31 Mei 2013

Review Running Man Episode 147

Assalammualaikum..
Harap maklum entry ni amat panjang yer..so kalau rajin baca sampai habis, x rajin buat derk jer hihihi
First time buat Review Running Man (RM) ni heehehe..bukan pe episod 147 ni mmg sangat kelakar dari awal sampai akhir..letih gelak ooo..tapi episod2 lain pun tetap kelakar..cuma aku pilih episod yg terlatest nyer jer..dengar cerita Running Man akan datang ke Malaysia 21 September ni, tempat shooting x tahu laa kat mana..entah betul ke tidak tak dapat dipastikan maybe khabar angin ke ape ke. Tunggu dan lihat jerla..Guest untuk episod 147 ni adalah Kim Soo Hyun yang sebelum ni pernah muncul dalam RM episod berapa ntah, ini kali kedua die di RM. Guest kedua adalah Lee Hyun Woo, kedua-dua mereka digelar Flower Boy gitu hehe n diorang ni adalah pelakon n mmg famous..
Terdapat 3 team..
Team Merah- K.Joong Kook, Lee Hyun Woo dan HaHa
Team Biru- K.Soo Hyun, L.Kwang Soo & Jae Suk.
Team Hijau-Gary, Suk Jin & S.Ji Hyo
Game pertama diorang adalah dipadang dan diorang kena berlari dan melepasi halangan yg ada contohnya Lari Berpagar, Lari lalu melepasi jaring dan lain2. Kesemua mereka xde masalah nak lari berpagar semua tu, masalah terbesar diorang adalah tikar ke apa ntah namanyer hehehe, yang bila kita pijak atasnya mmg akan buatkan kaki rasa sakit tapi ianya memang baik untuk kesihatan cuma sakit jerlaa kena lari2 atasnyer. So macam2 gaya larian yg ada, ada yang lari laju, ada yg lari perlahan, ada yang lari sambil menjerit dan macam2 kerenah yang ada..sgt kelakar..
Kalau jatuh memang sakit giler jawabnyer, Tu belum Halangan yang bawah jaring lagi tu..yang tu lagi dasyat sebab kena baring atas tikar yg sakit tu.memang menjerit la jawabnyer..namun akhirnya, setelah percubaan untuk kali ketiga Team Biru telah menang dgn jayanya, Team Merah juga hampir berjaya tapi terlambat beberapa saat. Teruk juga la HaHa tu kena marah dan kena kejar dengan Joong Kook sebab die yg lari paling lambat dalam team Merah lalu buatkan team Marah kalah hehehe..lawak masa ni tgk kerenah Joong Kook dan HaHa tu. Team Hijau pula lawak dgn kerenah Gary yang x habis2 dok usik Ji Hyo. Soo Hyun dari team biru lari sangat laju woo dasyat tul x menjerit pun releks jer..
Game Kedua dekat Kolam Renang gitu, diorang main game Flying Chair (Kerusi Terbang) sorang dari wakil kumpulan ke depan dan main lawan Ozoom dengan wakil kumpulan lain hehe..so kalau kalah dua ahli kumpulan yg duduk atas Flying Chair tu akan terlambung dan masuk dalam kolam renang. Memang lawak masa ni..paling sweet masa Ji Hyo dan Gary yang tertukar topi tu..diorang x sedar topi boleh tertukar hehe sampai ada yg tegur baru diorang perasan pastu malu2 gitu. Gary pulak x habis2 mengusik Ji Hyo siap cakap lagi  "Don't take my hat, take my heart". pastu masa Ji Hyo nak lawan Ozoom dgn So Hyun dari team Biru tu diorang kena tutup belakang diorang dgn tuala, bagi ahli kumpulan yg duduk atas Flying Chair tu x nampak..maka Ji Hyo dgn slumber ambik tuala tu terus selimutkan So Hyun dgn diri die dan akhirnya membuatkan semua terkejut lalu terus mengusik Ji Hyo dan Gary lak jadi cemburu hehe..comel jer part ni..
Part dalam gambar kat atas ni lagi  x boleh blah sgt kelakar, adegan spontan gitu, yg mana Jae Suk nak bagi tuala basah tu kat Kwang Soo yg tgh duduk kat bawah sbb tgh standby nak lawan Ozoom dgn Ji Hyo, so Jae Suk terus baling tuala tu kat belakang Kwang Soo, jadi disebabkan tuala tu terlalu berat dgn air maka Kwang Soo dgn automatiknya terus tertunduk ke lantai, rasanya kepala die terhantuk gak kat lantai tu hehe habis semua org gelak. Pastu HaHa plak dgn slumber cakap kat Kwang Soo yang tuala tu berat sangat ke sampai leh tertunduk gitu, apa lagi Kwang Soo terus bangun dan baling pula tuala tu kat HaHa..terus HaHa yang tengah berdiri tu jatuh telentang membuatkan suasana jadi riuh. Pastu Suk Jin mcm x percaya lalu die plak nak try tuala tu, maka Jae Suk pun baling laa tuala tu ke arah muka Suk Jin dan Suk Jin terus jatuh ke belakang..hehe adoii mmg sangat lawak part ni..

