5 Mac 2014

Review Filem Kami Histeria

Assalammualaikum..
Baru lepas menonton filem Kami Histeria kat Astro First, memang best giler, rugi kalau tak tengok filem ini. Ada Seram, Komedi, Rock semua ada. Filem Kami Histeria dilakonkan oleh ramai pelakon hebat antaranya Fazura, Diana Danielle, Sara Ali, Nad Zainal, Mila Jirin, Umie Omar, Izzue Islam, Afdlin Shauki. Kesemua pelakon dalam filem ini berjaya membawa watak masing2 dengan berkesan sekali. Paling menarik bila dapat tengok Fazura bawa watak Hantu (Langsuir) yang bernama Cik Lang. Terror Cik Lang ni cakap utara okey dan baca majalah hiburan gitu.
Rasanya filem Kami Histeria ni kalau ada sambungan jadi Kami Histeria 2 pon best gak kan, kalau tak pun buat filem khusus yang menceritakan kisah hidup Cik Lang ni dan kenapa dia sampai jadi Langsuir ni. Apapun watak Cik Lang mmg meletop gitu, tambahan lagi aku mmg fans Fazura pun hihi, mmg bijak Fazura ambik watak ni.
Lagu2 dalam filem Kami Histeria pon best2, aku paling suka lagu yg btajuk Kami Histeria dan Pujaan Hatiku. Suka gak ngan watak Laila yg dilakonkan oleh Diana Danielle, memang sesuai sangat Laila jadi ketua kumpulan Kami Histeria ni sebab die cool, periang, bertanggungjawab dan bijak berbanding dengan Bad. Watak Nad Zainal sbg Peanut yg agak unik sebab xde dialog mmg awsome, sbb setiap perasaan watak tu hanya dizahirkan menerusi ekpresi muka jer. Watak Mila sbg Airin juga best sbb qiut n comel manakala watak Umie pula sgt cool sbb die selalu jd pendamai kalau ade yg bergaduh dlm kump tu.
Watak Izzue Islam sbg Pitt agak misteri sikit tapi still sweet sbb die adalah Jiran yang hensem lagi baik hati, x leh blah part first time Izzue Islam datang menegur kump Kami Histeria ni, semua terpegun gitu tgk Izzue (Pitt) hahaha. Maybe ramai yg konpius sikit part Watak Izzue datang jumpa Laila dan Bad dalam masa yang hampir sama kan, pastu watak die mcm myokong laila dan juga Bad. Aku rase kemungkinan part Pitt dtg jumpa Bad tu mungkin Cik Lang yang menyamar dn menyerupai Pitt dan dtg bercakap dengan Bad dan mungkin juga Pit tu dihasut or dirasuk oleh Cik Lang masa die jumpa Bad tu. Masa Pitt dtg jumpa Laila tu mungkin diri die sebenar. 
Best dapat Jiran macam Pitt ni sebab rajin menolong hihi sng diorang nk pindah kan ;p tapi di akhir cerita ada diberitahu sape yang Pitt pilih dari Laila, Bad, Peanut, Airin dan Jojo. Dengar cerita masa shooting di hutan tu, diorang ada menerima gangguan2 pelik sikit. 
Pendek kata aku suka semua pelakon dalam filem Kami Histeria ni. Part diorang try culik Afdlin Shauki tu juga kelakar okey hihi ditambah lagi dengan part Cik Lang yang suka makan coklat Kit Kat tu mmg terbaik hihi. Aku bagi 5/5 untuk filem ini. Tak jemu tengok berulang kali..

Gambar2 diatas credit to Facebook Kami Histeria.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

3 ulasan:

Anis Amira berkata...

haha . kan . Best gila citer nih . Gelak je tengok citer nih . Yang part fazura cakap utara tuh x boleh blah . Cute n kelakar . hehe . Cukup terbaik . First ingat citer nih cam tak best je cam ngarut je . Bila tengok fuhh kelakar abis . hehe

mummy_ayu berkata...

best ek? lum sempat tgk lagi..harus layan nie sbb Ayu pun minat tgk lakonan2 Fazura

Yana Libra berkata...

ooo..best ke? huhu~

Related Posts with Thumbnails