Money Flower - Korean Drama Review
Macam
biasa, hari ini aku akan buat review Drama Korea Money Flower yang release pada
11 November 2017 dan tamat pada 3 Februari 2018 yang lalu. Drama Korea MoneyFlower ini mempunyai 24 episod dan disiarkan bagi menggantikan drama Bad Thief,
Good Thief yang telah tamat episodnya dan kemudian akan digantikan dengan drama
baru yang bertajuk My Husband Oh Jak Doo. Antara Pelakon Drama Money Flower ini
adalah Jang Hyuk, Park Se Young, Jang Seung Jo, Lee Mi Sok, Lee Soon Jae, Han
So Hee, Sun Woo Jae, Im Do Gyoo, Park Ji Il, Park Jung Hak dan ramai lagi. Pelakon
Han Chae Ah telah ditawarkan untuk menjadi heroin drama ini tapi dia menolak
dan akhirnya watak Na Mo Hyun itu menjadi milik Park Se Young. Ini merupakan
kali kedua Jang Hyuk dan Park Se Young bergandingan dalam drama yang sama
selepas drama Beautiful Mind (2016). Selain itu drama Money Flower ini juga
turut menang beberapa anugerah dalam 2017 MBC Drama Awards yang menyaksikan
Jang Hyuk, Lee Mi Sook dan Jang Seung Jo yang merupakan pelakon utama drama ini
sama – sama menang anugerah.
Park Se
Young membawakan watak baik dalam drama ini, lakonannya memang menyakinkan
sebab memang nampak watak Na Mo Hyun tu perfect dan baik hati gitu. Aku dah
pernah tengok Park Se Young ni bawa watak jahat giler dalam drama My Daughter
Geum Sa Wol. Lakonan Jang Hyuk memang cemerlang dalam drama ini iaitu sebagai
Kang Pil Joo yang merupakan seorang peguam yang berkarisma, licik, bijak dan
penuh dendam serta menyimpan satu rahsia besar dalam hidupnya. Lagi pun drama - drama lakonan Jang Hyuk memang selalunya best -best kan, antara sebab utama
aku memilih untuk menonton drama ini adalah kerana ramai yang memuji - muji
lakonan Jang Hyuk dalam drama Money Flower ini. Watak Kang Pil Joo lakonan Jang
Hyuk mengalami pelbagai emosi tapi tak dapat nak menunjukkan semua emosinya dan
harus pendam segalanya demi dendamnya. Mukanya juga hanya mempunyai 1 reaksi
saja, tak kisahlah sama ada dia tengah happy, sedih, takut, marah, muka dia
memang macam tu jela, tanpa menunjukkan sebarang reaksi.
Kiranya Jang Hyuk kena tunjukkan perasaan wataknya melalui pandangan matanya sahaja. Ini bermakna susah untuk orang lain meneka apa yang dirasakan mahu pun difikirkan oleh Kang Pil Joo. Selain itu ramai juga yang memberikan komen positif mengenai drama ini dan sebab itulah aku decide menonton Korean Drama Money Flower ini. Tiada aksi bromance yang sweet dalam drama ini okey, walaupun watak Kang Pil Joo dan Jang Boo Cheon (lakonan Jang Seung Joo) agak rapat, tapi masing - masing tidak ikhlas dan mempunyai niat lain untuk mempergunakan antara satu sama lain demi kepentingan masing - masing. Kang Pil Joo ingin menggunakan Jang Boo Cheon untuk membalas dendam, manakala Jang Boo Cheon pula ingin menggunakan Kang Pil Joo dan seterusnya dapat menjadi satu – satunya pewaris empayar perniagaan keluarganya. Selain itu terdapat juga kisah cinta tiga segi antara Kang Pil Joo, Na Mo Hyun dan juga Jang Boo Cheon. Kang Pil Joo sangat mencintai Na Mo Hyun namun terpaksa mengorbankan cintanya pada Na Mo Hyun dan membiarkan Jang Boo Cheon berkahwin dengan Na Mo Hyun demi dendamnya.
Kiranya Jang Hyuk kena tunjukkan perasaan wataknya melalui pandangan matanya sahaja. Ini bermakna susah untuk orang lain meneka apa yang dirasakan mahu pun difikirkan oleh Kang Pil Joo. Selain itu ramai juga yang memberikan komen positif mengenai drama ini dan sebab itulah aku decide menonton Korean Drama Money Flower ini. Tiada aksi bromance yang sweet dalam drama ini okey, walaupun watak Kang Pil Joo dan Jang Boo Cheon (lakonan Jang Seung Joo) agak rapat, tapi masing - masing tidak ikhlas dan mempunyai niat lain untuk mempergunakan antara satu sama lain demi kepentingan masing - masing. Kang Pil Joo ingin menggunakan Jang Boo Cheon untuk membalas dendam, manakala Jang Boo Cheon pula ingin menggunakan Kang Pil Joo dan seterusnya dapat menjadi satu – satunya pewaris empayar perniagaan keluarganya. Selain itu terdapat juga kisah cinta tiga segi antara Kang Pil Joo, Na Mo Hyun dan juga Jang Boo Cheon. Kang Pil Joo sangat mencintai Na Mo Hyun namun terpaksa mengorbankan cintanya pada Na Mo Hyun dan membiarkan Jang Boo Cheon berkahwin dengan Na Mo Hyun demi dendamnya.
