-->

30 Jan 2016

Episod Akhir Drama Sha dan Shah

Assalammualaikum..
Berakhir sudah drama Sha & Shah lakonan Kamal Adli dan Syatilla Melvin ni. Selepas drama Sha & Shah ni muncul pula drama adaptasi novel juga yang bertajuk Isteri vs Tunang. Ending drama Sha dan Shah ni semestinya laa happy ending gitu. Jalan cerita episod akhir drama ni bermula dengan pergaduhan kecil antara Sha & Shah, kira macam gaduh2 manja, lepas tu si Shah ada ler demam sikit, kemudian jalan cerita jadi dramatik la sikit bila si Atilia ( Shima Anuar) ni datang ke rumah diorang menyamar kononnya minta derma untuk rumah anak yatim macam tu. Bila Atilia tu dah masuk ke dalam rumah, bermulalah psiko die tu siap pegang pisau dan ugut Sha semua. Atilia ugut untuk bunuh anak dalam kandungan Sha tu.

Kemudian Shah sampai rumah n then die cuba menenangkan Atilia yang tengah psiko tu sebelum akhirnya die yang kena tikam. Atilia tanpa sengaja tertikam Shah tapi Shah tu tak matilah kan n dibawa ke hospital. Pastu dalam masa yang sama, si Sha pula nak bersalin bagai n Shah ni gagahkan diri yang sakit tu untuk temankan Sha yang nak bersalin tu. Pastu Sha melahirkan anak perempuan dan 6 tahun kemudian, anak perempuan diorang pun dah besar sikit dan masa ni Shah sibuk nak anak lelaki hehe. Last sekali kawan2 diorang datang rumah n habissss hehehe. Lebih kurang macam tulah sinopsis episod akhir drama Sha dan Shah ni. Benda yang paling aku suka dalam cite ni adalah OST nyer hahaha.

Read More »

29 Jan 2016

Sinopsis Filem Ola Bola

Assalammualaikum..
Filem Ola Bola akan mula ditayangkan di pawagam bermula 28 Januari 2016 ini. Filem Ola Bola ini diarahkan oleh Chiu Keng Guan yang merupakan pengarah filem Box Office The Journey manakala penerbit untuk filem Ola Bola ini juga adalah sama dengan penerbit Filem Terlaris Malaysia iaitu Polis Evo. Mampukah filem ini turut mencatat kejayaan yang sama seperti filem The Journey dan Polis Evo?. Filem ini boleh dikategorikan sebagai filem sukan yang mengangkat tema Bola Sepak dan mengisahkan tentang kegemilangan pasukan bola sepak Kebangsaan Malaysia sewaktu berjaya memasuki Sukan Olimpik Moscow 1980. 
Antara pelakon yang terlibat dalam filem ini seperti JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar Manokaran, Marianne Tan, Katrina Ho, Bront Palarae, Frankie Lee dan ramai lagi. Aku tengok promosi filem ni sangat kuat di Astro, sebulan atau dua bulan sebelum tayangannya di pawagam, iklan, Trailer mahupun lagu tema filem Ola Bola ini sudah kerap kali ditayangkan dan dipromosikan di Tv. Rasanya banyak pengajaran filem ni, seperti perpaduan kaum, semangat malaysia boleh, bersatu padu diterapkan dalam filem ni, apapun jom layan sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Ola Bola

Kisah Ola Bola bermula ketika seorang wartawan bernama Marianne yang ditugaskan untuk membuat kajian tentang pasukan bola sepak negara yang telah mencipta nama pada era 80an dahulu yang mana ketika itu nama Malaysia dalam sukan bola sepak begitu digeruni oleh pasukan lawan khasnya di rantau Asia ini. Marianne mula merasa bosan dengan kerjayanya dan membuat keputusan untuk berhijrah ke England. Sebelum dia meninggalkan negara, dia membuat keputusan untuk menyiapkan tugasannya buat kali terakhir. Namun, dia menemui suatu perkara yang ternyata mengubah hidupnya.

Mengimbau kembali ketika di awal era 80-an, pasukan bola sepak negara ketika itu berdepan dengan cabaran di mana pemain-pemainnya mempunyai perbezaan pendapat dan tidak sehaluan sehingga menyebabkan kekalahan dalam perlawanan penting. Keadaan semakin rumit apabila hampir setiap pemain mempunyai isu dan masalah masing-masing. Walau bagaimanapun, mereka hanya mempunyai satu peluang untuk beraksi di persada mata dunia. Jadi, barisan pemain harus mengetepikan hal peribadi demi mengharumkan nama negara. Ketika semangat kembali menyemarak dalam diri, pasukan negara sekali lagi diduga dengan satu cabaran yang mematahkan semangat mereka dan harapan negara.

