Filem HUTANG 2D
“Kisah Seorang Pelukis Komik Web Amatur Yang Menemui Sebuah Tablet Ajaib Yang Merealisasikan Impian nya”
Satu percaturan yang berani dan luar biasa apabila penerbit filem HUTANG 2D, Arie Zaharie memilih genre aksi komedi yang dikatakan kurang menarik minat penonton.
Berbekalkan kepada keyakinan yang penonton tempatan mahukan kelainan, Arie tidak menjadikan tanggapan itu sebagai halangan untuk menerbitkannya.
HUTANG 2D adalah filem terbitan bersama Arie Zaharie Production, Knack Knack Studios dan Datuk Jamil Baharom.
Arie Zaharie berkata, idea asal filem ini datang dari Silentkaiju Studio dan mreka tertarik dengan idea untuk mengangkat lagu Hutang yang amat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia.
” Memandangkan bait-bait lirik yang menggunakan gaya bahasa sarkastik dan membawa kisah tersendiri lalu kami cuba mengembangkan elemen serta mesej lagu tersebut ke dalam bentuk penceritaan dan kemudian dijadikah sebuah filem.
“Malah, pihak kami juga berusaha membawa kelainan menerusi HUTANG 2D dengan menyajikan penonton dengan konsep menarik. Tahniah buat barisan pelakon, terutamanya kumpulan Floor 88 yang berjaya membawa sisi lain menerusi filem ini.” katanya.
HUTANG 2D mendapat sentuhan dua pengarah iaitu Irwan Rauf dan Eric Fauzi Floor 88. Filem ini menampilkan lakonan hebat Floor 88, Baby Shima, Ropie, Black Hanifah, Altimet, Coki dan penampilan khas Fauziah Dato Ahmad Daud AMN (Ogy).
Penampilan mereka bukan sahaja dapat memeriahkan perjalanan filem ini, malah mereka mewarnai HUTANG 2D dengan pelbagai plot dalam filem ini dan watak masing-masing.
Penggambaran HUTANG 2D dilakukan di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur dan sekitar kawasan Sungai Buloh, Selangor, pada Julai 2020 iaitu ketika negara sedang berhadapan pandemik Covid-19.
Menurut Arie Zaharie, keseluruhan kos penggambaran 10 hari itu menelan belanja sebanyak RM300,000.
“Ketika penggambaran dijalankan, negara berdepan dengan situasi pandemik Covid-19, Penggambaran yang dilakukan di kawasan perumahan flat sememangnya mencabar terutama dalam tempoh pandemik.
“Pasukan produksi terpaksa menjalankan proses kawalan SOP yang ketat di set penggambaran. Rumah perlu sentiasa disanitasi, memeriksa dan mencatat catat suhu kru dan pelakon.
”Kru wajib memakai pelitup muka, membasuh tangan dan sentiasa menjaga penjarakan ketika penggambaran dijalankan. Mereka juga terpaksa menjaga keselamatan kerana suasana di kawasan perumahan flat yang ramai orang.” ujarnya.
Kata Arie Zaharie, hubungan kru dan pelakon sangat rapat kerana mereka sentiasa berbincang sepanjang proses penggambaran.
”Tiada masalah bekerja dengan semua pelakon kerana mereka sangat bagus, profesional dan memberikan komitment yang cukup bagus. Masing-masing membuat persediaan watak sejak awal dan lakonan mereka sangat bersahaja,” katanya.
Jelas, Arie Zaharie lagi, beliau berharap HUTANG 2D dapat memberi keterujaan kepada penonton dan mencipta kejayaan seperti filem-filem terdahulu yang pernah mengangkat lagu-lagu terkenal sebagai latar kepada jalan cerita.
Beliau juga amat berterimakasih kepada pihak pengurusan flat dan penduduk setempat yang memberikan sepenuh kerjasama sepanjang lapan hari kru dan pelakon ’berkampung’ di sana.
“Cabaran besar adalah babak untuk menggelapkan lampu seluruh blok rumah flat ketika babak “blackout” yang mendapat kerjasama baik daripada setiap penduduk di situ yang membenarkan lampu di rumah mereka ditutup serentak selain kerjasama ketua pengurusan flat yang berurusan dengan pihak TNB untuk membantu menjayakan babak tersebut.” ujarnya.
Sementara itu, Irwan Rauf berkata, HUTANG 2D sesuai untuk tontonan seisi keluarga dan segenap lapisan masyarakat.
”Saya sangat berharap, filem ini dapat menghiburkan penonton tambahan dalam keadaan negara yang sedang bertungkus lumus ’melawan Covid-19 .dan sekali gus ia dapat meredakan tekanan orang ramai yang terpaksa ’berkurung’ di rumah.
”Semoga filem ini dapat meredakan kerisauan dan mengeratkan silaturahim keluarga dengan menonton bersama-sama,” katanya.
Eric Fauzi juga menyimpan harapan sama agar filem ini dapat diterima ramai dan penonton terhibur.
“Di saat negara dan rakyat sedang berduka dan tertekan akibat Covid-19, filem ini sedikit sebanyak boleh membantu menghilangkan tekanan perasaan. HUTANG 2D adalah filem komedi ringan yang sesuai ditonton oleh seisi keluarga dan lapisan masyarakat,” katanya.
Sinopsis Filem Hutang 2D
HUTANG 2D mengisahkan Ayie, seorang pelukis ‘webtoon’ yang kuat berangan dan pengecut mempunyai dua masalah dalam hidupnya iaitu hutang bapanya dan cinta terpendamnya pada Shima. Kehadiran dua gangster ‘Han’ dan ‘Kit’ menambahkan satu lagi masalah dalam hidupnya. Segalanya berubah melalui ‘tablet ajaib’ di mana segala lukisannya menjadi hidup. Dengan adanya tablet itu, dia mencipta rakan-rakan yang mempunyai kuasa ‘superhero’ yang luar biasa untuk membantunya menyelesaikan masalah hidupnya.
HUTANG 2D akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 5 Ogos 2021 dan untuk melanggan sila ke saluran 480 atau boleh juga distrim di Astro Go atau On Demand.
Barisan Pelakon Filem Hutang 2D
Ayie Elham (Floor 88) sbg Ayie
Baby Shima sbg Shima
Eric Fuzi (Floor 88) sbg Eric
Akram (Floor 88) sbg Akram
Falique (Floor 88) sbg Falique
Achoi (Floor 88) sbg Achoi
Amir (Floor 88) sbg Amir
Fauziah Dato Ahmad Daud AMN sbg Mak Ima
Ropie sbg Pak Jie
Black Hanifah sbg Han
Wafiy Aan sbg Kit
Coki sbg Aiman
Altimet sbg Gua Mambang
best jugak dapat tau benda2 mcm ni yg time byk industri kat Malaysia ni tgh sangkut at least ada gak hiburan utk rakyat
BalasPadamBlog | The Grey Lines Between
Mesti menarik kan movie ni..
BalasPadam