-->

15 Dis 2017

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua (Astro)

Drama Syurga Yang Kedua, Astro Prima, Adaptasi Daripada Sinetron Indonesia, Sinetron Surga Yang Kedua, Drama Melayu, Drama Malaysia, Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua, Slot Tiara, Drama 70 Episod, Konflik Keluarga, Poligami, Pelakon Drama Syurga Yang Kedua, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Zarynn Min, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar, Sherry Ibrahim, Wan Nor Azlin, Nur Qistina Raisah, OST Syurga Yang Kedua, Watak Dalam Drama Syurga Yang Kedua, Sabrina, Daniel, Vivy,
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Slot Tiara Astro Prima & Maya HD

Drama Syurga Yang Kedua sudah mula disiarkan di Astro Prima dan Maya HD pada 12 Disember yang lalu. Drama ini mempunyai 70 episod dan disiarkan bagi menggantikan Drama Dendam Aurora yang telah tamat episodnya. Drama Syurga Yang Kedua ini adalah adaptasi daripada Sinetron Indonesia, yang kalau aku tak silap tajuknya juga hampir sama, iaitu Surga Yang Kedua. Antara Pelakon Drama Syurga Yang Kedua ini adalah Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Zarynn Min, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar, Sherry Ibrahim, Wan Nor Azlin, Nur Qistina Raisah dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Zamri Zakaria dan Bahri Uma Bajuri dan diterbitkan oleh Orangetree Production. Drama ini berkisarkan tentang hidup berpoligami dan memaparkan kisah konflik pengorbanan, kesetiaan, perkahwinan, persahabatan serta pengkhianatan demi mencapai kebahagiaan terindah. Memang nampak menarik drama ini, kesian Sabrina dapat mak mertua dan adik ipar yang berperangai macam tu. Apa pun jom tengok Sinopsis drama ini dibawah ye.
Drama Syurga Yang Kedua, Astro Prima, Adaptasi Daripada Sinetron Indonesia, Sinetron Surga Yang Kedua, Drama Melayu, Drama Malaysia, Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua, Slot Tiara, Drama 70 Episod, Konflik Keluarga, Poligami, Pelakon Drama Syurga Yang Kedua, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Zarynn Min, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar, Sherry Ibrahim, Wan Nor Azlin, Nur Qistina Raisah, OST Syurga Yang Kedua, Watak Dalam Drama Syurga Yang Kedua, Sabrina, Daniel, Vivy,
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Mengisahkan Sabrina (lakonan Elizad) yang bahagia dengan suaminya Daniel (lakonan Zarul Umbrella) namun mereka masih tidak dikurniakan anak. Ibu Daniel yang mahukan cucu lelaki untuk menjadi pewaris perniagaannya sering mendesak Daniel untuk berkahwin lain. Sabrina sentiasa tertekan dengan sikap ibu mertuanya itu dan tak lama lepas itu, Sabrina kemudian kemalangan lalu koma. Ibu Daniel menggunakan peluang ini untuk memaksa Daniel berkahwin dengan Dr Vanida atau Vivy (lakonan Fasha Sandha). Daniel dan Vivy tersepit di tengah - tengah, Vivy yang merupakan kawan baik Sabrina tak sanggup nak merampas suami kawan baiknya itu. Manakala Daniel pula tak mahu menduakan Sabrina, tapi akhirnya Daniel dan Vivy terpaksa juga berkahwin kerana tidak mahu menjadi anak derhaka. Sabrina yang koma mula sedar kembali dan semua orang merahsiakan perkahwinan Daniel dan Vivy dari Sabrina.
Drama Syurga Yang Kedua, Astro Prima, Adaptasi Daripada Sinetron Indonesia, Sinetron Surga Yang Kedua, Drama Melayu, Drama Malaysia, Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua, Slot Tiara, Drama 70 Episod, Konflik Keluarga, Poligami, Pelakon Drama Syurga Yang Kedua, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Zarynn Min, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar, Sherry Ibrahim, Wan Nor Azlin, Nur Qistina Raisah, OST Syurga Yang Kedua, Watak Dalam Drama Syurga Yang Kedua, Sabrina, Daniel, Vivy, Dato Sherry, Azril, Delaila, Daud, Puteri, Diana,
Vivy akhirnya jatuh cinta pada Daniel dan sentiasa cemburu melihat Daniel yang sentiasa melebihkan Sabrina dalam segala hal. Tak lama kemudian Vivy disahkan mengandung anak perempuan. Namun Vivy merahsiakan jantina sebenar anaknya yang bakal lahir itu kerana takut dirinya akan disisihkan jika dia gagal memberikan cucu lelaki buat Dato Sherry. Vivy bertambah stress bila mengetahui Sabrina juga mengandung dan membuatkan Vivy terpaksa mengikut rancangan ibunya untuk pergi meminta bantuan auntie Som untuk mengatasi masalahnya itu. Auntie Som merancang untuk menukar anak Vivy dengan anak orang lain. Walaupun tak sanggup untuk berpisah dengan anak kandungnya itu, Vivy terpaksa merelakan juga anaknya diserahkan pada yang lain. Sabrina masih tidak tahu mengenai perkahwinan suaminya dengan Vivy, dirinya sentiasa menganggap Vivy sebagai kawan baiknya. Apa yang berlaku seterusnya? bagaimana reaksi Sabrina apabila mengetahui perkara yang sebenar?.

Update! 
-Bermula episod 51 dan ke atas, Sabrina dah dapat tahu pasal perkahwinan Vivy dan Daniel, namun Sabrina sengaja berpura - pura tak tahu dan ingin melihat sejauhmana permainan Vivy dan Daniel ini. Personaliti Sabrina juga mula berubah dan membuatkan drama ini bertambah menarik.

Lagu Tema / OST Syurga Yang Kedua
➔ Takdir Nyanyian Dayang Nurfaizah

Ending Drama Syurga Yang Kedua
Ending drama Syurga Yang Kedua ini bercampur baur, ada happy ending dan ada juga sad ending. Ending untuk watak Sabrina dan Daniel memang happy endinglah kan, sebab diorang bahagia juga akhirnya. Namun agak sad ending untuk watak Vivy, tapi untung juga Vivy tu sebab Azril tetap cinta dan setia dengannya, walaupun Vivy dah tak seperti dulu lagi.Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

8 ulasan:

  1. macam best je lagipun ada zarul hihi

    BalasPadam
  2. Jemput memeriahkan segmen saya http://qamillaaisya.blogspot.my/2017/12/segment-increase-your-followers.html?m=1

    BalasPadam
  3. best..ada pelakon hebat fasha sanda dan elizad

    BalasPadam
  4. Elizad memang idola saya, harap dia yang jadi watak utama wanita

    BalasPadam
  5. Terkesan dgn babak ari ni... Bila elizad mngamuk saya pun nangis

    BalasPadam
  6. Sedang menanti episod 62, siapa yg jatuh tangga tu ya. Harap2 bukan Sabrina . Kesianlah segala perancangannya musnah. Orang baik janganlah dibalas dengan kemusnahan. Si Daniel tu mahu pula terus terang dgn Alice tapi dgn Sabrina kenapa tak berani. Vivi pun kenapa zalim sangat. Ikut saja telunjuk datuk Sherry yg kejahatannya dan dosanya sama berat dengan tudung serbannya. Tak takut ke pada balasan Allah? Siapa yg dapat syurga ?

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017