Ola Bola yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini akan membawa penonton dari pelbagai bangsa untuk sama-sama merasai semangat bersatu hati dan muhibah. Kisah yang penuh ikhtibar ini akan membawa penonton melihat semangat, keunikan dan kekuatan yang terdapat dalam kepelbagaian bangsa di Malaysia.
(Sinopsis cite ni credit kepada Wikipedia)

Read More »

28 Jan 2016

15 Peserta Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM2016)

Assalammualaikum..
Maharaja Lawak Mega 2016 / MLM2016 kembali menemui penonton bermula 29 Januari ini. Nampaknya untuk edisi kali ini banyak kumpulan terutamanya yang otai2 dan popular seperti Sepahtu, Nabil, JOZAN, Shiro, Zero tidak menyertai Maharaja Lawak Mega 2016 ini. Jihan, Yassin, Shahrol Shiro, juga tidak memasuki untuk MLM edisi 2016 ini. Banyak kumpulan baru yang dibentuk untuk memasuki MLM kali ini. Disebabkan penarikan diri kumpulan2 lawak popular lain maka banyaklah tempat kosong dan tidak ada lagi Hot Seats seperti kebiasaannya. AC Mizal masih lagi menjadi pengacara tetap untuk MLM2016 ini. Juri2 untuk MLM kali ini juga masih dirahsiakan. 

Senarai Lengkap 15 Peserta Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM2016)
1) LOL (Tauke / Angah / Ajak Shiro)

2) JORAS (Joey / Syuk / Rahim)
3) CHAM (Azrul / Along)
4) BOS (Ajo Mamu / Abu Mamu / Ezad Lazim)
5) ENJEN ( Raja Azri / Yus (Skool Of Lawak)/ Acong Sweetchild)

6) BOCEY (Achey / Fad / Abam)

7) SHAKE (Amir / Bell Ngasri / Mie)

8) SAYWHO (Vicha / Bocil Bancin / Agus)

9) BORA (Isa / Yan / Mamat)

10) PUTEH (Mamak / Ali)

11) CHILOK (Chiwan / Achok / Kamal)

12) XOLA (One / Chot / Wan Wala)

13) AWOK ( Filzah / Ain / Ayie)

14) REZA MUKMIN (Peserta Solo)

15) KAVIN JAY (Peserta Solo) 

Read More »

27 Jan 2016

Segmen irrayyan | Sejarah Blog Miss BaNu StoRy

Segmen irrayyan | Sejarah Blog

Jom Join Ramai2
Nak join boleh klik banner k..



Sejarah Blog Miss BaNu StoRy

Blog ni dah lama gak wujud iaitu sejak tahun 2009, entry pertama yang saya tulis di blog ini bertarikh 30 September 2009. Masa tahun 2009 tu kira baru nak berjinak-jinak dengan dunia blog, so banyak benda yang tak tahu, semuanya kena belajar sendiri, follower masa tu dapat 12 orang jer pun dah cukup, kebanyakkan entry yang ditulis masa tu kira syok sendiri laa sebab pembaca pun tak ramai hehe dan entry2 yang ditulis pada masa tu juga tak begitu banyak. Nama Blog ni Miss BaNu StoRy n Miss BaNu tu merujuk kepada nama tuan punya blog ni dan kalau translate ke Bahasa Melayu jadi Kisah Miss BaNu. Start tahun 2010 baru la makin aktif sikit n rajin juga update blog, masa tu baru la belajar sikit2 tentang ilmu2 blogging ni. Masa ni dah rajin sikit2 join segmen2 mahupun kontest/giveaway yang dianjurkan oleh para blogger lain. Pastu bila menang mana segmen ataupun giveaway makin bersemangat pula nak join segmen mahupun giveaway, tambahan lagi dengan join segmen/giveaway macam ni dapat juga berblogwalking dan tambah follower.

