-->

30 Mei 2013

JOZAN Di Minggu Ketujuh RaJa Lawak Musim Ke-7

Assalammualaikum..
Diam tak diam dah nak masuk minggu ke-8 dah..sekejap jer kan, tak lama lagi dah nak final Raja Lawak dah..x tahulaa musim ni sape yang menang kan..apapun jom usha2 apa yang menarik di minggu ke-7..

Antara Yang Menarik Di Minggu Ke-7 RL7
-Pembukaan Minggu ke-7 agak meriah dan sweet disebabkan JOZAN haha..bermula dengan JoHaN yang beberapa kali tersasul lalu Zizan mengambil peluang tu dengan mengusik JoHaN haha comel jer dua2 ni, contohnya Semenakin (Semakin) Senyayunyer(Selalunyer) Zizan siap cakap kt Johan comelnyer die ni..last2 JoHan terus cakap pelat mcm budak2 lalu membuatkan Zizan ketawa.
-Bila masuk bab nak kenalkan para penaja dan radio rasmi JOZAN start mengusik antara satu sama lain bermula dgn Zizan yg perkenalkan dirinya sebagai duta Kit Kat..lalu Johan buat muka sikit sebelum ketawa besar dan buat muka balik haha Zizan dah sengih2, Kemudian masa nak perkenalkan radio rasmi Zizan lak buat2 x nak cakap sebelum buat2 nak muntah haha last2 Zizan cakap kt Johan "Aku suka sangat Mak Jemah" last dua2 pun ketawa sama2..sweet jer..
-Kemudian Johan tersasul lagi nk sebut Facebook jadi Faceboot lak..haha Zizan dah ketawa masa ni tapi x cakap apa2 just ketawa jer. Johan yg try coverline tapi bila tgk Zizan ketawa terus Johan suruh Zizan diam manakala Zizan lak hanya buat isyarat tangan yg bermaksud die x cakap apa2 pun sambil gelak2 n then masa cakap pasal twitter Johan ada cakap mcm ni "kalau nak cakap pasal JOZAN tak payah hashtag okey, everyday trending okey" pastu Zizan terus buat muka comel sambil tgk2 Johan haha pastu Johan tanya Zizan "Kenapa?aku buat semua salah" Zizan dah gelak2 sambil cakap "Aku tak cakap apa pun,cepatlah teruskan"
-Masa JohaN perkenalkan pengkritik tetap iaitu Dato AC Mizal, AC ada tanya kenapa lidah Johan pendek malam ni hahaha kemudian selepas habis AC bercakap Zizan plak cakap kat Johan "Nak pakai lidah jugak.."terus Johan tarik Zizan gi dekat die n buat mcm nk tium Zizan haha terus Zizan elak sampai jatuh terduduk Johan plak cakap "Mengada-ngada betul" haha comel dua2 kembar ni..kalau Johan betul2 tium Zizan mmg trending lagi kt twitter hahaha tapi x kisah mmg semua Jozannerz suka benar tgk JOZAN sweet2 gitu haha..
-Tema minggu ke-7 adalah alam persekolahan 
-Masa AC tengah beri komen pada persembahan kump Tuah, Zizan sempat mencucuk pinggang salah seorang ahli kump Tuah yg melatah tu. Banyak kali gak die melatah hahaha..
-Ketika Kump Sakan nak habiskan sketsa diorang, Zizan pun datang ke depan pentas, kemudian salah sorang kump sakan terus cakap "Cikgu bapak kite datang" pastu sorang lagi cakap kat Zizan "Anak kamu ni teruk sangat ni" Zizan pun jawab "kenapa,yang mana anak kite" pastu salah sorang dari kump sakan cakap "dua2 ni loyar buruk" terus Zizan jawab "Sape mak kau ni" "Hidung jer sama aku x pernah buat anak macam ni,ini bukan anak ini CGI ni okey" terus penonton pon gelak2,,
-Johan bagi pepatah "kata orang kera dihutan disusukan,anak dirumah mati tak makan so apa kena mengena?" terus AC Mizal dan Zizan dah gelak2 dengar pepatah Johan termasuk dgn Johan sekali pun gelak2 jugak..hihi.
-Masa Juri2 tgh beri komen pada persembahan kumpulan Wala, JoZaN sibuk dok kacau2 salah sorang ahli kump Wala yg berbadan sasa tuh..JOZAN dok kacau2 die dgn menumbuk-numbuk, mencuit-cuit badan die hahaha redha dan pasrah jer die menahan apa yg JOZAN buat kat die hehe..
-Dalam sketsa Boy ada gak cite pasal Jozan hehe yg dikatakan suka membuli dirinya..haha
-Ketika JOZAN bersembang-sembang sempat lagi diorang sebut nama2 kereta, paling sweet bila Johan asyik kenakan Zizan pasal kereta Evo 10 tu..sampai nama peserta pun die sebut Evo 10 pastu Johan jelir lidah kat Zizan haha dan Zizan kejar die dari belakang hihi..
-Masa nak perkenalkan kumpulan Okay, JOzan bercakap dalam loghat perak..
-Time JOZAN buat promo tu, Johan ada cakap sambungan filem Bikers Kental adalah Bikers Buntal hahaha..
-Part Penyingkiran mmg sgt best sebab JOZAN ada masa nak bercakap lama2 sikit berbanding minggu2 sebelumnya, jadi banyak laa part2 kelakar dari JOZAN masa penyingkiran ni..

