-->

31 Mac 2015

Sinopsis Drama Bencinta Slot Samarinda TV3

Assalammualaikum..
Drama Bencinta adalah drama terbaru untuk Slot Samarinda Tv3 bagi menggantikan drama Tabir Zulaikha yang telah tamat episodnya. Drama ini mempunyai 15 episod dan dilakonkan oleh Fathia Latiff, Fattah Amin, Erwin Dawson, Nazeera Sardi, Amy Mastura dan ramai lagi. Drama ini akan mula disiarkan di Tv3 mulai 31 Mac 2015. Apa pun jom layan Sinopsis drama Bencinta kat bawah ni k..

Sinopsis Drama Bencinta

Mengisahkan mengenai Nabil (Fattah Amin) yang menjadi anak yatim piatu selepas ibunya meninggal dunia ketika beliau berusia 10 tahun. Mak saudaranya, Maimunah (Sabrina Ali) menghantar Nabil ke rumah anak yatim kerana menganggapnya sebagai seorang yang sial. Di sana, Nabil berkawan rapat dengan Aishah (Bella Dally) dan Ikmal (Azri). Sifat kepimpinan Nabil terserlah sejak kecil. Selepas setahun, Nabil menjadi anak angkat kepada Majid (Datuk Eizlan Yusof) dan Maria (Amy Mastura) yang tidak dikurniakan cahaya mata setelah sekian lama berkahwin. Walaupun hanya anak angkat, Nabil ditatang seperti minyak yang penuh oleh Maria. Majid pula sering membawa Nabil ke pejabatnya kerana mahu mendidiknya sebagai waris syarikatnya sejak usia muda lagi. Tidak lama kemudian, Maria mengandung. Malangnya, Maria meninggal dunia selepas melahirkan seorang bayi perempuan yang dinamakan Nabila (Fathia Latiff).
Maria meninggalkan amanat kepada Nabil supaya menjaga Nabila dan mengahwini Nabila apabila mereka berdua dewasa nanti. Nabil menjaga Nabila dengan penuh kasih sayang. Namun, sikap Nabil yang terlalu mengongkong telah menyebabkan Nabila mula memberontak dan bencikan NabilLalu, Nabila yang dahagakan kebebasan telah membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Nabil tidak bersetuju tapi dia terpaksa akur kerana Majid telah memberikan kelepasan kepada Nabila. Nabila mengambil jurusan perniagaan kerana dia mahu mengambil alih perniagaan ayahnya daripada jatuh ke tangan Nabil. Nabila telah bercinta dengan Adam (Erwin Dawson) namun mereka terpaksa berpisah apabila Adam dipanggil pulang oleh keluarganya selepas tamat pengajian.
Nabila dan Adam berjanji akan jumpa di Malaysia dan tidak akan memutuskan hubungan. Nabil pula berjumpa semula dengan Aishah dan Ikmal. Aishah masih memendam perasaan terhadap Nabil. Aishah mengambil peluang memenangi hati Nabil selepas berjaya mendapat jawatan sebagai pembantu peribadi kepada Nabil. Kemunculan Natasya (Nazeera Sardi) sebagai klien Nabil telah menggugat perasaan Aishah. Natasya seorang wanita korporat yang lincah, tidak segan silu menggoda Nabil walaupun dalam urusan rasmi. Selepas tamat pengajian, Nabila pulang dengan tekad dan azam baharu. Suasana di rumah sudah berbeza kerana Nabil yang lebih berkuasa. Nabil yang mengatur semua urusan memandangkan Majid sudah uzur. Nabila hanya bersabar dengan Nabil demi menjaga hati ayahnya. Kebencian Nabila terhadap Nabil bertambah apabila hanya diberikan jawatan biasa dalam syarikat ayahnya. Pertemuan semula Adam dan Nabila membibit semula cinta mereka. Nabila sering pulang lewat. Majid mula risau dan mahu Nabil mengawal cara hidup Nabila. 
Majid ingin menyatukan Nabil dan Nabila. Nabila terima Nabil dengan berat hati kerana tidak ingin syarikat keluarganya menjadi milik mutlak Nabil sekiranya dia tidak berkahwin dengan NabilSelepas berkahwin, Nabila masih berjumpa dengan Adam tanpa menghiraukan perasaan suaminya. Nabil telah menyiasat mengenai Adam. Akhirnya, Nabil menunjukkan bukti bahawa Adam telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Walaupun begitu, Nabila tetap bersikap dingin terhadap Nabil malah dia berpihak kepada Adam yang terpaksa berkahwin demi menyelamatkan syarikat ayahnya. Nabil dan Nabila sering bertengkar pasal Adam.
Nabila pula menyerang Nabil kerana Natasya sering mendampingi Nabil. Suatu hari, Nabila yang tidak dapat mengawal kemarahannya telah mengatakan syarikat tidak memerlukan Nabil kerana dia boleh uruskan sendiri. Oleh kerana tercabar dengan kenyataan Nabila, Nabil telah meletak jawatan dan menghilangkan diri. Apakah Nabila akan bahagia selepas Nabil mengundurkan diri? Apakah yang akan berlaku seterusnya? 