Pada tahun 2011 saya dah makin aktif update blog, walaupun di awal tahun 2011 pernah terbit rasa nak delete jer blog ni sebab banyak sangat masalah yang timbul, Pernah gak rasa nak delete blog ni n buat blog baru tapi bila difikirkan balik rasa sayang juga, sebab entry dah banyak, follower pun makin bertambah semua kan, last2 saya teruskan jer sampai la sekarang ni hehe, diam tak diam dah 7-8 tahun dah berkecimpung dalam dunia blogging ni. Keseluruhan entry dalam blog ni termasuk entry ni adalah 2507 post. Dalam tahun 2011 juga, saya dah mula anjurkan segmen sendiri, manakala pada tahun 2012 pula saya ada anjurkan Giveaway secara bersama dengan sorang partner lagi. Lepas dari itu ada beberapa segmen yang saya anjurkan di blog ini, paling latest segmen saya adalah Segmen Blogwalking & Tambah Follower Hujung Tahun Part 2 pada Disember 2015. Bila dah makin lama dalam dunia blog ni maka makin banyaklah entry yang ditulis maka saya putuskan untuk wujudkan page/Tab khas di blog ni yang terbahagi kepada Movies, Jozan, Review Drama Korea dan Tazkirah.

Saya wujudkan page tu untuk memudahkan pembaca blog ni membaca kesemua entry yang berkaitan dalam satu page. Tambahan lagi saya gemar menonton drama Korea, jadi selepas saya selesai menonton drama berkenaan saya akan buat review setiap drama yg saya tonton, sehingga kini agak banyak juga senarai tajuk drama Korea yang telah saya review manakala page Tazkirah tu lebih kepada entry2 mengenai keagamaan dan motivasi diri. Page Jozan pula diwujudkan sebab saya dulu adalah peminat setia diorang n banyak gak tulis pasal mereka, jadi saya kumpulkan semua dan letakkan dalam satu page khas. Page Movies pula lebih kepada review2 Filem Bollywood/Hindustan, Filem Melayu mahupun english yang telah saya tonton. Kalau dulu mungkin saya tak ambik tahu sangat pada SEO blog dan sebagainya, sekarang ni saya dah mula belajar sikit2 mengenai SEO dsbnya walaupun ilmu xde banyak sgt pun.

Blog Miss BaNu Story ni tak ramai yang tahu especially kawan2 baik saya, kalau yang tahu tu tahu, tapi yang tak tahu tu memang xdelah saya nak bagitahu hahaha, bukan ape rasa macam awkward n pelik plak bila member2 baca blog kita ni hehe. Kan best kalau masa2 sekolah dulu dah ada blog ni, boleh kongsi pengalaman suka, duka, tapi masa saya sekolah dulu, blog belum popular lagi macam sekarang. Melalui blog juga, dapat gak lah menambah pendapatan sampingan dengan iklan, buat review, Adsense, 8 Share dan sebagainya.
Read More »

Sinopsis Drama Cinta Teruna Kimchi Slot (Zehra TV3)

Assalammualaikum..
Drama Cinta Teruna Kimchi akan mula bersiaran di Slot Zehra Tv3 mulai 28 Januari ini, setiap Rabu, Khamis dan Jumaat. Slot Zehra kini ditayangkan 3 hari seminggu. Drama Cinta Teruna Kimchi ini dilakonkan oleh Nazim Othman, Johan As'aari, Risteena Munim, Niena Baharun dan ramai lagi. Tak silap aku drama ni mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Heykal Hanifah. Ada gak yang cakap, jalan cerita ini ada sedikit persamaan dengan filem Strawberry Cinta lakonan Yana Samsuddin dan Piere Andre tu, yang mana dalam filem tu anak perempuan dari Jepun cari maknya kat Malaysia, manakala dalam drama ni pulak jejaka dari Korea mencari ayahnya yang berasal dari Malaysia. Part tu jerla yang sama, tapi jalan cerita secara keseluruhannya mungkin berbeza lah kan. Nazim Othman yang akan jadi jejaka dari Korea tuh, wahh agak menarik juga sebab kena cakap Korea semua nanti kan. Apapun jom layann Sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Cinta Teruna Kimchi

Kehilangan ayah sejak kecil menjadi misteri buat Kang Ye Jun. Ibunya banyak berahsia hingga menyebabkan Kang Ye Jun keliru mengenai dirinya. Namun segalanya berubah apabila dia menemukan sekeping gambar lelaki berkopiah yang disorokkan ibunya. Hatinya kuat mengatakan bahawa lelaki itu adalah ayahnya dan beragama IslamLantaran itu, dia mula menjejak ayahnya. Dia nekad berhijrah dari Korea ke Malaysia untuk pencariannya itu. Berjayakah dia? Apa yang bakal berlaku seterusnya?..


