-->

18 Okt 2018

Sinopsis Drama Mawar Murni (TV3)

Mawar Murni, Drama Mawar Murni, Slot Samarinda, TV3, Drama Melayu, Drama Bersiri, 2018, Cast, Poster, Pelakon Drama Mawar Murni, Saharul Ridzwan, Mimi Lana, Fasha Sandha, Amar Asyraf, Ridzuan Hashim, Wan Nor Azlin, Watie Sadali, Kazar, Adam Shah, Carolina Binur, Izzy Reef, Wanna Ali, Watak Pelakon, OST Mawar Murni, Ending,
Sinopsis Drama Mawar Murni Slot Samarinda TV3

Drama Mawar Murni adalah drama terbaru di slot Samarinda yang disiarkan bagi menggantikan drama Bahagia Bukan Bidaan yang telah tamat episodnya. Drama Mawar Murni ini sudah bersiaran di TV3 bermula 8 Oktober yang lalu, setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam dan mempunyai 15 episod. Antara pelakon drama Mawar Murni ini adalah Saharul Ridzwan, Mimi Lana, Fasha Sandha, Amar Asyraf, Ridzuan Hashim, Wan Nor Azlin, Watie Sadali, Kazar, Adam Shah, Carolina Binur, Izzy Reef, Wanna Ali dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Hashim Rejab dan diterbitkan oleh Sha's Media Sdn Bhd. Memang nampak menarik drama ni kan, plus ada ramai pelakon best yang berlakon dalam drama Mawar Murni ini. Apa pun jom tengok watak pelakon serta sinopsis drama ini di bawah ye..

Watak Pelakon Dalam Drama Mawar Murni

Mimi Lana sebagai Mawar

Fasha Sandha sebagai Murni

Saharul Ridzwan sebagai Harris

Amar Asyraf sebagai Qalif
Ridzuan Hashim sebagai Aziz
Wan Nor Azlin sebagai Ramona
Watie Sadali sebagai Mahani
Wanna Ali sebagai Keisha
Kazar Saisi sebagai Halim
Adam Shah sebagai Eddy

Mawar Murni, Drama Mawar Murni, Slot Samarinda, TV3, Drama Melayu, Drama Bersiri, 2018, Cast, Poster, Pelakon Drama Mawar Murni, Saharul Ridzwan, Mimi Lana, Fasha Sandha, Amar Asyraf, Ridzuan Hashim, Wan Nor Azlin, Watie Sadali, Kazar, Adam Shah, Carolina Binur, Izzy Reef, Wanna Ali, Watak Pelakon, OST Mawar Murni, Ending,

Mengisahkan Aziz, seorang ahli perniagaan yang berjaya namun menghadapi konflik dalam kehidupannya. Aziz mempunyai dua orang isteri, iaitu Ramona dan Mahani.Aziz mempunyai dua orang anak dengan Ramona, iaitu, Qalif dan KeisyaMurni merasakan dirinya dipergunakan oleh Ramona, dan merasakan dirinya seperti orang suruhan yang disuruh membuat pelbagai kerja. Murni sebenarnya sudah berkahwin dengan Aziz secara rahsia. Namun, sepanjang perkahwinan mereka Murni terpaksa ‘berlakon’ dengan Aziz yang kononnya mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan. Ramona dan Mahani, pula langsung tidak mengetahui yang sebenarnya Aziz mempunyai isteri yang ketiga. Murni yang seolah - olah sudah lama mengenali Mawar mula menolong Mawar dan sekaligus membuatkan Mawar terhutang budi pada Murni dan Mawar berjanji akan mengikut cakap Murni dan bekerja sebagai setiausaha Aziz, Kemuncaknya, Aziz ditemui meninggal dunia di rumah banglo istirehatnya dan kematiannya misteri kerana hasil pemeriksaan dia dipercayai diracun oleh seseorang. Semua orang makin terkejut bila mendapat tahu Mawar dijadikan pemangku syarikat selepas kematian Aziz. Apa yang berlaku sebenarnya? Apa hubungan sebenar Mawar dan Murni ini?.

Lagu Tema / OST Mawar Murni
➔ Kepuraanmu nyanyian Luqman Faiz
➔ Pencinta Setia nyanyian Azmira Ariff
➔ Cinta Abadi nyanyian XPDC

Jom baca ini juga ➔ Biodata Terkini Mimi Lana
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017