2 Jun 2016

Keputusan Pemenang Dangdut Star 2016

Fitri Juara Dangdut Star 2016

Assalammualaikum..
Berlabuh sudah tirai akhir Dangdut Star yang menobatkan Fitri sebagai juaranyer di musim pertama ini. Finalis Dangdut Star terdiri daripada Jiwa, Fitri, Elda dan Roger. Manakala Juri tetap Dangdut Star adalah Pak Ngah dan Mas Idayu. Manakala Edry KRU dan Amelina pula menjadi juri jemputan. Siti Nordiana membuat persembahan pembukaan dengan menyanyikan lagu Kopi Dangdut. Sekarang ni memang trend pertandingan setakat 6 minggu jer ek, minggu ke-6 dah final hehehe, sekejap sungguh bertandingnyer. Walaubagaimanapun sayangnya Dangdut Star ni disiarkan secara rakaman jer bukannya siaran langsung. Dari minggu pertama sampai final semua rakaman, kalau live maybe lagi best kot. Maknanya masa semua finalis datang ke program Meletop selasa lalu tu, diorang dah tahulah kan siapa yang menang semua tapi terpaksa kunci mulut hehehe.

Apapun suara2 semua peserta Dangdut Star ni sedap2 gak, sayangnya ramai peserta wanita dah tersingkir macam Zizi AF, Aishah AF semua manakala Felix AF menjadi satu-satunya peserta lelaki yang tersingkir. Tauke Jambu serta DeFam menjadi Hos untuk Dangdut Star ni. Apapun tahniah pada pemenang dan semua finalis..

Keputusan Pemenang Dangdut Star

Juara Dangdut Star 2016 - Fitri
Naib Juara - Elda
Tempat Ketiga - Jiwa
Tempat Keempat - Roger

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

1 ulasan:

Encik Suami berkata...

Assalamualaikum.

malam tadi layan gak konsert.skali skala layan dangdut x salah.
agak kecewa sbb saya ramal jiwa yg menang.konsert mingguan mmg memukau suara jiwa.
dah tertulis rezeki fitri jadi juara.apa2 pun TAHNIAH pada semua peserta akhir.

Related Posts with Thumbnails