Read More »

25 Jan 2016

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 30 #AJL30

Assalammualaikum..
Berakhir sudah Anugerah Juara Lagu Ke-30 (AJL30) dan menyaksikan kemenangan berpihak kepada lagu Potret nyanyian Akim & The Magistrate. Tahniah buat Akim & The Magistrate, sememangnya lagu Potret tu menjadi kesukaan ramai dan layak menang. Rasanya ramai yang berpuas hati lagu Potret ni menang betul tak hehehe. Manakala Dayang Nurfaizah terus mempertahankan Vokal Terbaik tahun ni. Persembahan terbaik menjadi milik Akim & The Magistrate gitu. Tahniah buat semua pemenang, Jom tengok Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 30 kat bawah ni k..
                                         
Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 30 #AJL30

Juara : POTRET - AKIM & THE MAGISTRATE
Tempat Ke-2 : Assalammualaikum - Faizal Tahir
Tempat Ke-3 : Hanya Namamu - Caliph Buskers
Persembahan Terbaik : Potret - Akim & The Magistrate
Vokal Terbaik : Dayang Nurfaizah - Tak Pernah Menyerah

Read More »

24 Jan 2016

Sinopsis Telemovie Serambi Mama Cerekarama TV3

Assalammualaikum..
Telemovie Serambi Mama akan disiarkan di Slot Cerekarama Tv3 pada 23 Januari ini. Telemovie Serambi Mama ini dilakonkan oleh Nina Iskandar, Nurul Fateha, Liza Aulia, Airis Yasmin, Jasmine Ashraf, Manan Sulaiman dan ramai lagi. Diterbitkan oleh Frontrow Pictures Sdn Bhd dan diarahkan oleh Feroz Kader. Kalau tengok dari iklan cite ni kat Tv tu memang nampak macam sedih jer citer ni nanti. Apapun jom layann sinopsis ringkas telemovie ni kat bawah k..

Sinopsis Telemovie Serambi Mama Cerekarama TV3

Mengisahkan tentang Laila yang terpisah daripada ibu bapanya ketika bercuti di Acheh. Bermula daripada Tsunami yang melanda, Laila diselamatkan oleh wanita Acheh iaitu Yani, lalu Yani mengambil Laila menjadi anak angkatnya. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Adakah Laila akan berjumpa semula dengan ibu bapa kandungnya?

Read More »

23 Jan 2016

Senarai Pemenang Juara Parodi

Assalammualaikum..
Senarai Pemenang Juara Parodi 2015 - Tahniah buat kumpulan Kobis Pedas yang dianggotai oleh Misha Omar dan Tauke Jambu. Diorang turut menang dalam kategori Juara Pilihan Peminat, dan membawa pulang RM 25,000 serta hadiah utama iaitu RM 300,000. Manakala kumpulan Abang Face di Tempat Ke-2 dan turut menang dalam kategori Lirik Terbaik dan Persembahan Terbaik. Senarai Keputusan Penuh Pemenang Juara Parodi tu boleh tengok kat bawah ni k. Lepas habis Juara Parodi ni muncul pula Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM2016).
Keputusan Pemenang Juara Parodi

JUARA -> KOBIS PEDAS
Naib Juara - ABANG FACE
Tempat Ketiga - JURI
Tempat Keempat - SLUMBER BLUR
Tempat Kelima - RIGHTHANDED
Juara Pilihan Peminat (Undian SMS Tertinggi) - KOBIS PEDAS (RM25,000)
Persembahan Terbaik - ABANG FACE
Lirik Terbaik - ABANG FACE
Vokal Terbaik - JURI

Read More »

Episod Akhir Drama Alif Imani

Assalammualaikum..
Episod Akhir Drama Alif Imani di Tv9 tadi boleh tahan dramatik jugak lah, suspen gak nak tahu siapa yang Imani akan pilih antara Alif atau Rafiq. Awalnya aku ingat Imani memang akan hidup bahagia dengan Alif sebab Alif dah berubah kan n Imani pun pilih Alif kan walaupun Imani tu macam sedih gak terpaksa berpisah dengan Rafiq. Lagipun tajuk drama ni pun nama diorang so ingatkan diorang akan hidup bersama kembali. Memang tak sangka ending cite Alif Imani ni berakhir dengan kematian Alif dan akhirnya Imani kahwin dengan Rafiq tu. Scene Alif minta maaf kat mak mertua die sebelum keluar rumah tu memang sedih la, dari cara die cakap tu memang dah leh agak Alif ni akan mati tup2 betul lepas tu die memang kemalangan.

Dramatik betul episod akhir Alif Imani ni, n Alif sempat buat video untuk Imani dan dalam video tu Alif ada lafazkan cerai untuk melepaskan Imani pergi dari terus terikat dengannya. Lagi pun Alif tu banyak buat salah pada Imani sebelum ni. Scene Imani menangis-nangis dan sedih melihat video tu serta mengenangkan Alif tu memang sedih habis, sebak plak tengok scene tu. Sabar betul Rafiq tu menunggu Imani dan akhirnya Imani berkahwin dengan Rafiq manakala Anak Alif dan Suri akan dijaga oleh Imani dan Rafiq. Apapun memang best jalan cerita Alif Imani ni, dramatik gitu, kisah die agak sedih gak, lakonan pelakon seperti Ummi Nazeera, Fezrul Khan, Fasha Sandha dan Amar Baharin memang terbaik.

