-->

14 Dis 2017

Review Drama Korea - Black

Review Drama Korea - Black, Black - Korean Drama Review, Korean Drama, Korean Drama Black Cast, Sinopsis, Ending, Sinopsis Black, Ending Korean Drama Black, Sad Ending, Grim Reaper, My Korean Drama List, Review By Miss Banu, Drama Korea Terbaru 2017, Pelakon Drama Korea Black, Song Seung Heon, Go Ara, Lee El, Kim Dong Joon, Jo Jae Yun, Kim Won Hae, Kim Jae Young, Lee Kwan Hoon, Jung Suk Yong,
Black - Korean Drama Review

Aku baru saja selesai menonton Korean Drama Black ini, dan disebabkan ada request untuk aku buat Review Drama Black ini, jadi aku review drama ini lebih awal dari drama lain. Drama Korea Black ini mempunyai 18 episod dan mula disiarkan pada 14 Oktober 2017 dan tamat pada 10 Disember yang lalu. Antara Pelakon Drama Korea Black ini adalah Song Seung Heon, Go Ara, Lee El, Kim Dong Joon, Jo Jae Yun, Kim Won Hae, Kim Jae Young, Lee Kwan Hoon, Jung Suk Yong dan ramai lagi. Drama Black ini disiarkan untuk menggantikan Drama Save Me yang telah tamat episodnya dna kemudian akan digantikan dengan drama Bad Guys : Vile City. Episod 1 drama ini saja dah menarik dan buatkan aku tak sabar nak tengok episod seterusnya, tapi masuk episod 2, jalan cerita dah jadi mengarut sikit dan aku hampir - hampir nak drop drama ini dari list aku lepas tengok episod 2. Tapi bila fikirkan pengarah drama ini pernah mengarah drama - drama best seperti Liar Game, Pied Piper, Voice dan lain - lain lagi serta screenwriter juga adalah orang yang sama menulis skrip untuk drama God's Gift - 14 Days, membuatkan aku terus menonton drama ini. Masuk episod ke 4 dan seterusnya, drama ini dah jadi best giler, banyak betul plot twistnya, nasib baik aku terus menonton drama ini kan, rugi kalau terlepas drama - drama yang best.
Review Drama Korea - Black, Black - Korean Drama Review, Korean Drama, Korean Drama Black Cast, Sinopsis, Ending, Sinopsis Black, Ending Korean Drama Black, Sad Ending, Grim Reaper, My Korean Drama List, Review By Miss Banu, Drama Korea Terbaru 2017, Pelakon Drama Korea Black, Song Seung Heon, Go Ara, Lee El, Kim Dong Joon, Jo Jae Yun, Kim Won Hae, Kim Jae Young, Lee Kwan Hoon, Jung Suk Yong,
Selain itu drama ini juga susah nak dijangka apa yang akan berlaku seterusnya kerana ada banyak plot twist. Korang kena tengok drama ini sampai habis baru korang faham apa yang sebenarnya berlaku. Selain itu korang juga kena fokus masa menonton drama ini sebab ianya akan membuat korang berfikir. Aku rasa jalan cerita drama ini memang terbaik sebab semua watak dalam drama ini saling berkait antara satu sama lain. Ramai betul orang jahat dalam drama ini, ingatkan orang ini dah jahat tapi lepas itu ada lagi yang jahat hahaha. Dah tajuk drama ini pun Black, jadi hero drama ini iaitu Song Seung Heon yang memegang watak sebagai Han Moo Gang, Black atau Grim Reaper no 444 sering memakai baju warna hitam dan dia memang nampak handsome dalam drama ini. Secara ringkas drama ini mengisahkan tentang Han Moo Gang yang cuba menyiasat kes kematian abangnya yang bernama Kim Joon dan disebabkan itu Han Moo Gang menjadi polis untuk memudahkan penyiasatannya. Kang Ha Ram (lakonan Go Ara) pula merupakan seorang wanita yang mempunyai kelebihan untuk melihat bayang hitam yang akan menandakan seseorang itu akan mati. dia juga boleh mengetahui cara bagaimana seseorang itu akan mati dengan menyentuh bayang hitam tersebut. Disebabkan kelebihan itu, hidup Kang Ha Ram menjadi huru hara. Dia kemudian di pujuk oleh Han Moo Gang untuk berkerjasama dalam menyelamatkan orang - orang yang akan mati.
Review Drama Korea - Black, Black - Korean Drama Review, Korean Drama, Korean Drama Black Cast, Sinopsis, Ending, Sinopsis Black, Ending Korean Drama Black, Sad Ending, Grim Reaper, My Korean Drama List, Review By Miss Banu, Drama Korea Terbaru 2017, Pelakon Drama Korea Black, Song Seung Heon, Go Ara, Lee El, Kim Dong Joon, Jo Jae Yun, Kim Won Hae, Kim Jae Young, Lee Kwan Hoon, Jung Suk Yong,
Ketika Han Moo Gang mengetahui kebenaran tentang kematian abangnya itu, dia kemudiannya ditembak mati. Namun badan Han Moo Gang kemudiannya diambil alih oleh Grim Reaper 444 / Black dan Grim Reaper tersebut terpaksa menjadi Han Moo Gang buat sementara waktu untuk menyelesaikan tugasnya. Siapa sangka Grim Reaper itu mempunyai perkaitan erat dengan Han Moo Gang dan juga Kang Ha Ram. Siapa Grim Reaper 444 itu sebenarnya?. jeng jeng jeng, dekat sinilah misterinya. Selain itu konflik seterusnya dalam drama ini adalah pasal video tape yang menjadi rebutan semua pihak dan banyak betul yang kena bunuh pasal video tape ini. Geram betul tengok orang jahat tu yang senang - senang bunuh orang. Banyak scene sedih dalam drama ini okey, antara yang paling sedih adalah kematian Na Gwang Gyun (lakonan Kim Won Hae) yang juga merupakan seorang polis. Dalam drama While You Were Sleeping, watak Kim Won Hae itu juga mati, dalam drama ini pun sama, kesian dengan rakan setugasnya yang berasa sangat sedih. Dekat penghujung cerita lagi sedih okey, tapi aku tak nak ceritalah sebab apa sedih sangat tu, korang kena tengok sendirilah kan. Antara scene kelakar dalam drama ini yang berjaya buat aku tergelak tu adalah ketika di scene rakan - rakan sekerja Han Moo Gang yang semuanya polis cuba bermacam - macam cara untuk mengembalikan ingatan Han Moo Gang itu untuk memudahkan mereka mendapat video tape itu.
Review Drama Korea - Black, Black - Korean Drama Review, Korean Drama, Korean Drama Black Cast, Sinopsis, Ending, Sinopsis Black, Ending Korean Drama Black, Sad Ending, Grim Reaper, My Korean Drama List, Review By Miss Banu, Drama Korea Terbaru 2017, Pelakon Drama Korea Black, Song Seung Heon, Go Ara, Lee El, Kim Dong Joon, Jo Jae Yun, Kim Won Hae, Kim Jae Young, Lee Kwan Hoon, Jung Suk Yong,
Seterusnya adalah ketika di scene diorang melakonkan semula babak dalam video tape itu hahaha untuk memerangkap orang jahat dalam drama ini. Watak Go Ara dalam Drama Black ini kadang - kadang agak annoying bagi aku sebab dia pakai redah je dan tak fikir betul - betul. Dalam episod 14 atau 15 baru Kang Ha Ram benar - benar bercinta dengan Han Moo Gang / Black itu. Episod 16, misteri tentang video tape itu dah terjawab dan dalang sebenar juga dah tahu siapa. Masuk episod 17, misteri sebenar tentang kematian Kim Joon baru didedahkan dan sangat sedih okey, kesian betul pada Kim Joon ini. Ending Drama Korea Black ini agak sad ending bagi aku, walaupun di hujungnya nampak macam happy ending tapi bagi aku masih sad endinglah. Ramai juga yang tak puas hati dengan ending drama ini, tak kurang juga ada yang keliru dengan ending drama ini. Episod Akhir Korean Drama Black ini akan menyaksikan Han Moo Gang / Black itu berkorban demi kebahagiaan Kang Ha Ram. Aku tak naklah bagi spoiler tentang ending drama ini tapi dalam episod akhir itu memang macam - macam yang terjadi dan sedih okey.
Review Drama Korea - Black, Black - Korean Drama Review, Korean Drama, Korean Drama Black Cast, Sinopsis, Ending, Sinopsis Black, Ending Korean Drama Black, Sad Ending, Grim Reaper, My Korean Drama List, Review By Miss Banu, Drama Korea Terbaru 2017, Pelakon Drama Korea Black, Song Seung Heon, Go Ara, Lee El, Kim Dong Joon, Jo Jae Yun, Kim Won Hae, Kim Jae Young, Lee Kwan Hoon, Jung Suk Yong,
Sejujurnya, drama ini memang seronok untuk ditonton, OST Black ini pula boleh tahan jugalah tapi tak begitu menarik minat aku sebab aku lebih sukakan jalan ceritanya berbanding lagu - lagu dalam drama ini. Latar tempat drama ini banyak di Moojin sama seperti Drama Save Me. Ending drama Black ini secara tak langsung mengingatkan aku pada Ending Drama Korea Saimdang Light's Diary yang turut dilakonkan oleh Song Seung Heon ini. Dahlah drama Saimdang itu dah sedih dengan cinta tak kesampaian diorang, tak sangka juga Drama Black ini juga sedih tapi walaupun sedih, ianya tetap menghiburkan dan menarik untuk ditonton. Selain itu, style, cara dan gaya percakapan watak grim reaper black ini turut mengingatkan aku pada watak Shin Se Gi dalam Drama Kill Me Heal Me itu hahaha sebab nampak gaya bercakap tu macam sedikit sama dan unik. Apa pun aku bagi 9 Bintang dari 10 Bintang untuk K - Drama Black ini

