7 Mei 2013

JOZAN Di Minggu KetiGa Raja Lawak Musim Ke-7


Antara Yang Menarik Di Minggu Ketiga RL7

~Tema Minggu ketiga adalah iklan haha mcam susah temanya..tapi rasanya peserta yang paling menyerlah dan berjaya buat aku ketawa adalah Kumpulan Wala..tahniah buat mereka..
~Masa permulaan JoHan tersalah sebut tagline Radio Era die pi sebut tagline Radio Sinar..biasalah live show kadang2 tersasul, Zizan sempat usik Johan cakap "Biasalah pakcik ada kat sana" Dari dulu mmg aku perasan Zizan suka usik Johan pasal Salleh Yaakob hehe..
~Masa perkenalkan Juri, Dato Ac Mizal ada sebut tagline Ali haha AC sygggg semuaaa haha..rindu kat Ali ler tu..haha
~Masa JoHan tgh Promo iklan Anugerah Blokbuster, Zizan sengaja tanya banyak2 Soalan pasal anugerah Blokbuster tu hehehe last2 Johan buat2 marah hihi
~JOZAN Cakap salah sorang dari kumpulan Kintan tu macam Nizam Sani terus para juri gelak giler2. AC juga tanya nama salah sorang peserta yang pakai Tai tu terus Zizan cakap Katai nama die haha 
~Masa Kumpulan Gamat selesai buat persembahan n JOZAN pun datang terus lagu Gwiyomi terpasang haha apa lagi semua pun bergwiyomi di pentas haha..penonton dh bersorak sbb teruja nk tgk JOZAN buat Gwiyomi..sygnyer sekejap sgt..x puas tgk..
~Salah sorang Juri iaitu Isma Alif suka komen dgn menyanyi, adoii rimas tengok die..setiap kali time die komen mesti huru hara dgn nyanyian die, patutnya die komen straight to the point jer mcm AC dgn Apek tu  n JOZAN pun susah nak mencelah masa die komen tu, nmpk JOZAN mcm tension gak dgr Isma dok mengarut tu hahaha..sampai ada sekali tu JoHan terus ke belakang pentas bila isma x berhenti-henti nyanyi haha..bergurau manja dgn juri ler tu hihihi...
~JOZAN sempat mengusik salah sorang peserta dari Kumpulan Tuah yang suka melatah tu haaha
~Kumpulan Wala paling menyerlah dan mndapat pujian juri, JOZAN suka kacau salah sorang kumpulan Wala yg badan tegap tu diorang main tumbuk2 lak badan peserta tu hahaha..
~Salah sorang peserta Solo dari Sabah yg bernama BoY sempat meniru gaya Johan dan Zizan haha kemudian masa nak baca cara2 nak mengundi, JOZAN buat2 balas dendam diorang baca cara2 mengundi Boy macam ala2 malas gitu haha tak cukup dengan tu, Zizan terus ke belakang pentas kemudian keluar dengan topi serta bercermin mata dan meniru Gaya Boy pulak haha..gamat giler masa ni..hahaha
~Akhirnya Kumpulan TaRas yang terkeluar untuk minggu ke-3 ni..nampak JoHaN ada memberi kata2 semangat kepada Kump Taras ni masa diorang lepas kena kritik dgn lepas tersingkir..
~Sekian dari saya..lalaalala

#Tema minggu ke-4 RL7 adalah Gossip

Gambar2 kredit to Blog JOZAN FC

P/s-Terjumpa ada Blog yang tiru bulat2 entry2 JOZAN yang aku buat..bukan satu dua yg die tiru hampir semua entry aku pasal JOZAN die copy paste dan buat2 mcam die tulis sendiri, tak letak credit pun..agak2 r nk tiru pun..letak la credit..mmg buat sakit hati gak laa..aku dh bagi warning kt blog die tu..esok hari bila bukak blog tu balik die dh private kan blog die..melampau tul....tu baru satu yg aku jumpa..ntah2 ada byk gi..


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

8 ulasan:

Cik Nur™ berkata...

boleh pulak tersasul eh johan..
sabo je lah.. :)

Che Rosliza Che Mat berkata...

akak tak tgk lagi raja lawak yg nie...hihihi ada jugak blogger cam gitu..

Tanpa Nama berkata...

emm, saya meminati gabungan johan dan zizan ni, kalau penat studi, selalu cari video mereka di youtube, n lps tu insyaALLAH, bersemgt semula nk studi lps menonton gelagat JOZAN. Tp, saya perasan, raja lawak 7 ni, konsepnya agak b'beza drpd yg sblmnya, dulu2, kalau part penyingkiran, biasanya macam2 JOZAN buat, menyanyi n berlawak, tp, skrg, sgt simple n ringkas sahaja. Memang berbeza ke ye skrg?
Selalu jugak dlm Raja Lawak 7 ni nmpk Johan mcm pndg2 kamera, kadang2 mcm johan terleka sikit dr zizan. Tp, JOZAN memang kelakar n menghiburkan :).

Tanpa Nama berkata...

emm, saya meminati gabungan johan dan zizan ni, kalau penat studi, selalu cari video mereka di youtube, n lps tu insyaALLAH, bersemgt semula nk studi lps menonton gelagat JOZAN. Tp, saya perasan, raja lawak 7 ni, konsepnya agak b'beza drpd yg sblmnya, dulu2, kalau part penyingkiran, biasanya macam2 JOZAN buat, menyanyi n berlawak, tp, skrg, sgt simple n ringkas sahaja. Memang berbeza ke ye skrg?
Lps tu, dlm Raja Lawak 7 ni, selalu jugak nmpk Johan mcm pndg2 kamera, kadang2 mcm terleka sikit dr interaksi dgn zizan.
Tp, apapun, JOZAN memang kelakar n menghiburkan, tgk Raja lawak 7 pun sbb JOZAN :).

iman nasuha berkata...

saya amat meminati gabungan johan dan zizan ni, sgt serasi n mereka mcm faham lawak masing2, siap boleh sambung lawak atr satu sama lain, mereka memang hebat. kalau penat studi, selalu cari video mereka di youtube, n lps tu insyaALLAH, bersemgt semula nk studi lps menonton gelagat JOZAN.
Tp, saya perasan, raja lawak 7 ni, konsepnya agak b'beza drpd yg sblmnya, dulu2, kalau part penyingkiran, biasanya macam2 JOZAN buat, menyanyi n berlawak, tp, skrg, sgt simple n ringkas sahaja. Memang berbeza ke ye skrg?

BaNu Syah berkata...

Iman Nasuha->peserta raja lawak musim ke-7 lebih ramai dari musim2 terdahulu..jadi x banyak masa yg ada..JOZAN pun x dpt ckp byk sbb masa x cukup..ditambah dgn juri2 pun kritik agak lama jadi benda ni semua buat masa x cukup jadi JOZAN terpaksa straight to the point n x dpt nk buat lawak byk2..yg johan byk pandang kamera tu mungkin die nak berinteraksi dgn peminat2 kt umah ataupun penonton2 kt studio tu..

Tanpa Nama berkata...

Sgt lah setuju isma aliff tu over sgt bile bg komen... Mcm show dia pulak.. Huhu

Tanpa Nama berkata...

bestnya blogger nie le baca sal JoZan tapi RL 7 tak sehebat sebelumnya cause part JoZan lawak sikit ja

Related Posts with Thumbnails