Visha Wakil Johor Tersingkir - Clever Girl Malaysia Musim Kedua (2017)
Assalammualaikum..
Nampaknya di minggu ke-4 Clever Girl Musim Kedua ini, nasib tak menyebelahi Visha yang merupakan wakil Johor kerana tersingkir. Visha ini berumur 22 tahun dan merupakan mahasiswi Perundangan. Manakala Clever Girl Perak dan juga Perlis berentap di pusingan Juara Mingguan dan menyaksikan Clever Girl dari Perlis iaitu Hani berjaya menjadi Juara Mingguan sekaligus membawa pulang RM1000 serta mendapat imuniti untuk minggu akan datang. Manakala Visha serta Fadila yang merupakan wakil dari Negeri Sembilan terpaksa bersaing dalam pusingan penyingkiran. Ini adalah kali kedua berturut - turut Fadila berada di pusingan penyingkiran serta berjaya meneruskan perjuangan di minggu akan datang.
Di pusingan penyingkiran, Visha dan Fadila masing - masing memilih untuk menggunakan talian hayat iaitu Tanya Malaysia bagi soalan yang dirasakan sukar. Fadila yang merupakan Wakil dari N9 memilih untuk mengikut jawapan yang dipilih Malaysia dan ternyata ianya keputusan tepat. Manakala Visha yang merupakan wakil negeri Johor memilih untuk tidak mengikut jawapan yang dipilih Malaysia dan memilih jawapan lain. Namun jawapan yang dipilih Malaysia adalah jawapan yang tepat dan akhirnya menyaksikan Visha tersingkir di minggu ini.
alamak.. tak follow hihi tatau nak komen apa..
BalasPadam