27 Mei 2013

Running Man Best


Assalammualaikum,
Sape layan Running Man kat sini??Running Man ni adalah Korean Variety Show..sekarang ni dah masuk episod 146 dah..aku yang mulanya x berapa minat terus jadi minat lepas tengok beberapa episod Running Man hehehe..Masa semua org sibuk cakap Running Man best..aku pun teringin laa nk tgk apa yg bestnyer..lepas tu try tgk episod pertama..pas habis tengok episod pertama rasa mcm biase jer terus aku tak tgk dah..hehe..Kemudian dapat tahu Lee Dae Hae jadi guest untuk episod 80 lebih gitu dalam RM so aku try tgk sbb aku suka tgk Lee Da Hae dlm drama My Girl tu..so aku tengok sikit..pastu tak tengok dah sbb rasa mcam x best jugak hehe..sampailaa ke episod 100 lebih yg mana guest nyer masa ni adalah Lee Dong Wook Yg hensem tuh yg berlakon gak dalam drama My Girl tu..terus terminat plak dah tengok RM. Berjangkit sudah demam RM..Sejak dari itu aku start tengok episod yg latest2 serta episod2 yg terdahulu mmg sangat best, kelakar n konform akan ketawa punyelah tengok Running Man ni..
Episod 146 (latest)->Hampir2 jer diorang nak menang tapi salah sorang jer leh mng dgn slumber jer tangan Lee.Kwang.Soo dh melekat kat nametag Haha. Kesian Haha terkejut n mcm nk menangis dah hehe apapun L.K.Soo sikit lagi jer nak menang tapi x sempat nk tulis nama die..Ji Hyo dah dtg tngkap die..hehe best2..
Episod 145-antara episod yang best, kesian diorang kena duduk atas kon tu haha..pastu pihak lawan kena teka siapa dikalangan team Running Man (RM) yg duduk atas kerusi bukan Kon..kesian giler menjerit diorang haha Song Ji Hyo releks jer duduk atas tu..yg lain2 mmg nampak seksa..akhirnya pihak lawan kalah sebab salah teka..diorang x sangka Kim Joong Kook yg duduk atas kerusi hehe..
Episod 85-Aku paling suka sekali Kim Joong Kook ngan Lee Kwang Soo hehe suka tgk diorang satu team walaupun diakhirnya mcm2 akan jadi hehe..episod kat atas tu sweet tgk siap berpegang tangan lagi sbb terpaksa, kerana team lawan memilih diorang untuk terikat sentiasa..jadi sepanjang hari mmg mcm tuh jela x leh blah tul berpegangan tangan..member RM yg lain dh usik2 cakap gelilah apalah..diorang mcm malu2 pastu tersengih hehe..K.J.Kook suka marah2 L.K.Soo hehe pastu nanti adalah adegan bergaduh/khianat sesama sendiri hehe. Satu lagi kalau ditanya kat diorang sape yg diorang paling nak singkirkan dulu..semua akan jawab K.J.Kook lah sbb die antara saingan paling kuat dlm RM..banyak episod yg best2.
Song Ji Hyo walaupun perempuan, dia yang paling banyak menang..hehe n bila die mng selalu menang hadiah emas..sampai diorang cakap S.J.Hyo leh bukak kedai emas pasni hehe..Suk Jin paling kesian sbb x pernah menang sekalipun hehe..die selalu akan jadi sasaran awal untuk disingkirkan apabila diorang main game tarik2 nametag tu..
Lee Kwang Soo ngan Song Ji Hyo..diorang ni mcm adik dgn kakak sbb Ji Hyo lebih tua dari Kwang Soo jadi Kwang Soo panggil die kakak..aku suka tengok Ji Hyo especially time die marah haha habis yg lain2 pun kena marah dgn die, maka pastu yg lain akan cakap Bad Ji Hyo dah muncul..hehe..lagi satu kesian gak kat Ji Hyo especially dalam episod yg ada guest artist perempuan yg lawa2 automatik Ji Hyo akan diketepikan sekejap sebab yg lain2 sibuk nak satu team dgn guest artis perempuan yg lawa2 tu..
Running Man with Jackie Chan..comel jer Jackie Chan main games2 tu semua, die suka sangat ketawa tengok gelagat team hijau..
Episod ini pun kelakar giler..especially masa diorang kat Zoo dengan binatang2 tu semua..paling syok tengok  K.J.Kook dengan harimau dan singa tu..x leh blah tgk die menjerit-jerit kat harimau tu semua dari jarak yg agak jauh..lawak sgt..manakala Jae Suk pula kena buat Gajah tu sebut satu perkataan..mmg lawak habis..

