-->

7 Nov 2017

Sinopsis Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku (Akasia TV3)

Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku, Drama Adaptasi Novel, Novel Mr Hot Guy, Sinopsis Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku, Slot Akasia, TV3, Drama Melayu, Drama 32 Episod, Ending Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku, OST Lelaki Itu Pemilik Hatiku, Cinta, Sweet, Hero dan Heroin, Pelakon Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku,  Raja Afiq, Puteri Aishah, Syazuwan Hassan, Julia Farhana Marin, Natasya Mahyan, Liza Abdullah, Dilla Ahmad, Hafidzuddin Fazil, Jaja Iliyes, Hafiz Nolan, Ariff Aziz, Adiba Yunus, Anne Arifin, Poster Drama,
Sinopsis Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku Slot Akasia TV3

Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku adalah drama terbaru di Slot Akasia bagi menggantikan Drama Titian Cinta yang telah tamat episodnya. Drama ini juga diadaptasikan daripada Novel Mr Hot Guy, karya Novelis Danisyarahmat. Antara Pelakon Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku adalah Raja Afiq, Puteri Aishah, Syazuwan Hassan, Julia Farhana Marin, Natasya Mahyan, Liza Abdullah, Dilla Ahmad, Hafidzuddin Fazil, Jaja Iliyes, Hafiz Nolan, Ariff Aziz, Adiba Yunus, Anne Arifin dan ramai lagi. Selain itu drama ini sudah pun disiarkan di Tv3 sejak 31 Oktober yang lalu dan mempunyai 32 episod. Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku ini diarahkan oleh Zulhuzaimy Marzuki dan diterbitkan oleh A. Aida Production Sdn Bhd. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ye, selamat membaca.

Sinopsis Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku Slot Akasia TV3

Mengisahkan tentang Luqman Hakimi, yang merupakan anak orang kaya yang cuba memikat hati Nurin Kamila. Awalnya ianya hanya satu permainan yang dimainkan oleh Andrea kerana geram dengan sikap acuh tak acuh Luqman Hakimi pada perhubungan mereka. Bagi Luqman Hakimi yang senang disapa sebagai Luke, ini sajalah peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang merupakan calon menantu pilihan ibunya. Luke jatuh hati terhadap Nurin, gadis yang bekerja di sebuah kedai cenderamata. Luke menyahut cabaran Andrea jika dia berjaya memikat hati gadis tersebut, Andrea akan tinggalkannya sebaliknya dia perlu mengahwini Andrea. Nurin Kamila Abdullah Hisyam aka ‘cik adik sayang’ pula tidak menyangka dialah si kambing hitam yang menjadi batu loncatan buat si Luke yang digelar Mr. Hot Guy Malaysia itu. Pantang bagi Nurin kalau bertembung dengan lelaki kaya, apatah lagi ada hubungan hati dengan lelaki jenis itu. Wajib mandi bawah jambatan katanya. 
Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku, Drama Adaptasi Novel, Novel Mr Hot Guy, Sinopsis Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku, Slot Akasia, TV3, Drama Melayu, Drama 32 Episod, Ending Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku, OST Lelaki Itu Pemilik Hatiku, Cinta, Sweet, Hero dan Heroin, Pelakon Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku,  Raja Afiq, Puteri Aishah, Syazuwan Hassan, Julia Farhana Marin, Natasya Mahyan, Liza Abdullah, Dilla Ahmad, Hafidzuddin Fazil, Jaja Iliyes, Hafiz Nolan, Ariff Aziz, Adiba Yunus, Anne Arifin, Poster Drama,
Tapi permainan takdir ini memang indah. Yang menjadi pantang itu jugalah yang sentiasa bermain di depan mata. Awalnya si Luke fikir mudah saja menundukkan gadis kampung yang tidak berduit itu. Ternyata salah anggapannya itu. Maka kaedah daripada bestfriend forever, si Mokhtar diguna pakai. Kaedah pertama Gold and diamond, Kaedah kedua Hugs and Kisses, Kaedah ketiga Sleep tight. Tapi syaratnya tak boleh dipraktikkan sekaligus. Kerana gelojohnya untuk menang dalam pertaruhan, Luke praktiskan terus kaedah ketiga. Bila cik adik sayang makin membenci, Mr.Hot Guy semakin jatuh hati. Tapi sayang, Cik adik sayang sudah memilih pasangan hatinya, Kapten Shahril Aiman. Pada saat Mr. Hoy Guy pasrah dengan jodoh yang tidak kesampaian, tiba-tiba takdir menyebelahinya pula. Apa yang berlaku seterusnya? Dapatkah Si Hot Guy memiliki hati cik adik sayang untuk dirinya selamanya?

Lagu Tema / OST Lelaki Itu Pemilik Hatiku
➤ Menahan Rindu Nyanyian Wany Hasrita

Baca ni juga ➔ Baca Online Novel Mr Hot Guy

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

4 ulasan:

  1. best jugak cerita ni.. :)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum wrmbth & Salam isnin sis mulan

    Maznee doakan semua urusan kita lancar dan di rahmati Allah

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017