Akhirnya Team Hijau yang menang game ni..tapi akhirnya ada game tambahan plak nak tentukan ahli yang paling lemah dlm game Flying Chair ni so Jae Suk lawan Ozom dgn Kwang So atas kerusi terbang tu dan Kwang So menang. Kemudian ada yg sarankan Kwang Soo bertanding pula dgn Joong Kook dan diorang bersetuju tapi diorang x bertanding saja, Kwang Soo ada letakkan syarat nak tau syarat apa korang kena tgk laa episod ni. Bukan main fokus Kwang Soo masa ni dan akhirnya Joong Kook kalah hehe. Lepas game ni diorang pergi satu tempat macam kawasan perumahan gitu pastu diorang melepak depan supermarket kat situ. Team merah sampai dulu, lalu sempat la diorang beli Ais Krim dan lepak2 depan supermarket. Bila Team Biru dan Team Hijau sampai semua pun suruh team merah belanja diorang makan aiskrim.

Joong Kook dah cakap x nak belanja tapi team Biru dan Team Hijau slumber je terus ambik aiskrim dan makan kat luar supermarket tu tanpa bayar sbb diorang ingat team Merah akan bayar. Joong Kook terus cakap mmg die x kan bayar. Lalu Kwang Soo terpikir satu taktik nak kenakan Joong Kook guna makcik supermarket. Dia terus masuk dalam Supermarket tu lalu suruh Makcik yg owner Supermarket tu gi mintak duit bayaran ais krim diorang kat Joong Kook. Makcik tu terus jer ikut cakap Kwang Soo dan pergi mintak bayaran kat Joong Kook. Part ni mmg sangat kelakar Joong Kook memang terkejut lalu menerangkan kat makcik tu yg die bukan team diorang jadi die x nak bayar, Makcik tu x peduli terus gak mintak duit, last2 pasrah jer Joong Kook lalu die bayar gak..lawak sungguh masa ni. Bila Makcik tuh dah masuk balik dalam Supermarket, Joong Kook terus gi ke arah Kwang Soo konon2 nak marah Kwang Soo laa..heehehe
Nampak tak die dah tarik baju Kwang Soo konon2 nak marah hehe..tapi x sempat nak marah pun sebab Makcik Supermarket tu keluar balik dan buatkan Kwang Soo terus gi sembunyi belakang Makcik Supermarkat tu lalu menyuruh makcik tu ambik gambar J.Kook lalu upload kat mana2 hehehe lawak giler time ni pastu Joong Kook terus peluk makcik tu dan cakap die saje je x de apa pun..haha comel jer.
Team yg lain mmg ketawa jer tgk gelagat Kwang Soo, J.Kook dan makcik supermarket tu..
Lepas dari adegan ngan makcik supermarket tu slumber jer Kwang Soo duduk dekat ngan Joong Kook mcm xde benda jadi hehe sweet gak diorang ni..masa ni diorang tgh tunggu arahan untuk game seterusnyer..
Game seterusnya diorang kena basuh baju pastu sidai baju tu guna kaki..hehe setiap tempat hanya boleh 3 org jer..x leh blah Kwang Soo tetap bersama dgn Joong Kook hehe..diorang kena baling kain/baju tu guna kaki sampai baju tu berada atas ampaian. J.Kook mula dulu dan baju tu hampir2 nak ada atas ampaian dah tapi Kwang Soo kacau die terus tangkap baju tu lalu baling baju tu kat atas..haha giler tul, kerja Kwang Soo memang suka kacau Joong Kook walaupun J.Kook tu garang gak..percubaan kedua J.Kook juga dikacau oleh Kwang Soo tengok jela apa yang Kwang Soo buat kat J.Kook dalam gmbar kt bawah ni heehe.
Berani tul Kwang Soo kacau2 J.Kook hehe tapi seronok tgk diorang ni..Di tempat yang lain Soo Hyun dari team Biru baling baju semua tersangkut atas pokok lawak giler..die baling agak tinggi jadi semua baju tu tersangkut atas pokok..cantik terus pokok tu hhehehe..dan akhirnya Jae Suk dari team biru menang. Game seterusnya diorang main pasal biji tembikai tu..diorang kena ambik tembikai keluarkan biji die lalu letak atas muka dan kembali ke supermarkat tadi dengan pantas, Dua yang terpantas menang game ni. Percubaan pertama Joong Kook hampir berjaya tapi macam biasa dikacau oleh Kwang Soo lalu biji tembikai tuh jatuh dari muka lalu die gagal mng manakala Kwang Soo setelah berjaya mngacau J.Kook die terus lari. Kemudian J.Kook membuat percubaan kedua dan Kwang Soo pun sama. Lalu akhirnya dua2 buat perjanjian x kan mengacau antara satu sama lain sambil berpegangan tangan sama2 menuju ke Supermarket tadi hehe..

