-->

6 Jun 2018

The Villainess - Korean Movie Review

The Villainess, Aknyeo, Movie, Movie Review, Filem, Korean Movie, Filem Korea, 2017, Dendam, Revenge, Pelakon Filem Korea The Villainess, Kim Ok Vin, Kim Ok Bin, Shin Ha Kyun, Sung Joon, Kim Seo Hyung, Jo Eun Ji, Kim Yun Woo, Poster, Genre, Action, Aksi, Suspen, Plot Twist, Ending The Villainess, Sinopsis Korean Movie The Villainess, Korean Style, Korean Artist, My Favorite Movie, My Feeling, The Villainess Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Movie Review : The Villainess (Korean Movie)

Seperti biasa, hari ini aku nak buat Review Filem Korea pula yang bertajuk The Villainess / AknyeoFilem ini release pada 8 Jun 2017 dan diarahkan oleh Jung Byung Gil manakala tagline filem ini adalah “An Endless Vengeance Begins”. Kalau tengok dari tagline movie ini pun, memang  dah tahu yang movie The Villainess ini berkisarkan tentang dendam dan pembalasan dendam.  Antara Pelakon Filem The Villainess ini adalah Kim Ok Bin, Shin Ha Kyun, Sung Joon, Kim Seo Hyung, Jo Eun Ji, Kim Yun Woo dan ramai lagi. Para pelakon filem ini memang best – best belaka, aku suka tengok Kim Ok Bin dalam filem ini sebab nampak cantik betul serta pandai berlawan pula tu. Memang ada banyak fighting scene dalam movie ini yang  melibatkan Kim Ok Bin, lebih menarik apabila Kim Ok Bin sememangnya mempunyai ilmu mempertahankan diri seperti Taekwando dan sebagainya, jadi tak hairanlah bila Kim Ok Bin mampu melakukan aksi – aksi berlawan dalam filem ini dengan baik sekali. Opening scene movie ni pun dah grand dah tapi tak berapa logik sikit sebab gangster  - gangster tu tak serang Sook Hee (lakonan Kim Ok Bin) secara serentak, tapi boleh pula menunggu giliran untuk menyerang Sook Hee secara satu persatu hehehe. Manakala Sook Hee secara seorang diri mampu menewaskan berpuluh mahu pun beratus gangster dalam tempat tersebut.
The Villainess, Aknyeo, Movie, Movie Review, Filem, Korean Movie, Filem Korea, 2017, Dendam, Revenge, Pelakon Filem Korea The Villainess, Kim Ok Vin, Kim Ok Bin, Shin Ha Kyun, Sung Joon, Kim Seo Hyung, Jo Eun Ji, Kim Yun Woo, Poster, Genre, Action, Aksi, Suspen, Plot Twist, Ending The Villainess, Sinopsis Korean Movie The Villainess, Korean Style, Korean Artist, My Favorite Movie, My Feeling, The Villainess Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,

Jalan cerita Movie The Villainess atau Aknyeo ini agak sedih, terutamanya untuk watak Sook Hee itu bila dia dikhianati dan hilang orang tersayang. Malah ending movie The Villainess lagilah sedih tapi memang syok layan movie ini. Ini adalah kali pertama aku melihat pelakon Shin Ha Kyun melakonkan watak jahat,  memang berkesan lakonannya sampai aku pun rasa benci dengan wataknya yang kejam itu.  Manakala Sung Joon pula agak sweet dan adorable dalam filem ini walaupun ending untuk wataknya itu juga sangat sedih huhuhu. Aku suka bila watak heroin filem ini digambarkan sebagai  seorang yang kuat, berani, mahir berlawan dan releks je fight dengan lelaki and menang pula tu hehe. Sinematografi filem ini juga cantik, scene lawan – lawan tu memang nampak macam real gitu dan Korean movie The Villainess ini juga banyak menang anugerah dari aspek teknikal seperti sinematografi terbaik dan sebagainya. Jadi secara keseluruhannya aku suka dengan filem ini sebab lain dari yang lain serta ada plot twist yang mengejutkan di hujung cerita, So aku bagi 8/10 bintang untuk filem ini. Apa pun jom tengok sinopsis movie ini di bawah ye.
The Villainess, Aknyeo, Movie, Movie Review, Filem, Korean Movie, Filem Korea, 2017, Dendam, Revenge, Pelakon Filem Korea The Villainess, Kim Ok Vin, Kim Ok Bin, Shin Ha Kyun, Sung Joon, Kim Seo Hyung, Jo Eun Ji, Kim Yun Woo, Poster, Genre, Action, Aksi, Suspen, Plot Twist, Ending The Villainess, Sinopsis Korean Movie The Villainess, Korean Style, Korean Artist, My Favorite Movie, My Feeling, The Villainess Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Sinopsis The Villainess – Korean Movie