Read More »

30 Mac 2015

Sinopsis Drama Hati Perempuan Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama Hati Perempuan adalah drama terbaru untuk Slot Akasia bagi menggantikan drama Teman Lelaki Upahan yang telah tamat episodnya baru-baru ini. Drama ini mempunyai 28 episod dan dilakonkan oleh Mia Ahmad, Syarul Ridzwan, Hafreez Adam, Hafeez Mikail, Nadzmi Adhwa dan ramai lagi. Drama Hati Perempuan ini adalah adaptasi daripada novel yang judulnya juga sama karya Nur Ain Al-Abbas. Rasanya drama ni juga tentu akan popular seperti drama-drama terdahulu di Slot Akasia ini. Apapun jom layan Sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Hati Perempuan

Drama ini berkisarkan mengenai Yuhanis (Mia Ahmad), seorang gadis tegas dan berdikari bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat Izzudin & Co. Manakala, Tengku Zaril (Syarul Ridzwan), jejaka kacak yang juga CEO Paradigma Holding, mempunyai rangkaian perniagaan seluruh dunia. Ketampanan dan kekayaan Tengku Zaril sering menjadi kegilaan gadis-gadis tetapi tidak pada Yuhanis. Bagi Yuhanis, Tengku Zaril ialah lelaki kaya yang sinis dan menjengkelkan.
Tetapi entah mengapa Tengku Zaril tiba-tiba melamar Yuhanis sedangkan sering sahaja mereka berselisihan faham sewaktu berurusan. Idea gila Tengku Zaril ditolak kerana Yuhanis masih lagi memendam luka yang masih lagi berdarah di hati setelah ditinggalkan Daniel Idrus (Hafreez Adam). Namun Tengku Zaril tidak putus asa dan cuba memenangi hati Yuhanis dengan alasan mereka saling memerlukan.
Tengku Zaril mula berubah sikap kerana baginya tiada perempuan lain yang boleh dijadikan isterinya melainkan Yuhanis. Kedatangan rombongan keluarga Tengku Zaril untuk meminang mengejutkan Yuhanis lebih-lebih lagi apabila ibunya turut memerima pinangan keluarga Tengku Zaril. Yuhanis kini terperangkap dengan soal hati bukan sahaja pada Tengku Zaril malah juga pada rakan sekerjanya Nizam (Aidil Aziz) dan Daniel, bekas kekasihnya. 
Bakal bersatukah dua jiwa ini jika Tengku Zaril, hatinya masih kosong dengan erti cinta sebenar manakala Yuhanis masih berpaut pada cinta yang lama? Ikuti perjalanan Yuhanis dan Tengku Zaril membina bahagia di slot Akasia Tv3.
Read More »

29 Mac 2015

Sinopsis Drama Dendam Semalam Slot Azalea TV3

Assalammualaikum..
Drama Dendam Semalam adalah drama terbaru di Slot Azalea yang mula bersiaran di Tv3 mulai 24 Mac yang lalu, setiap isnin-khamis pukul 4 petang. Drama ini mempunyai 20 episod dan dilakonkan oleh Iqram Dinzly, Azwan Kombos, Adiba Yunus, Nina Iskandar, Fadlan Hazim dan ramai lagi. Drama ini adalah terbitan MIG Production, Apapun jom layan Sinopsis Drama ini kat bawah k..

Sinopsis Drama Dendam Semalam

Mengisahkan Farizal yang terpaksa berpisah dengan ayah dan ibu angkatnya pada usia 10 tahun apabila didakwa sebagai anak Datuk Malik yang hilang ketika bayi. Demi menjamin masa depan anaknya, ayah angkat Farizal telah mengakui perkara itu.



