-->

25 Ogo 2020

Review Drama Korea Hi Bye Mama

Hi Bye Mama, Drama Korea Hi Bye Mama, Korean Drama Hi Bye Mama, Sinopsis Drama Korea Hi Bye Mama, Drama Baru Kim Tae Hee, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Poster Drama Korea Hi Bye Mama,

Okey kali ni aku nak buat review drama Korea yang bertajuk Hi Bye Mama yang disiarkan di channel TVN bermula 22 Februari 2020 dan tamat episodnya pada 19 April yang lalu. Antara pelakon drama Korea Hi Bye Mama ini adalah Kim Tae Hee, Lee Kyu Hyung, Go Bo Gyeol, Kim Mi Kyung, Shin Dong Mi, Yoon Sa Bong, Lee Shi Woo, Oh Eui Shik, Ahn Nae Sang dan ramai lagi. Korean Drama Hi Bye Mama ini mempunyai 16 episod dan drama ini disiarkan bagi menggantikan drama popular Crash Landing On You dan kemudian akan digantikan dengan drama When My Love Blooms. Pelakon Kim Seul Gi yang sebelum ini pernah berlakon dalam drama TVN (Oh My Ghost) serta pelakon Yang Kyung Won yang mula dikenali ramai selepas berlakon dalam drama (Crash Landing On You) turut menjadi cameo dalam drama Hi Bye Mama ini. Selain itu drama ini juga adalah drama comeback Kim Tae Hee selepas kali terakhir muncul dalam drama Yong Pal (2015). Antara yang menarik bila pelakon kanak - kanak bernama Seo Woo Jin yang memegang watak sebagai Cho Seo Woo yang menjadi anak perempuan pada watak Kim Tae Hee tu sebenarnya adalah budak lelaki. Masa tengok drama ni aku mati - mati ingatkan anak pada watak Kim Tae Hee tu benar - benar budak perempuan, rupanya lelaki hehehe, comel pulak tu dan pandai berlakon. Lee Kyu Hyung yang jadi hero drama ini sememangnya sangat versatile okey, aku dah pernah tengok dia berlakon jadi jahat dalam drama Korea Secret Forest, pastu dia jadi gila - gila dan kelakar dalam drama Prison Playbook, pastu jadi pendakwaraya yang jahat sikit + sakit dalam drama Doctor John manakala dalam drama ni pula dia jadi baik sangat gitu.
Hi Bye Mama, Drama Korea Hi Bye Mama, Korean Drama Hi Bye Mama, Sinopsis Drama Korea Hi Bye Mama, Drama Baru Kim Tae Hee, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Drama Korea Hi Bye Mama ini mengisahkan tentang Cha Yu Ri (Kim Tae Hee) yang hidup bahagia dengan suaminya Cho Gang Hwa (Lee Kyu Hyung). Namun ketika Cha Yu Ri sarat mengandung dia dilanggar kereta dan sempat melahirkan anaknya Cho Seo Woo sebelum mati. Kematian Cha Yu Ri memberi kesan mendalam pada suaminya serta pada ahli keluarga Cha Yu Ri. Cho Gang Hwa menyalahkan dirinya dan hal tersebut mendatangkan trauma buatnya dan tak mampu untuk melakukan pembedahan walaupun dirinya seorang doktor. Walaupun Cha Yu Ri telah mati namun rohnya masih bersama dengan suaminya dan anaknya. Dia sentiasa berada disisi anaknya Cho Seo Woo dan berhasrat ingin terus bersama anaknya untuk melihat Cho Seo Woo membesar. Akhirnya Cho Gang Hwa berkahwin lagi dengan Oh Min Jung (Go Bo Gyeol) yang merupakan seorang jururawat tapi berhenti kerja untuk memberi perhatian pada rumahtangga dan pada Cho Seo Woo. Oh Min Jung menjaga Cho Seo Woo sebaik mungkin. Disebabkan Cha Yu Ri sentiasa berada disisi anaknya, hal tersebut telah memberi kesan pada anaknya itu kerana anaknya dapat melihat hantu, termasuk melihat Cha Yu Ri. Namun tak lama kemudian kehidupan Cho Gang Hwa mula menjadi huru - hara apabila Cha Yu Ri tiba - tiba hidup semula. Cho Gang Hwa makin rasa bersalah kerana telah berkahwin lain, malah dia juga tak tahu nak menjelaskan hal sebenar mengenai siapa Cha Yu Ri pada isterinya Oh Min Jung. 
Hi Bye Mama, Drama Korea Hi Bye Mama, Korean Drama Hi Bye Mama, Sinopsis Drama Korea Hi Bye Mama, Drama Baru Kim Tae Hee, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Oh Min Jung berasa terkejut melihat wajah Cha Yu Ri yang seiras dengan wajah isteri Cho Gang Hwa yang telah mati itu. Oh Min Jung juga makin pelik melihat Cha Yu Ri yang kelihatan suka dan obses dengan Cho Seo Woo. Lama - kelamaan Cha Yu Ri dan Oh Min Jung mula berkawan baik dan hal tersebut turut membuatkan Cho Gang Hwa tersepit kerana dia ingin menjaga hati Cha Yu Ri dan juga Oh Min Jung. Keluarga Cha Yu Ri juga gembira bila Cha Yu Ri hidup semula dan kembali pada mereka. Walaubagaimanapun Cha Yu Ri menyembunyikan satu rahsia, dimana dia hanya dapat hidup selama 49 hari sahaja dan kalau dia ingin terus hidup dia