25 Mac 2014

My Love From The Star - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yang Top iaitu drama My Love From The Star yang dibintangi oleh Kim So Hyun, Jun Ji Hyun, Yoo In Na dan ramai lagi. Drama ni turut dikenali dengan nama You Who Came From The Star, My Love From Another Star, Man From The Stars dan lain2. Semua tajuk drama tu merujuk pada drama yang sama. Sepatutnya drama ni mempunyai 20 episod tapi atas permintaan peminat drama ni maka drama ini di panjangkan menjadi 21 episod kesemuanya. Gandingan Kim So Hyun dan Jun Ji Hyun memang menjadi dan membuatkan drama ni popular dan disokong kuat dgn jalan cerita yang menarik.
Gandingan mereka berdua ini bukanlah kali pertama sebaliknya diorang telah pun bergandingan dalam filem hits The Thieves sebelum ini.
Running Man pun turut buat parody drama ni yang mana Yoo Jae Suk jadi Cheon Song Yi dan HaHa jadi Do Min Joon mmg lawak habis. Jarang tengok drama korea yang berkisarkan pasal Alien ni hihi tpi mmg suka dengan watak Do Min Joon ni. Begitu gak dengan watak Cheon Song Yi yang giler2 tu, scene2 kelakar dlm drama ni mmg the best, gelak x hengat bila tengok C.Song Yi frust n meroyan skejap bila Do Min Joon tolak cinta die hehe. Watak adik lelaki C.S.Yi tu pun cute bila die pun suka dapat "bakal abang ipar" yang merupakan alien hehe. Bila tiba scene sedih mmg sedih laa jawabnyer especially part Do Min Joon yang menghilang n terpaksa balik ke planet asal die. Kesian C.Song Yi jadi sedih n stress bila Do Min Joon takde disisinya. 
Memang menjadi watak jahat Lee Jae Kyung dlm cite ni, menyampah jer n akhirnya die dapat pembalasan yg setimpal dgn perbuatan die. Kesian juga dengan watak Lee Hwi Kyung yang mempunyai abang yang sgt jahat dan die juga cintakan Song Yi sejak dari sekolah namun Song Yi menolak cintanya namun begitu Hwi Kyung tetap setia dan kekal menjadi kawan baik Song Yi. Begitu juga dengan watak Yoo Se Mi yang turut ada hati pada Hwi Kyung namun Hwi Kyung tak dapat menerimanya sbg kekasih. Dia juga merupakan kawan baik Song Yi dari dulu tapi dalam diam die sebenarnya sentiasa cemburukan C.Song Yi.
Final episod drama ni mmg touching n gambar atas ni masa C.Song Yi terkejut bercampur gembira bila tgk Do Min Joon muncul secara tiba2 didepannya setelah beberapa tahun hilang dari sisinya.
Apapun drama ni last sekali mestilah happy ending kannn hehe. Lagu-lagu dalam drama ni juga best2 belaka, aku paling suka lagu temanya yang bertajuk My Destiny sedap jer dengar. Selain itu Suzy juga turut buat special appearence dalam satu episod drama ni. Suzy dan Kim So Hyun pernah bergandingan dlm drama Dream High, masa tu aku x berapa minat lagi dengan K.S.Hyun ni tapi aku suka tengok K.S.Hyun ni jadi guest dlm Running Man dlm 2 episod. Comel jer n die mudah senyum, cepat gabra n senang ketawa, paling best die lari bukan main laju lagi hihi aku harap die akan jd guest lg dlm Running Man. Aku bagi 4 bintang untuk drama ni dari 5 bintang.

Watak Perwatakkan
1-Do Min Joon
2-Cheon Song Yi
3- Lee Hwi Kyung
4-Yoo Se Mi
Gambar2 diatas credit to Google dan Soompi Forum

Baca yang dibawah ini jugak-Klik pada tajuk entri dibawah untuk membaca entry berkenaan.

Review Drama Lakonan Kim So Hyun Yang Terdahulu-

Review Drama Lakonan Yoo In Na Yang Terdahulu-

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

5 ulasan:

rika ika berkata...

waaaaaa...minat korea erk...

rika ika berkata...

minat korea

Bunga_Ibrahim14 berkata...

done follow u dear..jom blogwalking blog sy pula,http://eppy25.blogspot.com/ mind to follow me back? tq. happy blogging :)

rika ika berkata...

nice...thank's sure why not...hehe... i :) wil also follow u...

CintaHati Lina berkata...

saya suka cerita ni...sangat best kan... touching...

Related Posts with Thumbnails