Farizal dilayan dengan penuh kasih sayang oleh Datuk Malik dan Datin Saerah sehinggalah kemunculan Amirul yang sebaya dengannya. Sejak itu, Datuk Malik dan Datin Saerah mula beralih kasih sayang kepada Amirul. Farizal sedih dan berdendam dengan Amirul yang dianggap sebagai perampas kebahagiaannya. Kemarahan Farizal memuncak apabila Datuk Malik mengakui bahawa Amirul ialah anak kandungnya, bukan Farizal. Akhirnya, Farizal lari dari rumah dan tidak pernah kembali.


Setelah dewasa, Farizal memulakan rancangannya untuk menjatuhkan Datuk Malik. Farizal telah berkahwin dengan anak perempuan Datuk Malik, Atikah walaupun dia sebenarnya menyayangi Linda. Kebijaksanaan Farizal dalam bidang perniagaan berjaya mendapat kepercayaan daripada Datuk Malik kerana Amirul tidak mahu mengambil peduli dengan perniagaan keluarga. Amirul yang pendiam lebih berminat melukis dan sering mengembara ke serata tempat.
Amirul telah lama menyimpan perasaan terhadap Linda yang pernah menuntut di universiti yang sama dengannya. Namun, Linda hanya menganggap Amirul sebagai sahabat baiknya sahaja kerana sejak kecil dia menunggu kepulangan Farizal yang pernah tinggal di rumah anak yatim bersamanya dahulu.

Datin Saerah mencurigai niat Farizal apabila melihat anaknya, Atikah yang sering kemurungan. Oleh itu, Datin Saerah memujuk Amirul untuk belajar selok belok perniagaan Datuk Malik. Farizal telah berkomplot dengan Lily untuk menganiayai Amirul. Apakah yang akan terjadi seterusnya?

Read More »