perlu mendapatkan tempat dia semula iaitu sebagai isteri Cho Gang Hwa dan ibu Cho Seo Woo. Cha Yu Ri tak sampai hati nak merampas tempatnya semula kerana Oh Min Jung seorang wanita yang baik dan niat Cha Yu Ri kembali hanya untuk menghapuskan hantu - hantu yang berada sekitar Cha Seo Woo saja, sekaligus cuba untuk menghalang anaknya dari terus nampak hantu dan hidup normal seperti kanak - kanak lain. Namun bila Cha Yu Ri ingin benar - benar hidup semula, dia dikejutkan pula dengan berita lain. Apa yang berlaku seterusnya? bagaimana penerimaan semua orang setelah mengetahui yang Cha Yu Ri hanya boleh hidup selama 49 hari saja? apa yang akan berlaku pada Cho Gang Hwa dan Oh Min Jung?. Okey tu adalah serba sedikit sinopsis drama Korea Hi Bye Mama ni.
Hi Bye Mama, Drama Korea Hi Bye Mama, Korean Drama Hi Bye Mama, Sinopsis Drama Korea Hi Bye Mama, Drama Baru Kim Tae Hee, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Bila mention pasal 49 hari tu automatik mengingatkan aku pada satu drama Korea yang lama bertajuk 49 Days. Best drama tu, jalan ceritanya sedih, sapa belum tengok boleh pergi tengok okey. Berbalik pada drama ni agak kesian juga dengan Cho Gang Hwa yang sentiasa kelam - kabut dan huru - hara lepas Cha Yu Ri hidup semula. Di permulaan jalan cerita, banyak yang happy - happy saja, sedih pun part Cha Yu Ri mati tu jela. Banyak juga scene - scene flashback mengenai Cha Yu Ri ketika dia masih hidup dan hidup bahagia dengan Cho Gang Hwa. Scene - scene kelakar banyak datang dari watak - watak hantu / roh dalam drama ni yang berada di sekeliling Cha Yu Ri tu. Antara satu persoalan terbesar dalam drama ni adalah kenapa dan apa yang menyebabkan Cha Yu Ri boleh hidup semula selepas mati beberapa tahun. Kalau nak tahu jawapan kepada persoalan tu kenalah tengok drama tu. Touching wei bila dapat tau kenapa Cha Yu Ri dihidupkan semula tu. Agak kagum dan sedih juga tengok keadaan keluarga Cha Yu Ri especially mak bapa Cha Yu Ri yang terpaksa menanggung rindu pada cucu diorang. Mak bapa Cha Yu Ri tak nak ganggu Cho Gang Hwa lepas dia berkahwin lain, so diorang macam cuba untuk jauhkan diri dan tengok cucu diorang dari jauh sajalah.  
Hi Bye Mama, Drama Korea Hi Bye Mama, Korean Drama Hi Bye Mama, Sinopsis Drama Korea Hi Bye Mama, Drama Baru Kim Tae Hee, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Selain kisah utama mengenai Cha Yu Ri, drama ini turut menyelitkan kisah - kisah hantu yang terdiri daripada kawan - kawan Cha Yu Ri juga ketika dia masih jadi hantu. Setiap hantu ada kisah mereka yang tersendiri yang masing - masing masih nak stay kat dunia dan tak dapat move on kerana ada hasrat tertentu. Wardrobe dan baju - baju Kim Tae Hee di permulaan cerita memang sama saja, satu pakaian tu jela yang dia pakai sebab dia kan hantu kan. Apa pun memang suka tengok Kim Tae Hee ni sebab dia memang cantik gitu, dia memang terkenal dengan kecantikannya dan merupakan antara pelakon Korea yang tercantik di sana. Bagi aku drama ni okeylah nak layan, tapi bukan favourite akulah sebab aku lagi suka drama yang more to suspen thriller dan ada plot twist gitu. Selain itu drama ini juga tak ada watak jahat gitu sebab kesemua mereka sebenarnya adalah mangsa keadaan. Jadi secara keseluruhannya aku bagi 7.7/10 bintang untuk drama ini. 
Hi Bye Mama, Drama Korea Hi Bye Mama, Korean Drama Hi Bye Mama, Sinopsis Drama Korea Hi Bye Mama, Drama Baru Kim Tae Hee, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
👉👉 Sinopsis Drama Pengantin Satu Malam Lakonan Amelia Henderson dan Nazim Othman (Akasia TV3)
Read More »

12 Ogo 2020

Segmen: Giveaway dan Mencari Bloglist bynadiajamhari

Segmen: Giveaway dan Mencari Bloglist bynadiajamhari, Blogger Giveaway,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date- 14 Ogos 2020
Nak join boleh klik Banner di atas ye..
Good Luck everyone

Miss Banu Signature, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

11 Ogo 2020

Giveaway by ejulz & shirven

Giveaway by ejulz & shirven
Jom Join Ramai - Ramai...
Due Date - 15 Ogos 2020
Syarat penyertaan yang simple gitu
Nak join boleh klik Banner di atas ye..

My Signature, Miss Banu Signature, Tandatangan Miss Banu, Blog Miss Banu Story,
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017