23 Jun 2016

Sinopsis Drama Filipina Kailangan Ko'y Ikaw Telenovela TV3

Telenovela Tv3 Kailangan Ko'y Ikaw Drama Filipina

Assalammualaikum..
Drama Filipina Kailangan Ko'y Ikaw adalah drama terbaru yang disiarkan di Slot Telenovela Tv3 menggantikan drama The Borrowed Wife yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah pun disiarkan di Filipina pada Januari - April 2013 yang lalu dan dibintangi oleh Kris Aquino, Anne Curtis, Robin Padilla dan ramai lagi. Kalau tengok dari sinopsis drama ni, nampak macam best jer, tapi agak klisye gak laa bila adik kakak jatuh cinta pada lelaki yang sama semua, dan mereka ni juga ada kaitan dengan jenayah yang melibatkan bapa kepada hero cite ni. Mesti penuh konflik ni hehehehe, apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah ni k..
Sinopsis Drama Filipina Kailangan Ko'y Ikaw

Mengisahkan tentang Inspektor Polis Gregorio Dagohoy yang secara tidak sengaja bertemu dengan 2 adik beradik iaitu Ruth dan Roxanne disebabkan insiden penculikan yang berlaku. Rupa-rupanya Ruth yang merancang penculikan diri sendiri untuk cuba mendapatkan wang dari keluarganya. Walaupun Ruth sering membawa masalah dalam keluarga, namun kakaknya Roxanne tetap setia disisinya. Selepas kebenaran terbongkar, yang mana semua insiden penculikan ini dirancang oleh Ruth, maka ayahnya memberi pengajaran padanya dengan membiarkannya bermalam di penjara. 
Ayahnya sangat sayang dan bangga dengan Roxanne berbanding Ruth yang sering tidak mengikut kata2 nya. Ruth sanggup buat apa saja demi mencapai impiannya berbanding Roxanne yang terpaksa melupakan impiannya demi menunaikan hasrat ayahnya. Gregario kemudiannya menjadi semakin rapat dengan Ruth dan Roxanne, apa yang bakal berlaku seterusnya, bila kedua-dua beradik itu jatuh cinta pada Gregario? Siapa yang akan Gregario pilih? dan bagaimana pula hubungan Ruth dan kakaknya selepas itu? Apa kaitan Ruth dan Roxanne dengan jenayah yang dilakukan oleh bapa Gregario walaupun bapanya tidak bersalah?.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

5 ulasan:

AinAthirah Anuar berkata...

Lepastu mesti kakak baik dari adik . haha . cerita philipine ni tak layan sgt. hehe

Wardah Aneesa berkata...

Cerita philiphine yaaa.. da lama tak layann tapi hero heroin mesty cantik hensem je kann

Afif Rayyan berkata...

Cantik2 heroin drama nie.. kikiki

nassa berkata...

Drama from Filipina,semuanya best2 belaka,Malaysia boleh buat mcm drama Filipinakah?bila lagi??good luck ......

Tanpa Nama berkata...

Cerita ini memang sedih. Lebih baik dari drama Melayu yang asyik cinta, korporat, juta, billion.

Related Posts with Thumbnails