-->

30 Nov 2015

Acong Terselamat Dari Tersingkir Di Konsert Ke-7 Gegar Vaganza 2015

Assalammualaikum
Minggu Ketujuh Gegar Vaganza 2015 merupakan minggu Suku Akhir dan menyaksikan Acong Sweetchild diumukan sebagai peserta yang tersingkir untuk minggu ini. Walaubagaimanapun, akhirnya Dato Seri Vida (Qu Puteh) menggunakan kuasa Immunitinya dan menyelamatkan Acong Sweetchild dari tersingkir di Konsert ke-7 ini. Ini bermakna Acong akan meneruskan perjuangannya ke minggu Separuh Akhir dan turut merebut tempat ke Final. Farahdhiya berada di kedudukan pertama pada minggu ini diikuti Nassier Wahab, Haiza, Siti Nordiana, Ezad Lazim dan Azian Mazuan. Minggu depan akan lebih mencabar lagi apabila para peserta akan menyanyikan lagu2 popular yang bernada tinggi dan menguji kekuatan vokal masing2. Sape yang akan ke Final Gegar Vaganza 2015 ni nanti yer? Berikut adalah antara lagu yang peserta akan nyanyikan di Konsert Semi Final nanti.

Senarai Lagu Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza 2015

1. Farahdhiya - Kau Kunci Hatiku Dalam Hatimu (Ramlah Ram)
2. Nassier Wahab - Biar Putih Tulang (Dinamik)
3. Haiza - Flora Cinta (Min Malik)
4. Siti Nordiana - Mengapa (Nicky Astria)
5. Ezad Lazim - Tiada Lagi Kidungmu (Lefthanded)
6. Azian Mazuan - Sedalam Mana Cintamu (Safura)
7. Acong Sweetchild - ?? (akan dikemaskini kelak)

P/s- Al-Fatihah buat Pak Yus / Yus Jambu yang telah meninggal dunia, terkejut dengar berita ni, Takziah buat keluarga beliau. 

1 ulasan:

  1. tahniah acong...bagi MV nasir wahab dapat lagu yg selamat..tak menguji langsung kalau di bandingkan dgn artis lain

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017