-->

7 Jun 2018

Baca Online Novel Makmum Yang Paling Aku Cinta

Novel Makmum Yang Paling Aku Cinta, Novelis Aii Fariza, Baca Online Novel Makmum Yang Paling Aku Cinta, Novel Online, Drama Adaptasi Novel, Drama Makmum Yang Paling Aku Cinta, 2018, Sinopsis Novel Makmum Yang Paling Aku Cinta, Pelakon Drama Makmum Yang Paling Aku Cinta, Bella Dally, Nazrief Nazri,
Baca Online Novel Makmum Yang Paling Aku Cinta 

Novel Makmum Yang Paling Aku Cinta karya novelis Aii Fariza telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 30 episod dengan tajuk yang sama. Drama Adaptasi Novel Makmum Yang Paling Aku Cinta ini disiarkan di saluran Hypp TV dan Unifi TV manakala para pelakon drama Makmum Yang Paling Aku Cinta ini terdiri daripada Bella Dally yang akan melakonkan watak sebagai Nailufar, Nazrief Nazri pula akan melakonkan watak sebagai Syed Amru, selain turut diserikan dengan kehadiran pelakon lain seperti Sharifah Shahora, Lana Nordin, Shakila Koriri dan ramai lagi. Kalau korang nak baca Novel Makmum Yang Paling Aku Cinta ini secara online, bolehlah klik link yang paling bawah sekali tu ye. Sebelum tu jom baca sinopsis novel ini di bawah ye. Selamat membaca okey.
Novel Makmum Yang Paling Aku Cinta, Novelis Aii Fariza, Baca Online Novel Makmum Yang Paling Aku Cinta, Novel Online, Drama Adaptasi Novel, Drama Makmum Yang Paling Aku Cinta, 2018, Sinopsis Novel Makmum Yang Paling Aku Cinta, Pelakon Drama Makmum Yang Paling Aku Cinta, Bella Dally, Nazrief Nazri, Poster,
Sinopsis Novel Makmum Yang Paling Aku Cinta

Dalam Tahajud Nailufar merintih hiba. Sesungguhnya dia keliru menghadapi lamaran Dato’ Syed Qassim. Seorang lelaki yang telah beristeri lebih daripada seorang. Malah lelaki berumur itu sudi melunaskan hutang keluarganya dengan syarat dia menerima pinangan tersebut. Nailufar tersepit. Bibirnya berat mengungkap persetujuan tetapi ringan untuk berdoa. Lantas sekudus doa bergema pada sepertiga malam. Memohon Tuhan Yang Esa melorongkan sebatang jalan agar dia mampu berlari ke arah itu. Kerana manusia bernafsu binatang, satu tragedi berlaku. Mujur tindakan pantas seorang pemuda misteri berjaya menyelamatkannya. Hanya sekejap rasa syukur dirasakan sebelum Nailufar terpalit fitnah lebih dahsyat.

Novel Makmum Yang Paling Aku Cinta, Novelis Aii Fariza, Baca Online Novel Makmum Yang Paling Aku Cinta, Novel Online, Drama Adaptasi Novel, Drama Makmum Yang Paling Aku Cinta, 2018, Sinopsis Novel Makmum Yang Paling Aku Cinta, Pelakon Drama Makmum Yang Paling Aku Cinta, Bella Dally, Nazrief Nazri,

Sekali lagi pemuda misteri itu menyelamatkan keadaan. Melamar demi memayungi maruahnya. Begitu mudah lelaki bernama Syed Amru menyatakan hasrat, apatah lagi menerima dirinya yang banyak kekurangan. Nailufar panar. Namun dia melihat lamaran itu sebagai jalan keluar. Tepatkah tindakannya berlari ke sisi Syed Amru? Adakah itu jawapan Tuhan dalam tahajudnya? Jika menolak bermakna dia harus mendepani lamaran Dato’ Syed Qassim! “Voiceless or not, it doesn’t matter. My feelings for you won’t ever change. Please have faith in me, little one.” ~ Kata salah seorang Syed! 



My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

11 ulasan:

  1. as salam dear..akak masih tunggu alamat dear.hehe nanti wassap sis terus boleh..buku masih ada dengan akak.

    BalasPadam
  2. wah... baca sinopsis pun dah best. tak sabar nak tengok drama ini. hehehe

    jemput datang ke blog MB https://missbaybeeboo.blogspot.com/ dan join giveaway. TQ^^

    BalasPadam
  3. Salam ramadhan dari Ibu, singgah blog walking blog sis mulan. Mari kita meriahkan masjid dan surau dengan menjadi makmum di bulan ramadhan.

    Sekejap dah 22 hari puasa

    BalasPadam
  4. First time jumpa nama Nailufar

    BalasPadam
  5. Selamat berbuka puasa sis. Mama doakan malam ni kita semua dapat kekuatan bangunkan malam ganjil di 10 malam terakhir ramadhan. Amin

    Macam macam novel sekarang kan

    BalasPadam
  6. I don't really do my readings these days. jealously tgk org yg mmg suke mmbaca ni.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum & selamat pagi jumaat Mama ucapkan kepada sis

    BalasPadam
  8. Selamat pagi. Ibu singgah blog walking.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017