-Setiap kali Johan bercakap masa penyingkiran ni, Zizan dah x boleh control gelak hehe die terus gelak dan gelak haha comel jer, Zizan x leh tahan gelak tgk gelagat JoHan hehe..betullah cakap Zizan yg hanya Johan yg boleh buat die ketawa..nanti kalau Zizan sedih2, letak je Johan sebelah die hehe konform ceria balik kan heehehe..
-Johan cakap-> "ayoyoo2x yang disebut dalam Final Destination" terus Zizan gelak giler pastu die cakap "mana ada india dalam cite tuh" haha terus Johan nak gi menyorok belakang pintu sbb malu hahaha lawak masa ni.
-Akhirnya Kumpulan Tuah yg tersingkir utk minggu ke-7
Rasanya Lepas dari RL7 minggu ke-7 Johan, Zizan & AC gi makan2 di Restoran Riezman Khuzaimi.

P/s-Mesti ade yg heran camne aku leh ingat Dialog2 JoZan tuh semua..sebenarnya aku tengok video balik kat tenet sebab tuh laa leh ada dialog2 tu semua..kalau setakat tengok kat tv memang aku tak ingat semua dialog diorang hehe..


12 ulasan:

  1. so sweet..suka tgk gelagat dpa ni..hihi

    BalasPadam
  2. jozan ni mmg buat kita tak kering gusikan. :)

    BalasPadam
  3. haha.. baru nak tanya camne miss banu boleh hafal skrip dialog tu smua.. kihkih...gigih ye tgk blk just nk buat entri.. huhu..dorang mmg sweet sokmo.. ;)

    BalasPadam
  4. banu, nak tanya ade tak video part jozan je? puas cari, tapi tak jmpe. huhu

    BalasPadam
  5. Hazirah Sulaiman-video part JOZAN jer xde x jumpa pun..rasanya Aishah Humaira tu yg rajin buat video part Jozan Jer kan..

    BalasPadam
  6. power ah banu kalau igt sume dialog tu. hehe. mmg peninat tegar la. :)

    BalasPadam
  7. mcm mane awk tngok vdeo dyeowg blik ? awk msuk mane ?

    BalasPadam
  8. cmne awk tngk blik mharajawak nie .. awk tngok mne ?

    BalasPadam
  9. Ade sape2 tahu name lagu tamil/hindi yg merasuk johan n zizan tuh x??

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017