28 Mac 2015

Kill Me Heal Me - Korean Drama Review


Assalammualaikum..
Hari ni aku nak buat Review Drama Korea yang aku dah tengok baru-baru ini iaitu Kill Me Heal Me. Drama ini mempunyai 20 episod dan dilakonkan oleh Ji Sung, Hwang Jung Eum, Park Seo Joon dan ramai lagi. Drama ni memang popular dan patut tonton lah untuk semua peminat Drama Korea, sebab drama ni memang sangat menghiburkan. Drama ni bergenre Romantik Komedi namun diselitkan gak elemen2 sedih dalam drama ni. Drama ini sememangnya menjadi drama favourite aku. Pada peringkat awal, drama ini menghadapi masalah dalam pemilihan pelakon utama kerana pelakon yang menjadi pilihan awal untuk memegang watak utama, telah menolak untuk berlakon dalam drama ni. Hyun Bin telah menjadi pilihan awal namun sebaliknya Hyun Bin telah menolak drama ini dan memilih drama Hyde Jekyll, me. Kemudian watak utama drama ni telah ditawarkan kepada Lee Seung Gi, namun L.S.Gi juga menolak dan seterusnya watak utama drama ini menjadi milik Ji Sung.
Perkara yang sama turut berlaku dalam pemilihan heroin untuk drama ni. Akhirnya Hwang Jung Eum telah menerima tawaran drama ni, sekaligus berpasangan dengan Ji Sung buat kali kedua selepas mereka suksess dengan drama yang bergenre Melodrama iaitu Secret. Sememangnya gandingan Ji Sung dan Hwang Jung Eum sangat serasi, mereka berdua berjaya membawa watak mereka dengan berkesan. Ji Sung terutamanya berjaya dengan cemerlang membawakan watak sebagai Cha Do Hyun yang mempunyai gangguan psikologi yang dikenali sebagai D.I.D Dissociative Identity Disorder (multiple personality disorder). Bukan mudah untuk melakonkan watak yang mempunyai 7 personaliti yang berbeza iaitu sebagai Cha Do Hyun, Shin Segi, Perry Park, Ahn YoSeob, Ahn Yo Na, Nana dan Mr X. Ternyata Ji Sung memang terbaik dan harus menang award nanti hehehe.
Antara banyak2 personaliti tu, yang paling best dan kelakar semestinyalah personaliti sebagai Ahn Yo Na, serius memang lawak giler, Ahn Yoo Na ni adalah remaja perempuan yg berusia 17 tahun, yang suka stalk artis serta x boleh tengok lelaki hensem hahaha. Tak leh blah part Yoo Na dengan taglinenya oppppaaaa yang asyik gilakan abang Oh Ri Jin iaitu Oh Ri On. Kesian jugalah kat Oh Ri On yang teruk dikerjakan oleh Ahn Yoo Na ni haahahaha. Seterusnya personaliti yang agak kelakar juga iaitu Perry Park, suka dengar die cakap loghat die tu, unik giler.
Hobi Perry Park ni adalah buat Bom hihihi, dasyat betul hobi die ni. Seterusnya aku suka gak dengan Shin Se Gi, die ni kasar, gemar bergaduh dan sentiasa suka cari pasal, die juga unik dan ada style sendiri. Aku suka tengok Shin Se Gi dengan Oh Ri Jin, diorang sangat cute, paling best bila Shin Se Gi terpaksa ikut cakap Oh Ri Jin walaupun kadang2 die melawan gak tapi still comel jer.
Selain itu lagu tema/Ost drama ni juga sangat best dan awsome okey, aku sampai gi download lagu tema drama ni pastu masukkan lagu ni dlm phone hehe. Paling best lagu tema die yang ada part Rap tu, lagu tu sentiasa diulang-ulang dalam drama ni, mmg syok dengar. Aku juga sempat usha video-video kat youtube masa diorang shooting semua. Wah memang nampak bersungguh-sungguh para pelakon drama ni dalam menjayakan watak masing2. Sempat gak aku tengok video yg macam bloopers iaitu scene2 tak jadi tu, mmg kelakar giler. Ni adalah kali pertama aku rajin gi tengok video2 tu semua, slalunya aku xdelaa rajin sangat sampai nak godek2 video kat youtube pasal drama ni hahaha. Personaliti Mr X mmg misteri, personaliti ini hanya akan muncul di episod akhir drama ni. Kemudian barulah semua misteri terjawab.
Kesemua scene2 kelakar dalam drama ni memang terbaik dan menjadi, comel jer Ji Sung jadi budak perempuan tu, siap boleh gi tarik-tarik rambut dengan Hwang Jung Eum tu hahaha. Part paling sedih giler dlm cite ni adalah ketika setiap personaliti mula menghilang dan lenyap terus tu, siap sempat ucap selamat tinggal lagi kat watak Oh Ri Jin tu. Memang sedih part ni, seterusnya drama ni juga berjaya buat penonton tertanya-tanya mengenai misteri Soo Jin Group yang banyak rahsia tu serta sebab Cha Do Hyun trauma hingga mewujudkan banyak personaliti dalam dirinya. Memang susah nak merungkai segala misteri sehinggalah ke episod berapa ntah barulah penonton menemui jawapan sebenar. Selain itu drama ni juga menarik kerana ada kejutan dan twistnya yang mana pemilik sebenar nama Cha Do Hyun adalah Oh Ri Jin dan Cha Do Hyun tu sebenarnya adalah Joon Young. Memang x sangka twist die gitu hehe.
Apapun memang tak rugilah tengok drama ni, walaubagaimanapun ramai penonton atau penggemar drama korea suka membuat perbandingan antara drama Kill Me Heal Me ini dengan drama Hyde, Jekyll, Me, sebab kedua-dua drama ni mengupas isu yang sama iaitu mengenai masalah psikologi iaitu D.I.D. Apapun kedua-dua drama ni tetap ada perbezaannya jugak. Walaubagaimanapun ramai berpendapat Drama Kill Me Heal Me lebih best dan tak membosankan. Apapun semua pendapat masing2, apapun bagi aku, drama ini mmg menghiburkan dan aku bagi markah penuh iaitu 5 bintang untuk drama ini.
Baca gak Entry kat bawah ni yer..

Review Drama Lakonan Ji Sung dan Hwang Jung Eum yang terdahulu =
Read More »

27 Mac 2015

CPUV Nuffnang #DiGi Live, #IKEA - BED & BATH (March)

Assalammualaikum..
Alhamdulilah dapat Cpuv terbaru dari Nuffnang..untuk bulan Mac tahun 2015 ni iaitu DiGi Live & IKEA - BED & BATH MarchTerima Kasih kepada Nuffnang..dan juga pihak Advertiser kerana memilih blog ini. Setakat ini Alhamdulilah ada banyak juga Cpuv yang still on going. Thanks pada semua yang sudi klik-klik iklan di blog ini yer. Jika korang nampak iklan ni menari-nari di blog ini, sudi-sudikanlah untuk klik2 yer. Thanks semua, moga kita semua dimurahkan rezeki amin.
Read More »

