-->

14 Feb 2018

Ending Drama Kekasih Paksa Rela

Ending Drama Kekasih Paksa Rela, Episod Akhir Drama Kekasih Paksa Rela, Slot Akasia, TV3, Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela, Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce, Afzan A.Rahman, Dayang Areeda, Fizz Fairuz, Emelda Rosemila,
Ending Drama Kekasih Paksa Rela

Akhirnya tamat sudah Drama Kekasih Paksa Rela yang bersiaran selama 28 episod di Slot Akasia TV3, drama ini juga meninggalkan impak yang besar pada penonton kerana ramai yang suka menonton drama ini. Walaupun dibarisi dengan ramai pelakon baru, drama ini tetap berjaya mendapat tempat di hati penonton. Aku sendiri pun boleh terlayan drama Kekasih Paksa Rela ini, sebab sebelum ini aku tak begitu layan kecualilah kalau drama tersebut best. Gabungan pelakon baru dan lama seperti Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce, Afzan A.Rahman, Dayang Areeda, Fizz Fairuz, Emelda Rosemila membuatkan drama ini makin best. Aku agak terkejut juga dengan ending drama Kekasih Paksa Rela ini bila Rosnaida akhirnya bercerai juga dengan Adham, walaupun Adham tak sanggup nak melepaskannya. Aku ingatkan Rosnaida sanggup bermadu dengan Hanan tu, tapi rupanya tidak, manakala Hanan pula awalnya sanggup nak undur diri demi kebahagiaan Ros dan Adham walaupun dirinya tengah berbadan dua.

Namun bila mak Hanan iaitu Suraya beritahu Adham mengenai perkara sebenar dan Rosnaida pun tahu pasal Hanan yang tengah mengandung tu, maka Rosnaida pun mengambil keputusan untuk undur diri dan bercerai dengan Adham. Jadi walaupun Adham sudah tidak beristeri dua, ending drama ini tetap happy ending gitu, bila Adham hanya milik Hanan Khaira saja hehe.

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

4 ulasan:

  1. takleh terima la ending dia huwaaaa

    BalasPadam
  2. sedar tak sedar dah sampai ending dia kannnn. tak sedar masa berlalu pantas sungguh

    BalasPadam
  3. rugi isteri pertama.. hehe

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. Partime UBER Driver
    2. Bestnya join GALS, hadiah untuk 5 PEMENANG

    BalasPadam
  4. sepatutnya kak ros terima hanan sebagai madu. baru happy ending

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017