-->

20 Nov 2015

Review Blog Pemenang Bertuah - http://izyanyancinnamon.blogspot.my


Assalammualaikum..
Seperti yang dijanjikan sebelum ini, aku nak buat review blog bertuah yang merupakan pemenang kepada satu contest yang aku jadi sponsor. Blog yang bertuah tersebut adalah milik Izyan --> http://izyanyancinnamon.blogspot.my Jadi sebelum itu jom kita berkenalan dengan pemilik blog ini yang bernama Izyan, berusia 20 tahun dan merupakan anak jati Perlis gitu, wahh orang Utara gak, kite geng laa hehe sebab sy pun asal utara juga, anak jati Penang. Berbalik pada Izyan ni, die start berblogging pada bulan Jun 2011, lama jugak tuh kan dan setakat ni Izyan sudah ada 506 post di blog nya itu. Suke dengan header blog Izyan ni nampak comel dengan ada kucing gitu hehehe, design / background blog Izyan ni nampak nice and simple, semuanya tersusun. Bila belek2 di sidebar blog Izyan ni nampak kemas dan x banyak widget jadi loading blognya juga agak laju.
Di halaman utama Blog Izyan ni ada memaparkan 8 Post dan setiap postnya mempunyai butang atau label "Read More' yang memudahkan pembaca memilih untuk membaca mana2 entry yang disukai. Aku pun dah lama nak letak label Read More tu dalam entry2 aku tapi rasa malas pulak nak godek2 blog sendiri hehehe. Izyan ni rajin join Giveaway dan Segmen2 yang dianjurkan oleh blogger lain disamping itu die juga gemar berkongsi resepi di blognya antara resepi yang menarik perhatian aku seperti resepi Ayam Tandori, Nasi Goreng Sardin Cili Tumbuk, Bubur ala2 MCD, Nasi Daging dan sebagainya. Selain resepi, Izyan juga ada berkongsi mengenai tips2 menarik di blognya antara yang best ialah Tips guna Tomato untuk jinakkan kucing garang, aku memang ada bela kucing so tips ni memang berguna gitu, selain itu ada gak tips untuk menjadi cantik, tips jaga mata dan sebagainya.

Izyan juga ada berkongsi mengenai percutiannya di Lumut Perak, nampak mcm best jer bercuti kat sana tu, Apapun memang rugi tak singgah blog Izyan ni sebab macam2 ada gitu. Diharapkan Izyan berpuas hati dengan review saya yang tak seberapa ni maklumlah x berapa pandai nak review2 blog ni. Kalau ada salah ker apa ker sorry k ;) so korang semua jom singgah blog Izyan k --> http://izyanyancinnamon.blogspot.my

5 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017