Episod Akhir Drama Teman Lelaki Upahan [El & Kyra Lydia]

Assalammualaikum..
Drama Slot Akasia Teman Lelaki Upahan bakal melabuhkan tirainya hari ini iaitu khamis, 26 Mac 2015. Drama ini sememangnya mendapat sambutan hangat dari penonton. Di episod akhir ini siapa agaknya yang El akan pilih yer hehe. Apapun aku sendiri pun tak habis lagi menonton drama ni sebab tak sempat tengok kat tv, selalunya tengok kat laman web tonton jer. Pasni kena marathon tengok cite ni kat sana hehehe. Lakonan Siti Elizad sebagai Kyra Lydia serta Ungku Ismail sebagai El sememangnya menjadi dan serasi. Bijak pengarah pilih pelakon kan hehe.
Drama ni selalu Trending di Twitter tau hehe..Selamat menonton episod akhir drama Teman Lelaki Upahan nanti yer..
Read More »

25 Mac 2015

Lagu & Lirik Hujung Waktu Nyanyian Azhael (OST Drama Isteri Separuh Masa)

Assalammualaikum..
Sape layan drama Isteri Separuh Masa? sape yang tengok drama ni mesti perasan lagu tema drama ni, yang merupakan nyanyian Azhael yang bertajuk Hujung Waktu. Lagu ni unik dan sedap didengar, muzik video lagu ni pun best tau. Apapun jommmm layannn laguu dan liriknya kat bawah ni k..
Lirik Hujung Waktu - Azhael
Kau selalu meragukan
Apa yang disembunyikan minda
Oh selalu
Kau selalu bertanyakan
Apa benar ku rasakan cinta
Oh selalu 
Ku rasakan
Tetapi ku hanya kaku
Dan membisu kelu

Aku cinta padamu
Walau tiada lagi
Hijau bumi masih terabadi
Aku cinta padamu
Biarpun bintang jatuh
Langit gugur hingga hujung waktu

Bila tahu isi hati
Ku tahu kau akan lari pasti
Ku rasakan
Biar jadi tanda tanya
Biar ku simpan di dada saja
Ku rahsiakan
Sampai mati masih ku membisu
Walau aku merasakan

Aku cinta padamu
Walau tiada lagi
Hijau bumi masih terabadi
Aku cinta padamu
Biarpun bintang jatuh
Langit gugur hingga hujung waktu

Mengapa baru terjaga
Mengapa baru ku sedar
Melihat duniaku
Kian runtuh tanpamu
Bodohnya ku menyendiri
Segalanya ku sembunyi
Namun ku harus luahkan jua

Aku cinta padamu
Walau tiada lagi
Hijau bumi masih terabadi
Aku cinta padamu
Biarpun bintang jatuh
Langit gugur hingga hujung waktu



Read More »

24 Mac 2015

CPUV Nuffnang - Brighter Smile & Sensodyne Campaign

Assalammualaikum..
Alhamdulilah dapat Cpuv terbaru dari Nuffnang..untuk bulan Mac tahun 2015 ni iaitu Brighter Smile, Better Co.. & Sensodyne CampaignTerima Kasih kepada Nuffnang..dan juga pihak Advertiser kerana memilih blog ini. Setakat ini Alhamdulilah ada banyak juga Cpuv yang still on going. Thanks pada semua yang sudi klik-klik iklan di blog ini yer. Jika korang nampak iklan ni menari-nari di blog ini, sudi-sudikanlah untuk klik2 yer. Thanks semua, moga kita semua dimurahkan rezeki amin.
Read More »

23 Mac 2015

Explanations

-Agree-
Read More »

22 Mac 2015

Senarai Pemenang Anugerah Drama Festival DFKL 2015

Assalammualaikum..
21 Mac yang lalu berlangsungnya Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015 DFKL2015. AG dan Yana Samsuddin bertindak sebagai pengacara/hos DFKL 2015. Antara kejutan yang berlaku Keputusan Anugerah DFKL ini adalah apabila Ayda Jebat tewas ditangan Amyra Rosli namun Ayda tetap cool jer, lagipun drama lakonan Ayda Jebat dan Zul Ariffin iaitu Rindu Awak 200 peratus tetap menang besar. Antara moment yang paling kelakar masa Sharnaaz Ahmad terpaksa umum pemenang untuk kategori yang dirinya juga tercalon hahaha. Tak leh bayang kalau masa Sharnaaz tengah nak umum pemenang tetiba die yang menang, kiranya macam umum diri sendiri, mesti janggal giler dan lawak gak hihi. Apapun Zul Ariffin yang menang.

