan Zaidi. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

1 ulasan:

  1. Setuju. Kalau beto yang berlakon mmg menjadi dan terkesan pd kita.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017