Assalammualaikum..
Hari ni nak buat review drama The Master's Sun yang dilakonkan oleh 2
pelakon hebat dan berpengalaman iaitu Go Hye Jin dan So Ji Sub. Seriously drama
ni memang best, terbaik punye, sekali tengok konform akan sangkut dengan cite
ni. Dah ramai yang angau dengan drama ni kerana drama ni sangat sweet. Awalnya
drama ni hanya ada 16 episod tapi disebabkan ratingnya amat baik dan maka
ditambah lagi satu episod menjadi 17 episod. Drama ni bergenre Romantik Komedi
dan Seram.
Drama ni baru jer habis ditayangkan sekitar awal Oktober 2013 yang lalu dan mendapat sambutan yang baik dikalangan penonton. Hero drama ni iaitu So Ji Sub selalu berlakon dalam drama berat
macam Melodrama dan sebagainya jarang nampak die berlakon genre cite macam ni.
Percubaan die berlakon dalam genre Romantik Komedi sangat berjaya, karakter
watak sebagai Joo Won yang ego, sombong n kelakar memang sesuai dengan die hehe.
Die memang comel dgn karakter watak gini tambahan lagi dari awal sampai akhir
tetap hensem.
Lakonan Go Hye Jin memang tak pernah menghampakan, watak yang die bawa
iaitu sebagai Tae Gong Shil memang sangat berjaya. Keserasian hero dan heroin
cite ni memang mantap, sweet jer. Drama ni berada dalam top 3 setakat ini. Drama ni dari episod 1 hinggalah 17 sangat
menghiburkan, tak pernah ada episod yang membosankan. Drama The Master's Sun
akan sentiasa membuatkan kita ketawa, dan kadangkala membuat kita sedih. Namun
tetap happy ending yeayyy hehe. Aku cadangkan korang semua tengok cerita ni,
dijamin korang akan sukanyer. Ending drama ni memang terbaik, setiap watak
dalam cite ni akan ada ending masing2, yang kesemuanya sememangnya happy ending
jer hehe. Semua penonton drama ni memang sangat berpuas hati dengan ending cite
ni.
Skrip Drama ni ditulis oleh Hong Sister yang mana sebelum ni pernah
menghasilkan skrip untuk cite My Girl, My Girlfriend Is A Gumiho, The Greatest
Love dan Big. Walaupun drama ni ada seram2 sikit, tapi takdelah seram sangat
sebab hantu2 dalam cite ni sangat kelakar hahaha macam2 jenis hantu ada, maybe
makeup hantu tu jer agak menakutkan bila mula2 tengok, tapi lama2 tengok
karakter hantu tu terus jadi kelakar lak hehehe. Lagu tema dan lagu2 latar
drama ni semuanya best2 belaka, sangat sesuai dengan babak2 dalam cite ni.
pandai diorang pilih lagu yang sedap didengar dan sesuai dgn cite ni.
Aku siap download semua lagu dlm drama ni masuk phone hehe. Banyak
scene2 yang best dalam cite ni. Antara Scene favourite aku masa Tae Gong Shil
kena rasuk di rumah Joo Won tu,dah macam2 hantu masuk badan die haha memang
kelakar habis siap jadi kucing lah, anjinglah, budak nak aiskrim lah, perempuan
perancis dan mcm2 lagi hihi. Selain Scene tu banyak lagi scene2 yang aku suka. Rindu nak tengok cite ni sekali lagi sebab memang x kan bosan sebab cite ni
amatlaa sweet..
SiNopSis
Tae Gong Shil seorang gadis yang ceria dan bijak namun semuanya berubah
bila die kemalangan dan koma selama 3 tahun. Selepas sedar dari koma, hidupnya
mula berubah bila die mula nampak hantu/roh2. Sejak dari itu T.G.Shil mula
memencilkan diri dan sentiasa hidup dalam ketakutan kerana dirinya sering
diganggu oleh hantu2 yang meminta tolong padanya. Sehinggalah pada suatu hari,
dia terserempak dengan CEO Kingdom Mall iaitu Joo Won dengan Sekretary Kim.
Bermula dari saat itu T.G.Shil sedar setiap kali die menyentuh/memegang tangan
Joo Won hantu disekelilingnya akan hilang darinya dan ini membuatkan Gong Shil
berasa tenang dan selamat kerana akhirnya dia berjumpa dengan pelindungnya.
Walaubagaimanapun sikap Joo Won yang sombong dan ego serta tidak membenarkan
sesiapa yang tidak berkenaan mendekatinya menyukarkan Gong Shil.
Akhirnya Gong Shil terpaksa mencari cara untuk berada dekat dengan Joo Won
iaitu dengan bekerja sebagai cleaner di Kingdom Mall. Maka setiap kali Gong
Shil nampak hantu maka die akan terus berlari kepada Joo Won dan memeluknya
hehe dan kemudian hantu tu automatik akan hilang. Awalnya Joo Won menyangka
T.G.Shil sengaja mendekatinya kerana meminatinya sebab die kaya dan hensem
sebab tu dia tak layan dan akan memarahi serta menghalau T.G.Shil.
Namun lama
kelamaan dia semakin percaya dengan cerita Gong Shil yang G.Shil sebenarnya
mampu melihat hantu. G.Shil juga banyak menolong Joo Won menyelesaikan kes
misteri di Kingdom Mall dan akhirnya Joo Won bersetuju untuk menjadi pelindung
Gong Shil namun bersyarat. Nak tahu jalan cerita selanjutnya, kenalah tgk drama
ni hehe. Apapun drama ni memang happy ending gitu.
Nak Baca Review Drama lakonan Go Hye Jin yang terdahulu boleh klik Link dibawah ini.
Trivia- Go Hye Jin pernah jadi guest dalam Running Man di episod 108 :)