-->

15 Jun 2018

Sinopsis Telemovie Raya - Taubatku (TV3)

Taubatku, Telemovie, Telefilem, Telemovie Taubatku, Telemovie Raya, TV3, Kisah Sedih, Telemovie Malam Raya, 2018, Pelakon Telemovie Taubatku, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Syed Ali Murtadh, Idris Khan, Fauziah Nawi, Rusdi Ramli, Sinopsis Telemovie Taubatku,
Sinopsis Telemovie Taubatku Lakonan Syafiq Kyle & Azar Azmi (Telemovie Raya TV3)

Telemovie Taubatku telah pun disiarkan pada malam raya yang lalu iaitu 14 Jun 2018 di TV3. Antara Pelakon Telemovie Taubatku ini adalah Syafiq Kyle, Azar Azmi, Syed Ali Murtadh, Idris Khan, Fauziah Nawi, Rusdi Ramli dan ramai lagi. Telefilem Taubatku ini diarahkan oleh Heykal Hanifah dan diterbitkan oleh Luqsar Kreatif Sdn Bhd. Sedih juga jalan cerita telemovie taubatku ini, apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye.

Sinopsis Telemovie Taubatku

Mengisahkan Maisarah (lakonan Azar Azmi) yang putus tunang dan kemudian dia terpaksa menerima lamaran Ismail (Syafiq Kyle) kerana di desak oleh ayahnya. Selepas berkahwin dengan Ismail, Maisarah terpaksa hidup susah, kerana Ismail hanya seorang peniaga Sate saja, namun Ismail seorang suami yang penyabar dan perkahwinan mereka terus bertahan walaupun tidak dikurniakan anak. Ismail mencadangkan supaya mereka mengambil anak angkat saja, namun Maisarah tidak bersetuju. Tak lama kemudian mereka terjumpa bayi yang dibuang dekat satu tempat dan akhirnya mereka berdua mengambil bayi itu menjadi anak angkat mereka yang dinamakan Iskandar. Ismail mendidik Iskandar dengan ilmu agama yang cukup sejak kecil, walaubagaimanapun tak lama kemudian, Iskandar telah mengalami kemalangan lalu lumpuh. Ismail juga tidak mengizinkan Maisarah untuk pergi bekerja supaya Maisarah boleh menjaga Iskandar. 

Walaubagaimanapun Maisarah makin tidak tahan dengan hidupnya yang susah dan terpaksa pula menjaga anak yang lumpuh pula. Keadaan makin rumit apabila bekas tunang Maisarah iaitu Safuan (Idris Khan) kembali menagih cinta Maisarah. Maisarah akhirnya meninggalkan suaminya dan juga anaknya itu dan mengikut Safuan. Sejak ditinggalkan isteri, Ismail perlu melakukan semua kerja seorang diri termasuk menguruskan anaknya yang lumpuh. Sikap Ismail juga semakin berubah dari seorang penyabar menjadi panas baran dan sering memarahi anaknya Iskandar dengan teruk. Perniagaan sate Ismail semakin laris dan menyebabkan Ismail menjadi sibuk dan menyebabkan anaknya terabai. Keadaan mula okey bila Ismail meminta bantuan jirannya untuk menjaga anaknya buat seketika namun keadaan mula menjadi teruk kembali apabila jirannya perlu pergi ke tempat lain. Manakala Maisarah pula telah ditipu oleh Safuan dan akhirnya melarikan diri dari Safuan dan pulang ke rumah Ismail. Apa yang berlaku seterusnya?.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

2 ulasan:

  1. tadi slot cerekarama cakap citer Taubatku tapi jadi Istana Firdaus plak hehe..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017