Walaubagaimanapun Sharnaaz x pulang dengan tangan kosong, Sharnaaz turut menang bersama Nelydia Senrose gitu. Apapun jom tengok Senarai Pemenang Anugerah Drama Festival DFKL 2015 dibawah ni k..
Senarai Pemenang DFKL2015

Penulis Skrip Drama Pilihan
Nieza Nahar – Rindu Awak 200%
Barisan Pelakon Drama Pilihan
Selamat Pengantin Madu
Pengarah Drama Pilihan
Aidilfitri Mohamed Yunos – Rindu Awak 200%
Pelakon Lelaki Drama Pilihan
Zul Ariffin – Rindu Awak 200%
Pelakon Wanita Drama Pilihan
Amyra Rosli – Kristal Maya
Hero Dan Heroin Drama Pilihan
Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose
Drama Pendek Pilihan
Luahan Abah (Muhamad Haizad Hashim)
Drama Pilihan 
Rindu Awak 200% (Creative Skill Solution)
Read More »

21 Mac 2015

Sinopsis Drama Isteri Separuh Masa Astro Ria

Assalammualaikum..
Drama Isteri Separuh Masa adalah drama terbaru di Astro Ria, drama ini menggantikan drama Suamiku Encik Sotong yang telah tamat episodnya. Drama Isteri Separuh Masa ini adalah adaptasi daripada Novel karya Suri Ryana dan versi dramanya diarahkan oleh Michael Ang. Drama ini mempunyai 15 episod dan dilakonkan oleh Aiman Hakim, Emma Maembong, Ayda Jebat, Sharifah Shahora, Shafiq Kyle dan ramai lagi. Aku dah tengok episod pertama drama ni hari tu, memang nampak macam best jer hehe. Apapun jom layann Sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Isteri Separuh Masa

Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa. Walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja. Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?
Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.
Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.
Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpura-pura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu gara-gara nenek yang ingin menetap bersama mereka.
Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?
Read More »

20 Mac 2015

CPUV Nuffnang - MCMC: Klik Dengan Bijak & DiGi Project Byte

Assalammualaikum..
Alhamdulilah dapat Cpuv terbaru dari Nuffnang..untuk bulan Mac tahun 2015 ni iaitu MCMC: Klik Dengan Bijak & DiGi Project ByteTerima Kasih kepada Nuffnang..dan juga pihak Advertiser kerana memilih blog ini. Setakat ini Alhamdulilah ada banyak juga Cpuv yang still on going. Thanks pada semua yang sudi klik-klik iklan di blog ini yer. Jika korang nampak iklan ni menari-nari di blog ini, sudi-sudikanlah untuk klik2 yer. Thanks semua, moga kita semua dimurahkan rezeki amin.
Read More »

Sinopsis Drama Ajaibnya Cinta Slot Lestary TV3

Assalammualaikum..
Drama Ajaibnya Cinta ini adalah drama terbaru untuk Slot Lestary bagi menggantikan drama Delina yang telah tamat episodnya. Drama Ajaibnya Cinta ini juga adalah kesinambungan bagi drama Spain Uolls yang ditayangkan pada hari Raya Aidilfitri tahun lalu. Drama ini juga mengekalkan kesemua pelakonnya seperti Shaheizy Sam, Nora Danish, Sharifah Amani, Erma Fatima, Dato Rahim Razali dan ramai lagi. Drama Ajaibnya Cinta ini akan bersiaran setiap Rabu dan Khamis, pukul 9 malam di Tv3. Apapun jom layannn Sinopsis drama ini kat bawah k..