Lawak tul dalam gaduh2 diorang ni, ada gak yg sweet2 hehe, akhirnya diorang dua2 yg paling pantas dan sama2 menang untuk game ni..Game seterusnya untuk ahli kumpulan yg belum menang lagi game tersebut ala2 bowling gitu, diorang kena guna stokin sendiri buat bola bowling lalu lontar kat beberapa botol yogurt yang ada, dan game ni dimenangi oleh Hyun Woo dari Team Merah. Game seterusnya adalah game tangkap ayam mmg lawak habis masa ni..Untuk game tangkap ayam ni hanya Soo Hyun, HaHa, Gary dan Ji Hyo yg amik bahagian..Soo Hyun lari paling laju lalu sampai dulu kat tempat ayam, berhempas pulas die menangkap ayam akhirnya dapat jugak, Ji Hyo ada gak kacau2 die bagi die terlepas ayam tu tapi x berjaya. Tak berapa lama pastu Gary pulak dapat tangkap ayam lalu die kembali ke tempat supermarket tu. So hanya tinggal Ji Hyo dan HaHa jer masa ni..kesian HaHa die takut dengan ayam, x dapat nak tangkap ayam, die asyik tanya Ji Hyo mcmmana Ji Hyo tangkap ayam tu.
Last2 Ji Hyo mungkin rasa kesian dengan HaHa lalu die bagi ayam yg die tangkap tu kat HaHa..sweet nyer Ji Hyo, adik tolong abang gitu. HaHa macam x percaya gak Ji Hyo bagi ayam tu kat die last2 HaHa janji akan buat baik dgn Ji Hyo selamanya hehe comel part ni..HaHa pun bawa ayam tu kembali ke Supermarket tadi manakala Ji Hyo plak terus tangkap ayam yg seterusnya. HaHa sempat gtau kawan2 yg lain yg Ji Hyo yang tolong die bagi ayam ni kat die. Ji Hyo sampai paling last dgn tetap membawa ayam hehe Suk Jin sempat suruh Ji Hyo jangan tolong team lain dah hehehe. Akhirnya So Hyun dari Team Biru yg menang game tangkap ayam ni sebab die paling pantas sekali. So Hyun siap peluk ayam tu x lepas dah n cakap nk bagi ayam tu kat mak die..adoii sangat lawak masa ni..dan keseluruhan game ni dimenangi oleh Team Biru.
Final Game adalah game tarik tali 3 penjuru bersama dengan 300 pelajar universiti, setiap team akan ada 100 pelajar. Team Hijau ada kelebihan sebab ada Song Ji Hyo dalam team tu maka dapat tarik ramai pelajar lelaki masuk dalam team Ji Hyo. Team Merah pulak ramai pelajar perempuan gitu jadi diorang memang susah nak menang laa. Team Biru nampak seimbang juga ramai gak pelajar lelaki, perempuan pun ada, First round Team Hijau yang menang, Second round Team Biru yang menang..Final round sape yg menang??jeng jeng jeng...
Memang persaingat sengit antara Team Biru dan Team Hijau di Final Round ni dan akhirnya Team Hijau yang menang...dan membuatkan Team Hijau menang keseluruhannya.

Panjang tak review hehe jenuh menaip ni..hehe disebabkan entry ni agak panjang maka aku kecikkan sikit tulisan huhu sekian..

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

9 ulasan:

Tentang Kita berkata...

tq dik...tak sabar nk tgk malam nie......

Che Rosliza Che Mat berkata...

Tak sabar nak tgk malam nie dekat 393 hihihi

beta kupu berkata...

sy pun minat sgt kat RM ni! btw lagu ni ptt mcm familiar, rpanya talking to the moon kan? =)

Cik Nur™ berkata...

Xpernah tgkk
teringin nak tgkk..
huhuhu

Chic Na berkata...

belum sempat tgk episod ni lagi. uwaaaaaa...

Muna rahimah berkata...

Bestnyaaaaaaaaaaaaaa ! My favourite!

izan mama mia berkata...

wah..rajinnyer menaip..ehe

9n0L4 berkata...

waaaaaaaaa. tak dpt tgk minggu ni. love rm. :)

Deqla Manjew berkata...

panjang benar reviewnya ...hihi.. nk baca pun x phm nnti..sbb x penahnya tgk..hahahaha...

Related Posts with Thumbnails