-->

21 Nov 2013

Kejutan Johan Untuk Zizan Di Konsert Akhir AF2013

Assalammualaikum..
Sape yang tengok Final AF2013 mesti perasan kan Johan ada datang n suprisekan Zizan. So Sweet kan. Rupenyer ni memang plan Manager Zizan, Marina Juki, Ozlyn dan JoHan sendiri untuk suprisekan Zizan. Terbaiklah plan diorang ni. Memang dah lama nak tengok JOZAN sama2, dan walaupun JoHaN datang jumpa Zizan tu sekejap jer tapi dah cukup untuk buat satu Stadium dan Penonton di rumah sebak melihat persahabatan JoZaN ni. Peminat JOZAN konform2 menangisnyer tengok Sweet Moment diorang ni.
JoZaN dah berbulan-bulan tak jumpa disebabkan kesibukan masing2, jadi diorang saling merindu di kejauhan gitu. So Ahad lalu kedatangan Johan di Final AF2013 tidak dapat dijangka oleh Zizan. Awalnya Zizan sedang promo Radio Rasmi AF2013 iaitu Era.FM dan kemudiannya terus keluar muzik. Kemudian kedengaran suara Johan menyanyikan lagu Sahabat untuk selamanya yang terus membuatkan penonton bersorak dan stadium jdi gamat. Zizan pula terus memandang ke arah Pintu dan akhirnya Johan muncul. Zizan tak mampu menahan sedihnya dan rindunya pada Johan lalu die menangis sambil diorang berpelukan. Itu adalah Best Moment in AF2013.
Kelihatan Johan juga sangat sebak bila dapat jumpa Zizan tapi Johan ni memang pakar tahan air mata hehe walaupun raut wajahnya jelas kelihatan die sebak dan amat rindukan Zizan, manakala Zizan pula terus menangis sebab terharu dan rindu sangat dengan Johan. Ni lah Aura JOZAN, diorang boleh buat kita happy dan menangis dalam satu masa. Wajah Zizan masa peluk Johan memang epik, seolah-olah die sedang melepaskan segala perasaan rindu die dan ibarat Johan tu adalah semangat die. Hanya peminat setia JOZAN jer yang boleh faham betapa sweetnyer n bestnya tengok JoZan bertemu dan bersama-sama walaupun hanya sekejap.
Masa JOZAN berjumpa di AF2013 tu, diorang juga ada cakap akan join Maharaja Lawak Mega 2014 nyer maknanya MLM tahun depan. Hope jadi kenyataan. Ingatkan sesi sweet2 JOZAN ni dah habis tapi rupenyer bersambung pula di Instagram. JoZan bersweet-sweet pula di Instagram siap cakap rindu semua. Diorang ni memang sweet laa..jom tengok apa yang diorang sembangkan di Instagram.


Keesokannya iaitu hari Isnin, di JoHaRa Pagi Era, masih memperkatakan lagi pasal Jozan ni, best dengar hehehe. Video JOZAN bertemu di AF2013 ni pun banyak diupload di facebook. Kalau ada yg nak tengok boleh tengok di PaGe FB aku, cari kt sidebar k.

Ganbar2 diatas credit to Iman Jozannerz, Intan Marliana dan Aishah Humaira.

12 ulasan:

  1. terubat rindu pada Jozan kak.. tak dapat disangkalkan lagi , Jozan memang the best. jujur dalam setiap persahabatan diorg

    BalasPadam
  2. Strong friendship.. saya pernah terbitkan entry pasal persahabatan diorg nie dalam blog saya time Johan tinggalkan Zizan MLM yg tahun lepas.. Siyes nak mengalir je air mata tengok friendship JOZAN nie.

    BalasPadam
  3. alolo..terubat rindu mereka.. zizan mmg bz lebih dari Johan ye skng..

    BalasPadam
  4. kita pon nangiss... sebak dgn keutuhan friendship mrk..

    BalasPadam
  5. serius nur pun sebak tau time tgk tu..huhuh

    BalasPadam
  6. so sweet....satu ikatan persahabatan yang kukuh.......

    BalasPadam
  7. aaaa...akak pun sedihhhh...diorang memang sweet gile..kalah org bercinta..johan rindu zizan...zizan pun rindu johannn :)

    -intanmarliana-

    BalasPadam
  8. sgt sweet...tgk berulang kali video tu..still sebak :)

    BalasPadam
  9. jozan memang best!?tak sabar nk tunggu JOZAN THE MUSICAL... tq yer sbb setia post pasal Jozan, mmg suka sgt baca blog cik Banu ni hihihi

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017