Sinopsis Drama Ajaibnya Cinta

Akif, Halimatun, Hammara dan Maya bakal menamatkan pengajian mereka di salah sebuah universiti terkemuka di Sepanyol. Namun, Hammara bakal digantung oleh pihak universiti kerana dia selalu menghilangkan diri, tidak hadir ke kelas malah tidak menduduki peperiksaan akhir. Halimatun begitu risaukan Hammara, begitu juga pada Akif kerana Akif seperti mahu menjauhkan diri darinya. 
Akif mengikut Hammara bertemu dengan Maulana di sebuah perkampungan untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama Islam. Hammara mengatakan bahawa dia mula mendapat ketenangan setelah mengenali Islam yang sebenar-benarnya daripada Maulana. Dalam perjalanan pulang, Akif mula memikirkan kata-kata Hammara.
Sebelum pulang ke Malaysia, Akif berjumpa dengan Hammara, meluahkan rasa terima kasihnya. Akif dapat mendalami ilmu agama dengan bantuan Hammara dan hidupnya berasa tenang. Akif turut meluahkan rasa cintanya pada Hammara. Halimatun yang mengekori Akif mula menyerang Akif dan Hammara.
Halimatun patah hati lalu mengemaskan barangnya untuk segera pulang ke Malaysia. Sementara di kampung, Pak Akob mencuba pelbagai cara untuk memikat hati Mak Cun termasuk meminta bantuan Saidatul, tetapi Mak Cun menolak cinta Pak Akob. Mak Cun berasa gembira apabila mendapat panggilan yang anak kesayangannya Halimatun akan pulang ke Malaysia. 
Sampai sahaja di kampung, Halimatun memberitahu Mak Cun bahawa dia mahu bekerja di Kuala Lumpur. Hammara rasa bersalah pada Halimatun, tetapi Akif mengatakan yang dia memerlukan masa untuk mengenali dirinya. Sebelum pulang ke Malaysia, Akif mencari-cari Hammara tetapi gagal. Akif pulang dengan perasaan kecewa. 
Datin Suzana dan Dato’ Tajudin membuat parti sempena kepulangan Akif. Namun, Akif menasihati ibu dan ayahnya bahawa dia tidak sukakan majlis seperti itu dan lebih afdal sekiranya kepulangannya itu hanya diraikan dengan doa selamat sahaja. Datin Suzana dan Dato Tajudin berasa malu di hadapan para tetamu. 

Datin Suzana berasa malu dan kecewa dengan sikap Akif yang berubah sejak pulang dari Sepanyol. Apa yang dibuat serba tak kena di mata Akif, Akif juga menegur cara adiknya Mia yang berpakaian seksi dan menegur mereka tentang bersolat. 
Akif berkenalan dengan Cinta, perempuan simpanan kepada Dato’ Shamsul. Cinta tertarik dengan kebaikan Akif dan meminta tolong daripada Akif kerana dia mahu berubah. Akif berjanji akan membantunya. Lalu, Cinta selalu mengikut Akif dalam program-program agama di masjid. Cinta merasakan kehadiran Akif telah memberi sinaran baharu dan harapan dalam hidupnya. 
Halimatun mula kecewa dengan kecurangan Akif. Akif memujuk Halimatun agar mempercayai dirinya. Semakin hari, Akif mula terperangkap dengan perasaannya kerana dia mula menyayangi Cinta. Pertemuan semula dengan Hammara juga membuatkan Akif sering terlupa akan Halimatun. 
Akif buntu antara Halimatun, Cinta dan Hammara yang muncul dalam hidupnya. Siapakah jodoh buat Akif?

Read More »

18 Mac 2015

Kad Kahwin Sudirman Haji Arshad




Kad kahwin Allahyarham Dato' Sudirman bin Haji Arshad. Memori berharga yang dikongsikan oleh Mr. Ooi Eow Jin, sahabat karib Sudirman dan yang pertama menulis lagu untuk Allahyarham Sudir melalui lagu Gerimis Di Lautan.

Sumber:- Facebook SINAR.FM

P/s- Cantik tulisan tangan Allahyarham Dato' Sudirman.
Read More »

CPUV Nuffnang - 9 Seputeh CNY Video Media & British Council Education

Assalammualaikum..
Alhamdulilah dapat Cpuv terbaru dari Nuffnang..untuk bulan Mac tahun 2015 ni iaitu 9 Seputeh CNY Video Media & British Council EducationTerima Kasih kepada Nuffnang..dan juga pihak Advertiser kerana memilih blog ini. Setakat ini Alhamdulilah ada banyak juga Cpuv yang still on going. Thanks pada semua yang sudi klik-klik iklan di blog ini yer. Jika korang nampak iklan ni menari-nari di blog ini, sudi-sudikanlah untuk klik2 yer. Thanks semua, moga kita semua dimurahkan rezeki amin.
Read More »

16 Mac 2015

5 Waktu Tidur Yang Dilarang Oleh Rasulullah SAW

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017