-->

28 Okt 2018

Sinopsis Drama Mencari Qiblat (Zehra TV3)

Mencari Qiblat, Drama Mencari Qiblat, Slot Zehra, TV3, Drama Melayu, Drama Bersiri, 2018, Cast, Pelakon Drama Mencari Qiblat, Aeril Zafrel, Elisya Sandha, Azhan Rani, Noorkhiriah, Fezrul Khan, Reen Rahim, Shahzril Ahmad, Sinopsis Drama Mencari Qiblat,
Sinopsis Drama Mencari Qiblat Slot Zehra TV3 

Drama Mencari Qiblat adalah drama terbaru di slot Zehra TV3 bagi menggantikan Drama Ammar & Opie yang telah tamat episodnya. Drama Mencari Qiblat sudah mula bersiaran di TV3 bermula 25 Oktober yang lalu, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Ada ramai pelakon best dalam drama ini, antara pelakon drama Mencari Qiblat ini adalah Aeril Zafrel, Elisya Sandha, Azhan Rani, Noorkhiriah, Fezrul Khan, Reen Rahim, Shahzril Ahmad dan ramai lagi. Drama 13 episod ini mengetengahkan penceritaan berbeza dalam setiap episod dan diarahkan oleh Rashid Sibir serta diterbitkan oleh Rashbirmedia Sdn Bhd. Apa pun jom tengok sinopsis drama Mencari Qiblat ini di bawah ye..


Sinopsis Drama Mencari Qiblat Lakonan Aeril Zafrel

Mengisahkan Adam (Aeril Zafrel), anak tunggal dalam keluarganya dan sudah biasa hidup dengan penuh kemewahan. Oleh kerana Adam lalai serta alpa dengan kemewahan hidupnya di dunia, dia sentiasa berfoya-foya dan kerap melanggar segala hukum-hakam kehidupan sebagai seorang umat Islam sehingga hilang pedoman hidupnya. Kemalangan jalanraya telah meragut nyawa ibu dan ayah Adam. Kematian mereka ini akhrinya telah memberi kesedaran kepada Adam yang bahawa duniawi ini hanyalah sementara dan selama ini, dia sedang hidup dalam kegelapan. Sejak itu, Adam cuba kembali ke pangkal jalan, dan memahami erti sebenar kehidupan ini. Mampukah Adam mencari qiblat hidupnya?

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Info dan Sinopsis Filem Abang Long Fadil 3


2 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017