-->

24 Nov 2015

She Was Pretty - Sesi Review Drama Korea


Assalammualaikum..
Rasanya ramai yang layannn drama Korea She Was Pretty ni kan? drama ni kira popular gitu sebab dibarisi pelakon yang best seperti Hwang Jung Eum, Park Seo Joon, Go Joon Hee, Choi Siwon (Super Junior) dan ramai lagi. Drama She Was Pretty ni mempunyai 16 episod dan menemukan semula Hwang Jung Eum dan Park Seo Joon yang sebelum ini berlakon dalam drama popular Kill Me Heal Me. Kalau Dalam drama Kill Me Heal Me diorang jadi adik beradik dan kisah cinta diorang tak kesampaian tapi dalam drama ni memang diorang bercinta lah kan hehe. Apapun awalnya aku mengharap juga agar Jisung buat special appearance dalam drama She Was Pretty ni sebab kan sweet bila diorang semua ni reunion balik lepas drama KMHM tu kan tapi malangnya takde pula. Dalam cite ni watak H.Jung Eum sebagai Kim Hye Jin digambarkan sebagai kelam kabut, messy, comot tapi mempunyai hati baik. Paling tak leh blah dengan rambut Kim Hye Jin yang agak kerinting pastu sedikit kembang tapi bagi aku still okey juga berbanding rambut watak Hwang Jung Eum dalam Drama Full House Take Two sebelum ini yang lagi teruk hihi.
Aku suka dengan watak Siwon sebagai Shin Hyuk @ Ten yang kelakar, giler2 dan suka sangat mengacau dan mengusik Hye Jin tu. Shin Hyuk juga suka panggil Hye Jin dengan nama Jackson. scene2 yang membabitkan watak Hye Jin dan Shin Hyuk kebanyakkannya memang kelakar cuma agak sedih sikit laa part2 Shin Hyuk bersedih bila cintanya ditolak oleh Hye Jin. Sebenarnya aku suka dua-dua hero drama ni susah nak pilih yang mana paling sesuai untuk Hye Jin tapi akhirnya hati Hye Jin memang milik Sung Joon dari dulu lagi. Apapun drama ni berjaya buat aku gelak untuk scene2 kelakar dan juga sedikit sedih buat watak Shin Hyuk dan juga gembira tengok Hye Jin dan Sung Joon gembira bersama selamanya. Kiranya drama ni memang happy ending laa gitu. Drama ni juga membuatkan kita berteka teki tentang siapakah sebenarnya Shin Hyuk ni, awalnya aku menyangka die ni anak saudara kepada pemilik syarikat tu dan bakal mewarisinya nanti. Rupanya tekaan aku salah sebab die sebenarnya adalah Ten.
Scene Shin Hyuk mendedahkan identiti sebenarnya demi menyelamatkan syarikat dan pekerja lain sebelum menghilangkan dirinya tu agak sedih gak. Patutnya untuk episod akhir diorang patut menemukan watak Shin Hyuk dan Hye Jin tu baru lebih best sebab diorang kekal sebagai kawan. Ada juga scene Bromance antara Shin Hyuk dan watak Park Seo Joon sebagai Sung Joon tu juga kelakar dan menarik hehehe. Lagu tema / OST drama She Was Pretty ni boleh tahan gak, cuma takdelah sampai berjaya buat kan aku gi download lagu tu semua. Selain itu aku suka tengok hubungan persahabatan yang akrab dan rapat giler antara Hye Jin dengan sahabat baiknya Min Ha Ri. Diorang ni kenal sejak kecil lagi dan berkawan baik. Sampai aku rasa bestnyer kalau ada kawan baik macam diorang ni hehehe. Walaupun akan ada konflik dalam hubungan diorang ni sebab M.Ha Ri juga cintakan Sung Joon tapi akhirnya semuanya akan pulih dan diorang tetap sahabat selamanya.
Aku juga suka tengok kerenah dan ragam pekerja2 Majalah The Most tu, masing2 ada perangai tersendiri. Part2 awal masa Sung Joon suka marah2 Hye Jin tu agak sedih gak sebab kesian Hye Jin kena marah dengan teruk. Suka tengok part Hye Jin dah bergaya tu, rambut pun dah lurus gitu kiranya dah jadi cantik hehe. Last episod drama ni memang sweet jer laa tengok H.Jin dan Sung Joon yang bahagia tu, diorang berkahwin pastu dapat anak perempuan comel yang ikut macam Hye Jin gak berambut kerinting pastu mempunyai pipi yang kemerah-merahan hehe. Apapun drama ni berjaya buat aku enjoy menontonnya dan aku bagi 8.5 bintang untuk drama ni. Apapun Jom layann sinopsis cite ni kat bawah k.
Sinopsis She Was Pretty

A romantic comedy about two past acquaintances who meet again after they've gone through a reversal of fortunes and appearances, set in the backdrop of a fashion magazine's publishing office. Kim Hye-jin was a very pretty girl from a rich family. After her family's publishing company went bankrupt, she experienced hardships then lost her beauty too. Ji Sung-joon was an unattractive boy with low self-esteem, but grows up as a handsome and successful editor.
The two decided to meet again as adults, but Sung-joon was unable to recognize Hye-jin. Ashamed to meet her first love and ruin his perception of her, Hye-jin asks her attractive best friend, Ha-ri, to appear in her place. Things, however, soon get complicated as Hye-jin was assigned to work at The Most magazine publishing office where Sung-joon is the deputy chief editor. He openly mistreats and belittles her for her clumsy nature, not knowing that she was his real childhood friend. Ha-ri also continues to meet Sung-joon, and soon develops feelings for him. On the other hand, Hye-jin finds a good friend in her workplace, Shin-hyuk, who slowly falls in love with her.

5 ulasan:

  1. uyohhhh ada siwonn, hahaa Tak tengok pun lagi drama nii. Ni pun baru nak layan Ghost.

    BalasPadam
  2. yes!!!! suka sgt ngan drama nie... best! tak boring & sgt menghiburkan...
    gabungan yg sgt menariks..best best!!

    BalasPadam
  3. Ya Allah dlm usia aku yg ke 43 thn ni sekali lg aku tgk drama ni 16 episode kat viu....serius ckp cerita ni mmg sedap...kalo bab yg sedih2 tu aku pin ikot sedih gak....dah kawin ke belom agaknya hero she was pretty ni kan????

    BalasPadam
    Balasan
    1. hero dramanya Park Seo Joon ni tak kahwin lagi

      Padam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017