Mengisahkan Sook Hee / Chae Yeon Soo yang telah dilatih untuk menjadi seorang pembunuh di Yanbian, China.  Setelah kematian gurunya yang juga suaminya iaitu Joong Sang, Sook Hee berazam untuk membalas dendam dan setelah dia berjaya membalas dendamnya itu, dia pula ditangkap polis, kemudian dirinya diberi peluang kedua dan dilatih pula untuk menjadi agen kerajaan di suatu pusat latihan. Disitu Sook Hee mendapati  dirinya hamil dan melahirkan anak disitu, Hyun Soo yang merupakan agen di situ tertarik dengan Sook Hee dan sentiasa memerhati gelagat Sook Hee dan anak Sook Hee yang bernama Eun Hye secara diam – diam dan Sook Hee langsung tidak menyedari akan kewujudan Hyun Soo disitu. Sook Hee mula selesa dengan kehidupan barunya dan mula berkhidmat dengan kerajaan, ini ditambah lagi bila Sook Hee dijanjikan untuk dapat hidup bebas selepas 10 tahun berkhidmat menjadi agen kerajaan. Selepas keluar dari pusat latihan, Sook Hee mendapat identiti baru dan menukar namanya menjadi Chae Yeon Soo dan bekerja sebagai pelakon teater.
The Villainess, Aknyeo, Movie, Movie Review, Filem, Korean Movie, Filem Korea, 2017, Dendam, Revenge, Pelakon Filem Korea The Villainess, Kim Ok Vin, Kim Ok Bin, Shin Ha Kyun, Sung Joon, Kim Seo Hyung, Jo Eun Ji, Kim Yun Woo, Poster, Genre, Action, Aksi, Suspen, Plot Twist, Ending The Villainess, Sinopsis Korean Movie The Villainess, Korean Style, Korean Artist, My Favorite Movie, My Feeling, The Villainess Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Tak lama kemudian 2 lelaki mula muncul dalam hidup Sook Hee, satu lelaki dari masa lalu Sook Hee iaitu Joong Sang dan satu lagi lelaki adalah Hyun Soo. Tak lama kemudian Sook Hee mengetahui satu rahsia terbesar yang akan merubah hidup Sook Hee menjadi huru hara dan derita. Sook Hee kemudiannya memutuskan untuk menghukum orang yang telah menghancurkan hidupnya dengan caranya sendiri. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Dapatkah Sook Hee menemui bahagia?. 
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

6 ulasan:

  1. Wajib tgk nii. Lama tak layan mobiie korea

    BalasPadam
  2. Apa khabar hari ni cik Mulan. Mama singgah BL

    BalasPadam
  3. Dah lama nak tengok cerita ni tapi sampai sekarang tak tengok-tengok lagi.

    BalasPadam
  4. Selamat berbuka puasa Ibu ucapkan kepada sis

    BalasPadam
  5. review Fabricated City blh x akak

    BalasPadam
  6. dah ada dlm utube x cite ni? hehe

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017