Malah Kang Pil Joo juga adalah perancang utama yang membuat plan
untuk Na Mo Hyun jatuh cinta pada Jang Boo Cheon sekaligus bersetuju untuk
berkahwin. Kang Pil Joo sangat berdendam dengan mak Jang Boo Cheon iaitu Jung
Mal Ran (lakonan Lee Mi Sook) kerana Jung Mal Ran menjadi penyebab kemusnahan
keluarga Kang Pil Joo. Namun Kang Pil Joo mengetepikan perasaan marahnya itu
dan berpura - pura menjadi orang suruhan Jung Mal Ran yang setia. Cuma aku
keliru sikit scene yang seolah - olah Kang Pil Joo ini ada affair dengan Jung
Mal Ran itu, hahaha betul ke diorang ada affair atau pun sebaliknya. Apa pun
Jung Mal Ran sememangnya sangat bergantung dengan Kang Pil Joo terutamanya jika
dirinya dan anaknya dilanda masalah, Kang Pil Joo inilah yang akan bertindak
sebagai penyelesai masalah. Malah Jung Mal Ran juga sangat mempercayai Kang Pil
Joo dan tidak pernah terfikir yang Kang Pil Joo menyimpan dendam terhadapnya
selama 20 tahun dan terus menunggu hari yang sesuai untuk dendamnya terlaksana.
Selain itu drama ini juga turut memfokuskan tentang
ketamakan manusia yang tidak berpenghujung dan akhirnya diri sendiri yang rugi.
Antara scene yang aku suka dalam drama ini adalah ketika Kang Pil Joo menyuruh
Jang Boo Cheon dan juga sepupu J.Boo Cheon iaitu Jang Yeo Cheon (lakonan Im Do
Gyoo) untuk berlawan dan bertumbuk sesama mereka, siapa yang menang akan dapat
Kang Pil Joo untuk dijadikan orang penting mereka. Diorang pula memang betul –
betul ikut arahan Kang Pil Joo dan berlawan hahaha dan akhirnya Jang Boo Cheon
yang menang. Ada banyak scene – scene suspen dan mendebarkan dalam drama ini,
plot twist pun ada juga. Ikutkan agak annoying juga dengan Jang Boo Cheon ini,
dahlah dapat isteri yang baik dan cantik tapi dia masih ada affair dengan
girlfriend lamanya itu iaitu Yoon Seo Won (lakonan Han So Hee), siap diorang
ada anak lagi, kesian dengan Na Mo Hyun tu. Plus Han So Hee tu pun jenis tak
sedar diri juga pun sebab berani nak tuntut hak anak dia dekat keluarga Jang Boo
Cheon. Tapi tindakan dia tu memang memakan dirilah sebab Jung Mal Ran, mak Boo
Cheon memang tak kan biarkan.
Selain itu
scene ketika Jang Boo Cheon dah tahu identiti sebenar Kang Pil Joo itu pun
menarik juga, sebab macam suspen gitu. Ianya bertambah menarik apabila Kang Pil
Joo juga dah tahu yang Boo Cheon dah tahu perkara sebenar mengenai dirinya tapi
diorang berdua berpura - pura macam tak ada apa - apa berlaku. Tapi setiap kali
watak mereka bertemu memang nampak suspen dan mendebarkan, plus memang sukar
nak mengagak apa yang akan jadi seterusnya. Ending drama Money Flower ini bagi
aku agak sad ending jugalah tapi dalam masa yang sama stil okey jugalah tak
adalah sedih sangat kan. Pendek katanya memang syok layan drama ini dan aku
bagi 8.5/10 untuk drama Money Flower ini.
Assalamualaikum selamat pagi. Mama singgah lawat blog sis mulan. Semoga Allah berkati hari kita hari ini. Amin
BalasPadamnampak menarik drama ni
BalasPadamjemput singgah ke blog saya
https://thisisme-38.blogspot.com/2018/06/arabic-debate-new-experience.html
Lelaki ni memang tak pernah puas kan, dapat yang cantik pun nak cari lain jugak! Nak tengok jugak lah nanti sebab menang award :D
BalasPadamYeah! Save masa tuk mission mcari drama korea tuk ditonton weekend ni.
BalasPadamMy next watchlist 😊😊
Selamat malam Ibu ucapkan, singgah blog walking blog sis mulan
BalasPadamterbaek cerita ni :)
BalasPadam