Read More »

22 Jan 2016

Top 10 Filem Bollywood Terlaris 2015

Assalammualaikum..
Hari ni aku nak senaraikan filem2 Bollywood/Hindustan yang terlaris di India sepanjang tahun 2015 yang lalu. Korang dah tengok belum kesemua filem yang aku senaraikan kat bawah ni? aku sendiri belum tengok beberapa filem Bollywood yang tersenarai kat bawah ni. Nak tunggu filem tersebut ditayangkan kat TV memang berjanggutlah nak tunggu kan sebab kebanyakkan stesen TV kebanyakannya suka ulang cerita2 lama yang sama berpuluh kali hahaha. Tak sangka 2 filem Salman Khan masuk senarai tu begitu juga dengan Akshay Kumar, Aku dapat list top ten ni dari laman web koimoi.com. Apa lagi jom tengok Senarai Top Ten Filem Bollywood Terlaris Tahun 2015

Top 10 Filem Bollywood Terlaris 2015 

1. Bajrangi Bhaijaan
Pelakon: Salman Khan & Kareena Kapoor
Filem Bajrangi Bhaijaan menjadi filem paling laris untuk tahun 2015, rasanya ramai dah pernah tengok filem ni kan, Jalan cerita yang sangat best dan menyentuh hati memang patut pun dapat kutipan tertinggi n Box Office. Budak Kecik tu sangat comel, cute giler..Kalau korang nak baca Review dan Sinopsis cite ni boleh klik --> SiNi..
2. Prem Ratan Dhan Payo
Pelakon: Salman Khan, Soonam Kapoor, Neil Nitin Mukesh, Swara Bhaskar.
Aku belum tengok filem Prem Ratan Dhan Payo ni cuma pernah baca sinopsis filem ni, jalan ceritanya dekat nak sama dengan filem Korea yang bertajuk Masquerade (2012).
3. Bajirao Mastani
Pelakon: Ranveer Singh, Deepika Padukone, Priyanka Chopra..
Filem Bajirao Mastani ni release sama tarikh dengan Filem SRK n Kajol iaitu Dilwale kat India, n filem Bajirao Mastani ni memang laris habis lah. Aku teringin juga nak tengok cite ni sebab nampak macam best jer walaupun ceritanya pada zaman dulu2. Suka tagline cite ni " The Love Stories Of  A Warrior"..
4. Tanu Weds Manu Returns
Pelakon: Madhavan & Kangana Ranaut..
Aku dah tengok filem Tanu Weds Manu Returns ni best gak, romantik komedi gitu n aku ada buat review cite ni kat blog ni, kalau nak baca Review yang aku buat mengenai Filem Tanu Weds Manu ni boleh --> KLiK SiNi..
5. Dilwale
Pelakon: Shah Rukh Khan, Kajol, Varun Dhawan, Kriti Sanon..
Kat Malaysia filem Dilwale memang menjadi fenomena hahaha, pawagam sentiasa penuh n filem Dilwale mmg berjaya di luar India tapi di India sendiri filem Dilwale hanya mampu berada dalam Top 5 jer. Apapun lagu Janam Janam tu memang meletop habis. Kalau nak tengok lirik n video lagu Janam Janam tu boleh --> Klik Sini..
6. ABCD 2 (Anybody Can Dance 2)
Pelakon: Varun Dhawan, Shraddha Kapoor, Prabhu Deva..
Aku dah pernah tengok filem ABCD yang pertamanyer tapi ABCD 2 ni tak tengok lagi, Dalam filem ABCD 2 ni pastinya penuh dengan tarian yang meletop sebab ianya mengenai pertandingan menari secara berkumpulan gitu. Memang syok tengok diorang menari.
7. Baby
Pelakon: Akshay Kumar, Taapsee Pannu, Anupam Kher..
Aku tak pernah tengok lagi filem Baby ni, kalau tayang kat TV nanti baru aku tengok kot hehehe..
8. Welcome Back
Pelakon: John Abraham, Nana Patekar, Anil Kapoor, Shruti Haasan.
Aku pernah tengok filem Welcome yang pertamanyer tapi dah tak ingat dah jalan ceritanya camne hehe tapi semestinya jalan ceritanya lawak. Filem Welcome Back ni pun aku tak tengok lagi hehe.
9. Singh Is Bliing
Pelakon: Akshay Kumar, Amy Jackson, Kay Kay Menon..
Aku pernah tengok filem Singh Is King yang ada Akshay Kumar n Katrina Kaif tu tapi untuk filem Singh Is Bliing ni aku belum tonton lagi n jalan cerita untuk kedua dua filem ni memang berbeza k, jgn konfius lak hihi, tapi aku ada tengok n dengar lagu2 dalam filem Singh Is Bliing ni. Aku suka tengok heroin cite ni iaitu Amy Jackson tu, cantik giler kot hehehe rupa-rupanya die memang ratu cantik pun, pernah menang Miss Teen USA kot dan lain2 lgi.
10. Gabbar Is Back
Pelakon: Akshay Kumar, Shruti Haasan
Aku ada tengok 15 minit pertama filem Gabbar Is Back ni hehehe tapi tak sempat nak tengok habis sebab internet aku agak slow n susah nak tengok online cite tu sebab die loading agak lambat. Tak sanggup aku nak menunggu hihi nanti bila tayang kat Tv baru aku tengok.


