-->

23 Nov 2017

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita (Samarinda TV3)

Drama Melayu, Slot Samarinda, TV3, Drama Dekatkan Jarak Kita, Ending, Sinopsis Dekatkan Jarak Kita, Pelakon Drama Dekatkan Jarak Kita, Syafiq Kyle, Ayda Jebat, Azhan Rani, Catriona Ross, Wan Sharmila, Nadia Brian, Raja Hakim, Riena Diana, Aishah Atan, Ziyan Ibrahim, Cinta, Dendam, Adaptasi Cerpen,
Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita Slot Samarinda TV3 Lakonan Ayda Jebat dan Syafiq Kyle

Drama Dekatkan Jarak Kita telah mula disiarkan pada 21 November yang lalu, setiap Isnin hingga Rabu jam 10 malam di Slot Samarinda TV3. Antara Pelakon Drama Dekatkan Jarak Kita ini adalah Syafiq Kyle, Ayda Jebat, Azhan Rani, Catriona Ross, Wan Sharmila, Nadia Brian, Raja Hakim, Riena Diana, Aishah Atan, Ziyan Ibrahim dan ramai lagi. Pengarah drama ini adalah Azman Yahya (Jinggo) dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Selain itu Drama Dekatkan Jarak Kita ini diadaptasikan daripada sebuah cerpen karya Syu Ariani dan drama ini mempunyai 15 episod kesemuanya. Kalau tengok dari sinopsis drama ini memang nampak best, penuh dengan konflik gitu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye. Selamat Membaca..
Rahsia Import dan Beli Barang Dari China Dengan Harga Murah, Ebook, Iklan, Electronic Book, Ilmu, China, Taobao, 
Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita Slot Samarinda TV3

Mengisahkan tentang sepasang kembar tidak seiras iaitu Tashriq dan Sofea yang tinggal bersama ibu mereka, Umi Khadijah setelah kematian ayah mereka akibat serangan sakit jantung. Tuan Kamil, sahabat lama keluarga itu muncul dalam kehidupan mereka dengan niat untuk membantu Umi Khadijah dalam menjalani kehidupannya. Tidak lama setelah kemunculannya itu, Umi Khadijah dan Tuan Kamil berkahwin. Walau bagaimanapun, Umi Khadijah tidak mengetahui bahawa Tuan Kamil mempunyai agendanya yang tersendiri iaitu untuk merampas harta Umi Khadijah kerana Tuan Kamil sebenarnya telah muflis. Demi mengukuhkan asas agendanya, Tuan Kamil menghasut Tashriq untuk menyebelahinya dan membenci kembarnya Sofea kerana sebahagian daripada perancangannya adalah untuk menyingkirkan Sofea. Suatu hari, Tuan Kamil membawa keluarganya berkhemah di sebuah tempat peranginan yang baru dibuka. Namun ketika mereka berkhemah itu, Sofea didapati hilang dan ini merisaukan Umi Khadijah kerana Sofea sedang menghidap penyakit leukimia. Masa berlalu, sehingga Umi Khadijah terpaksa akur bahawa anak perempuannya telah hilang dan menganggapnya telah meninggal dunia. Setelah beberapa hari berlalu semenjak kehilangan Sofea, sepasang suami isteri, En. Kifli dan Pn. Zainab telah menemui Sofea dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran kawasan perkhemahannya. 
Drama Melayu, Slot Samarinda, TV3, Drama Dekatkan Jarak Kita, Ending, Sinopsis Dekatkan Jarak Kita, Pelakon Drama Dekatkan Jarak Kita, Syafiq Kyle, Ayda Jebat, Azhan Rani, Catriona Ross, Wan Sharmila, Nadia Brian, Raja Hakim, Riena Diana, Aishah Atan, Ziyan Ibrahim, Cinta, Dendam, Adaptasi Cerpen,
Mereka telah mengambilnya sebagai anak angkat kerana Sofea enggan pulang ke keluarga kandungnya. Tambahan pula, En. Kifli dan Pn. Zainab mampu mengawal leukimia Sofea dengan perubatan kampung dan anak mereka Allysa tidak lagi keseorangan. Sofea dan Allysa semakin akrab, namun menjadi renggang pada tahun akhir universiti mereka kerana kedua-dua Sofea dan Allysa memendam perasaan yang sama terhadap rakan sekelas Sofea, Arif. Nasib tidak menyebelahi Sofea kerana Arif memilih Allysa dan bakal mendirikan rumah tangga. Kerana terlalu kecawa, Sofea memilih untuk hidup bersendirian dan mengabaikan kesihatannya. Ekoran daripada tindakan Sofea itu, penyakit leukimianya merebak dengan cepat dan mengganggu sistem-sistem yang lain dalam badannya dan akhirnya Sofea meninggal dunia. Sofea juga telah meninggalkan Alyssa sebuah kotak berisi rambut, kuku dan ujian DNA miliknya dan mengamanahkan Alyssa untuk mencari keluarga kandungnya dan menyamar sebagai Sofea untuk memperbetulkan keadaan keluarga kandungnya di Kuala Lumpur. Allysa yang berasa bersalah bersetuju dengan cadangan itu, rahsia tersebut hanya di ketahui oleh En. Kifli, Pn. Zainab dan Allysa. Apa yang berlaku seterusnya?Berjayakah Allysa menegakkan keadilan dalam keluarga Umi Khadijah? Mampukah rahsia Allysa bertahan daripada pengetahuan Tashriq dan Tuan Kamil?

Lagu Tema / OST Dekatkan Jarak Kita
➔ Tergantung Sepi Nyanyian Haqiem Rusli
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

8 ulasan:

  1. asyik tengok iklan je haha taksempat lagi nak tengok dramanya

    jemput join giveaway sha - http://shafyqahazahar.blogspot.com/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html

    BalasPadam
  2. Hmm kalau u update buh nama pelakon dan nama dalam crita,mesi ramai nak visit page ni .kalau x phm,takpelah..i x pndai bm sgt

    BalasPadam
  3. just nk thu knp arif ceraikn alysa??

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab ayah arif cakap alysa ni bawak bala lepas kawin dengan arif

      Padam
  4. ingat penulis skrip drama ni cerdik.... mula2 bukan main lagi cerdik... check adik beradik guna DNA test... tp x de plak nak wat DNA test ngn baby tu... pastu sanggup terima org cakap mandul.... si ppn plak dh tau x pernah make love... cakap je laa.... jln cite yg sgt lemah.... cite melayu ni mmg cegini kan....

    BalasPadam
  5. Siapa nama baby dian yang sebenar ye?

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017