P/s - Korang boleh klik tajuk drama lain yang aku mention dalam entry di atas, untuk baca Review Drama berkenaan okey.
Miss Banu Signature

10 ulasan:

  1. berdekah part dongjun cat badan dia jadi shrek tu hahahaha

    BalasPadam
  2. haishhh.. lama tak ngadap drama ni.. asik berebut ngan anak je.. anak nk tengok kartun je manjang.. mak mengalah jelah.. huhu

    BalasPadam
  3. drama ni dlm my watching list. nak layan kdrama W dulu

    BalasPadam
  4. me kurang sikit drama korean ni more to japanese.. hope ada japanese version

    BalasPadam
  5. memang banyak plot twist drama ni :') Fav no 1 ! <3

    BalasPadam
  6. Macam best ni, husniey baru layan haritu tapi episod 1 je.. Bolehla teruskan melayani suka drama yang jalan ceritanya agak mencabar

    BalasPadam
  7. Stop lepas tengok ep 2 jugakkk T___T Macam kena sambung balik je ni hehe

    BalasPadam
  8. tq for this reviw..yes exactly seperti apa sy rasa masa tgk citer ni..sakit kepala pun ada..fed up pun ada..nk ending br la fhm the whole story..huhu...thanks for the review eh..igt sy sorg je kompius bila tgk citer ni hehe

    BalasPadam
  9. Akhir sekali tak berapa faham. Keliru. Bermakna kehidupan Ha Ram berubah sepenuhnya lepas grim reaper kena hukuman ke?

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017