-->

6 Mei 2018

Mourning Grave - Korean Movie Review

Mourning Grave, Girl Ghost Story, Movie, Movie Review, Korean Movie, Movie Mourning Grave, Korean Movie Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, 2014, Kisah Seram, Kisah Sedih, Buli, Pembuli, Isu Buli Di Sekolah, Horror, Hantu, Mourning Grave Cast, Pelakon Filem Mourning Grave, Kang Ha Neul, Kim So Eun, Kim Jung Tae, Han Hye Rin, Park Doo Sik, Kwak Jung Wook, Joo Min Ha,
Review Filem Korea - Mourning Grave

Seperti biasa hari ini aku nak buat review satu movie Korea yang bertajuk Mourning Grave atau turut dikenali dengan tajuk Girl Ghost Story. Filem ini bergenre seram, suspense dan thriller, manakala Pelakon Filem Mourning Grave ini adalah Kang Ha Neul, Kim So Eun, Kim Jung Tae, Han Hye Rin, Park Doo Sik, Kwak Jung Wook, Joo Min Ha dan ramai lagi. Movie ini agak lama juga sebab release pada 3 Julai 2014 yang lalu tapi jalan ceritanya masih relevan dan berkisarkan tentang  pelajar sekolah dan memfokuskan tentang isu buli di sekolah dan juga dendam. Antara tarikan utama filem Mouning Grave ini pastilah sebab barisan pelakonnya kerana dibarisi oleh pelakon terkenal seperti Kang Ha Neul, Kim So Eun, Han Hye Rin dan ramai lagi. Aku suka tengok Kim So Eun dalam filem ini sebab nampak comel dan cute sangat jadi pelajar sekolah tu. Scene yang paling buat aku marah dan geram sekali pastilah scene buli tu, bukan  setakat aku marah dengan pembuli dalam filem ini, orang yang kena buli tu pun aku marah juga sebab lembik dan takut sangat hahaha. Sampai tak nak ambil apa – apa tindakan, walaupun bapa dia dah ajak untuk pergi buat laporan polis. 
Mourning Grave, Girl Ghost Story, Movie, Movie Review, Korean Movie, Movie Mourning Grave, Korean Movie Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, 2014, Kisah Seram, Kisah Sedih, Buli, Pembuli, Isu Buli Di Sekolah, Horror, Hantu, Mourning Grave Cast, Pelakon Filem Mourning Grave, Kang Ha Neul, Kim So Eun, Kim Jung Tae, Han Hye Rin, Park Doo Sik, Kwak Jung Wook, Joo Min Ha,
Lagi marah mestilah dengan semua  rakan sekelas Sae Hee (lakonan Kim So Eun) yang tengok saja Sae Hee kena buli dengan teruk. Kalau diorang bersatu, ambil tindakan dan buat perubahan, pasti yang kaki buli tu tak berani nak membuli dah. Pendek kata filem ini memang akan buat korang rasa marah bila tengok scene buli tu, geram bila Sae Hee tak membalas balik sebaliknya terima saja apa yang pembuli tu buat dekat dia. Apa pun filem ini memang ada pengajarannya yang berguna buat penonton tentang isu buli.  Selain itu mestilah rasa kesian juga pada Sae Hee kerana tidak ada satu kawan pun yang back up atau tolong dia masa dia kena buli. Jadi bila tak tahan kena buli, senang cerita bunuh diri, kemudian jadi hantu. Part dia jadi hantu tu, aku keliru sikit sebab ada dua hantu Sae Hee pula, satu hantu Sae Hee yang baik tapi hilang ingatan satu lagi hantu Sae Hee yang jahat. Hantu Sae Hee ini ada split personality ke ape ni hahaha. Apa pun tu baru kisah Sae Hee saja belum masuk kisah In Soo yang dilakonkan oleh Kang Ha Neul lagi. Kalau korang nak tahu pasal kisah In Soo ini dan apa kaitan In Soo dengan watak Sae Hee ini, kenalah tengok filem ini hehe.
Mourning Grave, Girl Ghost Story, Movie, Movie Review, Korean Movie, Movie Mourning Grave, Korean Movie Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, 2014, Kisah Seram, Kisah Sedih, Buli, Pembuli, Isu Buli Di Sekolah, Horror, Hantu, Mourning Grave Cast, Pelakon Filem Mourning Grave, Kang Ha Neul, Kim So Eun, Kim Jung Tae, Han Hye Rin, Park Doo Sik, Kwak Jung Wook, Joo Min Ha, Poster Movie Mourning Grave,
Scene – scene kelakar dalam filem Mourning Grave ini banyak datang dari watak Sun Il lakonan Kim Jung Tae yang merupakan pakcik In Soo. Scene paling kelakar bila ada hantu perempuan yang sering kacau Sun Il ini dan Sun Il pula melayan je kerenah hantu tersebut dan buat hantu tu macam girlfriend dia hehe. Pada pendapat aku filem ini langsung tak seram mana pun, lakonan pembuli dalam filem ini iaitu Hyun Ji yang dilakonkan oleh Han Hye Rin dan juga Hae Chul yang dilakonkan oleh Park Doo Sik memang terbaik terutamanya untuk watak Hyun Ji itu. Rasa geram je dengan diorang berdua ni, pembuli cuma dua orang je, yang rakan sekelas yang lain boleh pula takut dengan diorang ni. Apa pun Han Hye Rin memang nampak cantik dalam filem ini walaupun wataknya watak jahat gitu. Secara keseluruhannya Movie Mourning Grave ini memang kira okeylah juga untuk ditonton, walaupun jalan ceritanya nampak biasa tapi ada mesej positif dan pengajaran disebalik movie ini. Jadi aku bagi 6.5/10 Bintang untuk movie ini.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

4 ulasan:

  1. baru baca review movie ni. thanks for sharing

    BalasPadam
  2. I watched this before because of Kang Ha Neul <3

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017