Read More »

Oh My Venus - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Agak terlambat sikit nak review cite ni hehehe walaupun cite ni dah tamat episodnya pada 5 Januari 2016 yang lalu. Drama Korea Oh My Venus ni antara drama Romantik Komedi yang memang super qiut, memang romantik habis, sweet habis, dan gandingan Shin Min Ah dan So Ji Sub memang terbaik habis hahaha. Kedua-dua diorang ni juga turut menang dalam KBS Drama Awards, disamping turut menang Best Couple Award dalam majlis anugerah tersebut yang berlangsung pada hujung Disember yang lalu. Aku sememangnya suka tengok Shin Min Ah ni berlakon sejak drama My Girlfriend Is A Gumiho lagi dan sape boleh lupa lakonan cemerlang So Ji Sub dalam drama popular The Master's Sun. Bila kedua-dua hero dan heroin digandingkan dalam satu drama memang meletop habis lah kan heehehe. Pelakon lain yang turut membintangi drama ni terdiri daripada Jung Gyu Woon, Yoo In Young, Sung Hoon, Henry Lau, Jung Hye Sung dan ramai lagi.
Menerusi Drama Oh My Venus ni kita boleh tengok rupa Shin Min Ah yang cantik tu jadi tembam / chubby gitu, walaupun die jadi tembam, berisi, besar, die tetap kelihatan comel  hehehe. Di  awal2 episod cite ni, ramai juga yang membandingkan jalan cerita drama ni ada sedikit persamaan dengan drama Birth Of A Beauty, tambahan lagi pelakon Jung Gyu Woon turut berlakon dalam kedua-dua drama ni cuma wataknya dalam drama ni sebagai Im Woo Shik tidaklah sejahat dan sekejam seperti wataknya dalam drama Birth Of a Beauty tu. Wataknya dalam cite ni lebih "nice" gitu n baik sikit hehehe cuma die tetap curang lah dengan Girlfriendnyer tu dan couple dengan perempuan lain. Tapi die still ada perasaan rasa bersalah pada ex-girlfriendnyer tu sebab die dah curang semua. Baru aku perasan yang Jung Gyu Woon dan Yoo In Young ni dah pernah berlakon sekali jadi kekasih dalam drama Wonderful Mama, tapi dalam cite tu cinta diorang tak kesampaian hehe.
Entah kenapa aku tak berapa suka dengan Rambut Yoo In Young sebagai Oh Soo Jin dalam cite ni, rambut die nampak pelik, macam tak sesuai dengan muka die. Gaya rambut die dalam drama Mask lebih cantik dari yang ini. Lagu Tema / OST cite ni memang best2 belaka, sedap jer dengar n aku siap gi download lagi hehe. Antara lagu kesukaan aku adalah seperti lagu Beautiful Lady dan My Darling U. Dalam cite ni memang banyak scene2 yang lawak, romantik dan happy2 jer, scene sedih sikit jer, rasanya scene paling sedih sekali masa watak So Ji Sub sebagai Kim Young Ho / John Kim tu kemalangan dan kakinya patah n jadi makin teruk berbanding sebelum ni, pastu watak Shin Min Ah sebagai Kang Joo Eun menangis-nangis di pintu bilik K.Young Ho kat hospital tu sebab die tak dibenarkan masuk semua, part tu la paling sedih sekali. Scene yang paling aku suka masa watak Young Ho, Kang Joo Eun, Joo Sung, Ji Woong berkumpul sekali, setiap kali scene yang ada diorang berempat memang akan jadi best dan lawak.
