6 Jun 2016

Sinopsis Drama Imam Mudaku Romantik Astro Oasis

Drama Adaptasi Novel Imam Mudaku Romantik Lakonan Hisyam Hamid & Syatilla Melvin

Assalammualaikum..
Sepanjang bulan Ramadan ni, Astro Oasis akan menyiarkan sebuah drama 16 episod yang bertajuk Imam Mudaku Romantik, yang akan disiarkan setiap isnin hinggan khamis, jam 9 malam. Drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Imam Mudaku Romantik karya novelis Izzah Haneefa dan dilakonkan oleh Hisham Hamid sebagai Ustaz Faqih, Syatilla Melvin sebagai Laila Khalisa, Faye Kusairi sebagai Adrianna, Rahim Omar, Zarina Zainuddin dan ramai lagi. Kira jalan ceritanyer macam kisah cinta islamik gitu. Apapun jomm layann sinopsis drama ni kat bawah yer..
Sinopsis Drama Imam Mudaku Romantik
LAILA KHALISAH, pemilik butik Pinkwears yang sememangnya mengimpikan seseorang yang bergelar imam muda / ustaz untuk menjadi suaminya. Kemunculan MUHAMMAD FAQIH dalam kehidupannya telah banyak mengubah si keluarga wanita itu.
Si Faqih pula pandai menambat hati isterinya. Sekeping kad besar yang tertulis I Love You, Laila di cermin hadapan Peugeot 508 berwarna putih bersama lambakan ros merah di sekelilingnya merupakan kejutan untuk cinta hatinya itu.
Masjid yang dibina oleh mereka diserikan lagi apabila Laila Khalisah disahkan hamil kembar. Namun, pada usia perkahwinan yang masih setahun jagung itu, kebahagiaan mereka diragut dengan fitnah yang dilemparkan oleh Izham, bekas tunang Khalisah. Izham muncul kembali menagih cinta Khalisah.
“Khalisah sendiri tak tahu anak siapa yang ada dalam kandungannya sekarang. Sebab selain dengan suaminya, Khalisah sebenarnya dah banyak kali tidur dengan saya, semenjak dia belum berkahwin dengan Faqih lagi.” – Izham 
Campurtangan kedua ibu bapa mereka menambhkan lagi keperitan hidup rumahtangga mereka. Disebabkan fitnah itu, Faqih dan Khalisah dipisahkan. Khalisah dihalau dari rumah ibu mertuanya. Manakala, mama Khalisah pula meninggalkannya di satu tempat yang asing baginya.
“Laila, di mana Laila sekarang? Khalifah-khalifah kecil kita dah lahir ke belum? Abang minta maaf sangat kerana abang tak mampu bersama-sama laila menyambut kelahiran khalifah-khalifah kecil kita.” 
Adakah bahagia milik mereka?
P/s- Salam Ramadhan Buat Pembaca Blog Ini :)

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

2 ulasan:

Yana Libra berkata...

pernah baca novel..tp dah xingat..hehe

Afif Rayyan berkata...

Wahhh.. ade syatilla melvin, mesti best citer nie

Related Posts with Thumbnails