Assalammualaikum..
Aku sememangnya suka menonton Running Man ni dan kalau ada episod2 yang aku rasa best sangat aku akan buat review. Tapi ikut kerajinan gak sebab ada jer episod yang best tapi aku malas nak buat review hehehe. Dalam episod 225 tetamu jemputannya adalah Kim Woo Bin dan Lee Hyung Woo. Dari komen-komen yang aku baca di laman web, rata-ratanya memang sangat suka dengan episod ini. Semua memuji-muji betapa hensem n coolnya Woo Bin bila die berjalan menuju ke tempat terakhir untuk memenangi race tersebut. Sape yang boleh lupa betapa qiut n adorable Lee Hyun Woo ni, sangat ceria gitu. Episod ini sememangnya kelakar dari awal hingga akhir. Kim Woo Bin dah 4 kali kot jadi guest dalam RM ni manakala Lee Hyun Woo baru kali kedua jadi guest.
Part awal yang menunjukkan perbualan Kim Woo Bin dan Lee Kwang Soo tu pun dah lawak. Happy betul Kwang Soo dapat jadi spy ni. Diorang semua akan bermain dalam 3 game, semua ahli RM x menjangka ada Spy di kalangan mereka sehinggalah di game terakhir tu. Game pertama diorang main adalah game yang bergantung di palang yang disediakan tanpa jatuh. Sorang ahli akan bergantung di palang tersebut manakala 2 ahli kumpulan yang lain akan pergi membuat mission yang diberikan. Akhirnya team Kim Woo Bin, Kwang Soo dan Jae Suk menang game ni. Apapun memang Woo Bin nampak betul2 nak menang game ni hehe.
Game kedua lagi lawak, diorang main game yang kena saling memandang antara satu sama lain tanpa mengelipkan mata langsung. Macam-macam muka pelik ada hehe, semua team nak menang sampai sanggup menghodohkan muka dengan conteng muka sendiri dan sebagainya. Kim Woo Bin yang hensem tu pun sanggup buat muka yang menakutkan hingga Gary pun terkejut hehehe lalu kalah dengan Woo Bin. Part Jaesuk dan Suk Jin juga lawak habis, beria benar diorang haha seriauu tgk muka Jaesuk jadi gitu hihi. Part paling best mestilah part Monday Couple, reaksi Ji Hyo yang berani dan menggoda tu buat Gary tak senang duduk hahaha tapi Ji Hyo yang kalah sebab mengelipkan matanya tanpa sengaja. Akhirnya team Woo Bin menang lagi untuk game kedua ni.
Game last adalah game individu, tiada lagi kumpulan, misi utama adalah untuk mengetahui tempat yang terletaknya Ancient Book tu. Tapi sebelum tu diorang kena cari dan mengumpulkan klu/petunjuk. Manakala misi Spy kena mencari blank nametag kemudian menggunakan pen tertentu dan tulis nama ahli lain diatas nametag tu. Tapi nametag tu mengikut warna, jadi spy tersebut kena pastikan warna nametag tersebut mewakili siapa dalam RM tu. Woo Bin banyak kali gak jumpa beberapa blank nametag tu dan die akhirnya berjaya mengetahui warna nametag tu sebenarnya mewakili warna butang baju yang dipakai oleh semua ahli RM. Bijak betul camne laa die leh terpikir kan hehe. HaHa juga bijak meneka sendiri apa yang sebenarnya berlaku, tekaan die tepat mengenai warna nametag yg mewakili warna butang baju. Suka tengok HaHa bijak betul die dalam episod ni.
Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo antara orang terawal yang berjaya Spy (Woo Bin & Kwang Soo) singkirkan. Lawak part lepas Kim Jong Kook dah out, Jae Suk dan Kwang Soo menari-nari dengan happynyer sbb Jong Kook dah tersingkir hehehe. Gary agak blurr masa game akhir ni tapi die berjaya jumpa blank nametag kepunyaan HaHa. Manakala HaHa pula jumpa blank nametag milik Gary. Akhirnya diorang berdua bekerjasama n ambik balik nametag masing2. Namun Woo Bin dan Kwang Soo berjaya mencari nametag yang disembunyikan Gary iaitu dalam topi yang dipakai Gary hehe. Akhirnya tinggallah HaHa seorang diri untuk melawan Spy namun HaHa gagal mencari nametag Woo Bin mahupun Kwang Soo.
Paling mengejutkan nametag Kwang Soo ada ditangan Woo Bin dan Woo Bin menyingkirkan kawan spynya sendiri iaitu Kwang Soo hehehe untuk memudahkan die mengetahui tempat terletaknya Ancient Book tu. Kwang Soo agak blurr masa disingkirkan, die tak mengesyaki Woo Bin pun masa ni sedangkan HaHa ada di depan Kwang Soo masa ni. Apapun Woo Bin memang bergaya, yakin n cool jer masa menuju ke tempat terletak Ancient Book ni, siap bagi segala pen2 yang die ada kat HaHa dan HaHa memang blurr jer masa ni lawak betul. Apapun part Lee Hyun Woo kena singkir tu pun lawak, Woo Bin duduk sebelah Hyun Woo jer masa singkir Hyun Woo tu. Lawak betul laa Hyun Woo kena singkir pun masih ceria n gelak2 sambil dok sebut nama Kim Woo Bin berulang kali hehe. Apapun episod ni memang enjoyy, layannn n best.
Baca Gak Entry yang dibawah ni yer-
Read More »