Masa scene hero dan heroin cite ni bercinta senyap-senyap pun best gak hahaha diorang sembunyikan percintaan diorang dari diketahui oleh Joo Sung dan Ji Woong. Scene yang paling sweet bagi aku adalah masa scene Young Ho melamar Kang Joo Eun tu, rupa-rupanya cincin tu dah ada kat K.Joo Eun dah selama ni cuma Joo Eun jer yang tak perasan hehe. Scene yang K.Joo Eun pergi berjumpa dengan Nenek Young Ho tu pun lawak gak, ingatkan die nak membantah ker ape rupanya tak pun hihi. Ending cite ni sememangnya Happy Ending lah kan bila Joo Eun dah mengandung anak kembar gitu n berat badan die naik balik hahaha. Kalau dalam drama Master's Sun dulu, watak S.Ji Sub sangatlah sombong n ego sikit tapi dalam cite ni watak die lebih santai dan qiut2 sikit hahaha, comel tengok die berlakon jadi qiut2 ni hihi. Dalam drama Oh My Venus ni turut diselitkan juga tips2 kesihatan, cara nak bersenam dengan betul menerusi watak K.Joo Eun yang ingin menurunkan berat badannya tu, kiranya sedikit sebanyak penonton pun boleh belajar sikit2 cara senaman atau tips2 kesihatan lain yang disebutkan dalam drama ni.
Selain itu aku juga suka dengan pegangan serta keazaman K.J.Eun tu die ada falsafahnya yang tersendiri iaitu kalau kita yakin, kita pasti boleh buat. Aku rasa kekuatan drama ni memang bergantung pada pelakon utamanya, dah la dua2 pun popular, berbakat pastu sweet jer gandingan diorang berdua ni, rasanya aku suka jer semua hero2 yang pernah bergandingan dengan Shin Min Ah sebelum ni sebab die serasi berlakon dengan mana2 pun pelakon lelaki contohnya macam Lee Seung Gi, Lee Joon Ki, Jo Jung Suk, dan ramai lagi. Lepas habis drama ni, bila lagilaa Shin Min Ah tu nak berlakon drama lagi sebab kalau ikutkan die lebih banyak berlakon filem dari drama. Apapun drama ni memang seronok ditonton, aku bagi 8 Bintang dari 10 bintang untuk drama ni. 
Sinopsis Oh My Venus
Kim Young-ho is a personal trainer to Hollywood stars. Despite his family's wealth, Young-ho suffered a devastating injury in his childhood. But he believes any problem can be overcome by patience and determination. Kang Joo-eun was once an ulzzang in her teens, semi-famous for her pretty face and enviable figure. Now a 33-year-old lawyer, she has gained a lot of weight since. After getting dumped by her boyfriend and being told by her doctor that she has health issues, Joo-eun hires Young-ho to challenge her to diet and lose weightAs they work on her physical transformation, they heal each other's emotional wounds and fall in love.
Read More »