Selain tu, aku juga suka tengok gelagat Gary die ni jenis baik sikit x pandai menipu, pastu dlm kategori lurus juga lah sbb  kadang2 die senang tertipu dgn penipuan org lain..hehe..best tengok die dok kacau2 Ji Hyo walaupun Ji Hyo sekarang dh ada Boyfren dah..Monday Couple dah jadi ex monday couple skrg ni..selain tu HaHa pun kelakar juga n giler2 sehati sejiwa dgn Kwang Soo sebab dua2 lebih kurang sama jer "Betrayal Team" gitu. Ikutkan anggota asal Running Man adalah 8 orang termasuk Song Jong Ki yg comel tu tapi die ada dlm RM sampai episod 41 jer lepas tu die tarik diri sbb nak tumpukan perhatian dalam bidang lakonan. Episod 66 die ada jadi guest untuk RM. Selepas die tarik diri anggota RM kekal 7 org jer sampai skrg..n tempat die x digantikan oleh pihak produksi..

Episod last untuk Song Joong Ki tuh agak best juga walaupun ada drama air mata sikit sbb S.J.Hyo & L.K.Soo menangis sbb pasni S.J.Ki dah xde dlm RM yg paling syok bila diorang semua gi serbu rumah HaHa, Habis barang umah die kena angkut/rompak dgn diorang..kelakar habis..
10 sebab kenapa Running Man (RM) diminati ramai : credit to --> BeautifulNara
1. Konsep rancangan yang unik dengan misi yang berbeza untuk setiap episod.
2. Karekter setiap watak di dalam Running Man yang berbeza dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
3. Tiada skrip di dalam Running Man menyebabkan pelbagai kemungkinan dan banyak perkara di luar jangkaan yang boleh berlaku.
4. Setiap watak di dalam Running Man tidak control macho, cover cun atau cuba berlagak menjadi orang lain. Kesemuanya menjadi diri sendiri dan natural ketika proses rakaman.
5. Tetamu-tetamu jemputan yang berbeza hampir setiap minggu menjadikan rancangan ini lebih menarik (terutamanya jika tetamu wanita hadir).
6. Suntingan yang mantap daripada pihak produksi Running Man. Krew-krew yang hebat dan banyak. Dikatakan ada lebih daripada 10 kamera untuk setiap kali rakaman episod Running Man. Gila kan?
7. Setiap watak mempunyai sense of humour yang sangat tinggi.
8. Tempat-tempat yang dilawati untuk rakaman episod Running Man sangat-sangat menarik.
9. Drama, percintaan, pergaduhan dan persahabatan yang ada di dalam Running Man.
10. Lee Kwang Soo si pengkhianat.

Running Man Daebakkk..bila ntah RM nak shooting kat Malaysia, diorang sebelum ni dah pernah shooting di Hong Kong, China, Vietnam n Thailand..paling banyak diorang gi adalah di Thailand..start 1 Jun RM akan ditayangkan di tv2 bermula dari episod 1. jenuh nak tunggu kalau seminggu 1 episod..baik aku tengok kat tenet jer hehe..

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

11 ulasan:

HAZIRAH SULAIMAN berkata...

dgr cerita ji hyo da break ngan bf dia da. so skank jae suk tgh nak dekatkan dorg balik mcm dulu. sbab ada ep berapa tah, nampak sgt gary kecewa ngan ji hyo. hahaha.

eh dia pun layan jugak RM ni. hee :)

HAZIRAH SULAIMAN berkata...

dgr cerita ji hyo da break da ngan bf dia. so skank ni jaesuk rapat kan balik jihyo ngan gary. ade ep berapa tah, nampak sgt gary kecewa ngan jihyo hahaha

Teena Tna berkata...

Percaya x Teena langsung x pernah tgok Running man..hehe

keli menari berkata...

suke jugak RM ! BEST SANGAT !

Deqla Manjew berkata...

ramai yg kata best... tp deqla x penah tau dan tgk pun.. huhu...

kayyana berkata...

mmg best giler.. klu tgk kan dok ketawa terbahak bahak smpai nak termuntah.. mmg best.. ji hyo berchenta ngn sape ek? hehehe

Cik Nur™ berkata...

miss banu percaya tak..
Nur tak pernah tgk pun...
huhuh

9n0L4 berkata...

wahhhhhhh. nnt tv2 nak publish rm ye. episod satu season skrg ke yg lame? huhuhu.

Cik Nur™ berkata...

Miss Banu percaya tak,
sekarang Nur dah terjebak dengan Running Man ni..

Hahahahhaa

Tanpa Nama berkata...

aku ada semua ep running man

eby chubby berkata...

RM ada berape ep eh ?

Related Posts with Thumbnails