21 Jan 2016

Sinopsis Drama Cinta Hati Abah Slot Samarinda TV3

Assalammualaikum..
Drama Cinta Hati Abah akan disiarkan pada 20 Januari ini menggantikan drama Aku Pilih Kamu yang telah tamat episodnya. Drama Cinta Hati Abah ini mempunyai 15 episod dan dilakonkan oleh Zara Zya, Nonny Nadirah, Afiq Muiz, Idris Khan, Sweet Farhana serta ramai lagi. Bila tengok sinopsis cite ni nampak macam menarik jugaklah jalan cerita drama terbaru di Slot Samarinda ni, Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k. Sinopsis dibawah ni credit kepada blog EDtv.

Sinopsis Drama Cinta Hati Abah

Kisah seorang nelayan, Pak Salleh (Esma Daniel) yang kematian isteri, dikurniakan 3org cahaya mata, dan ketiga-tiganya anak perempuanAnak yang sulung, Baizura (Nonny Nadirah) merupakan pelajar pintar dan mempunyai masa depan yg cerah, juga menjadi harapan Pak Salleh, melihat Baizura ke menara gading. Walaupun Baizura pelajar pintar, namun dia agak materialistik, bercinta dengan Marzuki (Afiq Muiz), anak kepada Tokey keropok, En. Jalil (Razak Ahmad) dan Che Gayah (Laila Nasir). Anak kedua Pak Salleh, Intan (Zara Zya) juga pelajar cemerlang dan amat sayangkan ayahnya, serta adiknya, Zaharah (Nor Zara Sophia) serta lebih merendah diri berbanding kakaknya.
Anak bongsu Pak Salleh, Zaharah, di bawa oleh Nor Zara Sophia (Zaharah Kecil) dan Sweet Farhana (Zaharah Besar) juga anak yg pintar dan cemerlang, hingga dpt menyambung pengajian ke luar negara. Maimon (Noralbaniah) merupakan adik sepupu kepada Pak Salleh, dan isteri kepada Yamin (Azman Jantan) , seorang yang mempertahankan keluarga Pak Salleh. Intan (Zara Zya) juga rapat dengan Ikmal (Idris Khan), anak kepada Cikgu Ramlah (Suzanne), yg sering mengambil berat tentang IntanDiselit dengan watak Mail (Hadi Nawawi) yang juga pekerja En. Jalil (Razak Ahmad) dan Che Gayah (Laila Nasir) yang akan memberi impak dalam kisah ini.

Milah (Liza Zain) merupakan pemilik kedai makan, mempunyai seorang anak lelaki yang lurus bendul, Fikri (Ben Amir) sering membantu Intan dan menjaga Zaharah. Nantikan kemunculan dan bagaimana kesudahan Cinta Hati Abah, drama bersiri 15episod yg akan mengisi Slot Samarinda, TV3


Read More »

20 Jan 2016

Final Episod Drama Aku Pilih Kamu

Assalammualaikum..
Nampaknya drama Aku Pilih Kamu lakonan Dayana Roza, Hafidz Roshdi, Fazreen Rafi, Siti Elizad dll menjadi drama kegemaran ramai. Episod akhir drama Aku Pilih Kamu ditunggu-tunggu oleh ramai penonton untuk mengetahui kesudahan jalan ceritanya. Apapun ending drama ni mestilah happy ending kan. Walaupun terdapat konflik di episod akhirnya dimana watak Rizman dan Adam saling bergaduh berebutkan Qasya dan menyebabkan Qasya akhirnya melarikan diri untuk mencari ketenangan. Apabila Qasya kembali die kena buat pilihan sama ada memilih untuk bercerai dengan Rizman seterusnya berkahwin dengan Adam mahupun sebaliknya. Memang suspen masa ni hehehe, dan last2 tentulah Qasya pilih suaminya Rizman kan dan hidup bahagia pastu siap ada anak semua.

Read More »

19 Jan 2016

Sinopsis Drama Kak Marr Slot Iris TV3

Assalammualaikum..
Drama Kak Marr sudah pun mula bersiaran di Slot Iris Tv3 sejak 13 Januari yang lalu. Drama Kak Marr ini dilakonkan oleh Rozita Che Wan, Izreen Azminda, Sherry Ibrahim, Redza Rosli, Hairi Safwan dan ramai lagi. Anak Che Ta iaitu Aaisha Dhia Rana juga turut serta dalam drama ni kira macam special appearance gitu. Nampak menarik jalan cerita Kak Marr ni selain dibarisi pelakon yang best2. So jom layan sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Kak Marr

Kak Marr (Che Ta) bekas jurusolek artis yang cantik, glamour dan terkenal dalam bidangnya itu. Namun setelah meningkat usia, Kak Marr mengambil keputusan untuk bersara dan pulang ke kampungnya. Di kampung, Kak Marr membuka sebuah gerai makan yang mendapat sambutan dan terkenal dengan Mee Udangnya. Kecantikan Kak Marr juga membuatkan seorang duda bernama Zolkifli (Redza Rosli) jatuh cinta tapi seringkali terlepas peluang untuk menyatakan rasa hatinya kepada Kak Marr. Kak Marr turut menjual produk kecantikan dan ramailah juga orang kampung terutamanya golongan isteri dan gadis berpusu-pusu datang ke kedainya untuk turut menjadi cantik dan bergaya seperti Kak Marr.

Namun kerana kehadiran Kak Marr, telah membuatkan perniagaan Asmah (Izreen Azminda) yang menjual laksa semakin merudum. Tiada lagi pelanggan datang ke kedainya, jualannya juga tidak habis kerana semua orang bertumpu ke kedai Kak Marr. Ditambah pula dengan hasutan-hasutan Kak White yang dengki dengan kejayaan Kak Marr. Kak White turut mencadangangkan kepada Asmah untuk berjumpa bomoh bagi merosakkan perniagaan Kak Marr. Berjayakah rancangan Asmah untuk menjatuhkan Kak Marr? Saksikan celoteh Kak Marr, perangai gedik Asmah, ragam pekerja dan pelanggannya dalam drama keluarga komedi Kak Marr ini setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang.

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017