Review Drama Korea - The Flower In Prison
Assalammualaikum..
Macam biasa hari ni aku nak buat Review Drama Korea yang bertajuk The Flower In Prison, drama ni disiarkan pada 30 April dan tamat pada 6 November 2016 dan mempunyai 51 episod. Banyak kan episodnyer! aku pun tak tahu camne aku leh layann drama yang banyak episod ni hehehe tapi yang pastinya mestilah aku ada skip2 episod yang aku rasa tak best. Antara pelakon yang membintangi drama The Flower In Prison ni terdiri daripada Jin Se Yun, Go Soo, Kim Mi Sook, Jung Joon Ho, Park Joo Mi, Kim Soo Yeon, Choi Tae Joon, Jung Eun Pyo, Seo Ha Jun dan ramai lagi. Pengarah drama ini pernah mengarah drama2 popular seperti Drama Jewel In The Palace, Dong Yi, Horse Doctor dan banyak lagi manakala penulis skrip drama ini pula pernah menulis skrip untuk drama Midas, Triangle, The 101 Proposal, Love Story In Harvard dan banyak lagi. Drama The Flower In Prison ini disiarkan bagi menggantikan Drama Marriage Contract yang telah tamat episodnya dan kemudian akan digantikan pula dengan drama Father, I'll Take Care Of You. Bagi aku drama ni boleh tahan best gak, pastu ada banyak scene2 suspen gitu. Sebelum aku teruskan review, jom baca sinopsis Drama ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Korea The Flower In Prison
Mengisahkan Ok Nyeo yang dilahirkan serta dibesarkan di penjara oleh bapa angkatnya Ji Chun Deuk. Sejak kecil lagi Ok Nyeo bekerja di penjara, sikapnya yang baik hati, ceria dan juga bijak membuatkan Ok Nyeo disenangi ramai. Ok Nyeo kemudiannya mempelajari ilmu mempertahankan diri dari seorang banduan yang bernama Park Tae Soo dan seterusnya menjadi anak didiknya. Ok Nyeo berhasrat ingin bekerja sebagai polis untuk memudahkan Ok Nyeo mencari keluarga kandungnya serta mencari sebab kenapa ibunya dibunuh. Namun hasrat Ok Nyeo tak kesampaian lalu Ok Nyeo memutuskan untuk menjadi perisik rahsia (spy) dan bekerja dibawah Kang Sun Ho. Walaubagaimanapun tidak lama kemudian dirinya telah difitnah membunuh Park Tae Soo dan berdepan dengan hukuman berat. Nasib baiklah dirinya akhirnya diselamatkan oleh Queen Moonjung dan dirinya kini bermusuh dengan orang kaya yang berkuasa iaitu Yoon Won Hyung dan Jung Nan Jung. Pelbagai kesukaran yang terpaksa ditempuhi oleh Ok Nyeo akibat perbuatan Yoon Won Hyung dan Jung Nan Jung. Keadaan ini dirumitkan lagi apabila Ok Nyeo dan anak lelaki Yoon Won Hyung iaitu Yoon Tae Woon saling menyintai dalam diam. Ok Nyeo akhirnya mengetahui yang Y.Woon Hyung, Jung Nan Jung serta Queen Moonjung menjadi penyebab ibunya dibunuh dan membuatkan Ok Nyeo bertekad untuk membalas dendam dan menuntut keadilan.
Ok Nyeo sering berkerjasama dengan cucu Park Tae Soo iaitu Sung Ji Hoon dalam membuat rancangan untuk membalas dendam. Dalam pada itu, Raja Joseon ketika itu, sering menyamar menjadi orang biasa dan mula berkenalan dengan Ok Nyeo, mereka akhirnya menjadi kawan baik dan kelihatan raja juga jatuh hati pada Ok Nyeo. Jung Jan Jung beberapa kali cuba untuk membunuh Ok Nyeo namun sering gagal. Setelah disiasat dan diselidiki, Ok Nyeo akhirnya mengetahui kebenaran, dimana dirinya berasal dari keturunan diraja, ayahnya adalah raja manakala ibunya adalah seorang dayang di istana. Ibu Ok Nyeo dibunuh kerana menjadi saksi kepada komplot untuk meracun raja ketika itu, ini bermakna Ok Nyeo adalah seorang Puteri. Ketika status Ok Nyeo mula diketahui oleh ramai orang, nyawa Ok Nyeo mula terancam bila dirinya dijadikan sasaran utama untuk dibunuh Apa yang berlaku seterusnya? Lagu Tema / OST Drama The Flower In Prison ni boleh tahan gak, terutamanya untuk scene2 suspen memang sesuai dengan jalan cerita. Lakonan Jung Joon Ho sebagai Yoon Won Hyung dan Park Joo Mi sebagai Jung Nan Jung memang sangat berkesan, memang nampak jahat betul terutamanya Jung Nan Jung tu, geram tengok die jahat sangat hehe.
Tapi sejahat - jahat Yoon Won Hyung ni nampak die sayang juga dengan anak lelakinya Yoon Tae Won. Die menyesal kerana telah mengabaikan Yoon Tae Won semasa Y.Tae Won masih kecil dan membiarkan Y.T.Won berdikari sendiri. Setiap kali Yoon Won Hyung tahu yang anaknya dalam bahaya, die akan sedaya upaya cuba menyelamatkan anaknya. Nampakla kat sini kasih sayang seorang bapa pada anaknya. Berbeza dengan Jung Nan Jung yang merupakan mak tiri pada Yoon Tae Won yang sangat benci pada Yoon Tae Won dan sentiasa mencari jalan agar Yoon Tae Won mati. Manakala Yoon Tae Won pula berasa malu mempunyai ayah seperti Yoon Won Hyung dan berasa sangat benci dan ingin membalas dendam pada Jung Nan Jung. Agak pelik tengok pelakon Kim Mi Sook jadi permaisuri yang jahat sebab muka die nampak baik dan sesuai watak yang lemah lembut hahaha. Kim Mi Sook dan Choi Tae Joon pernah bekerjasama dalam drama All About My Mom yang merupakan drama mereka yang terdahulu. Kadang - kadang aku rasa Ok Nyeo ni macam kurang bijak pun ada, overconfident pun ada gak, sebab die slumber je keluar jalan sana sini pada waktu malam dengan ditemani sorang bodyguard perempuan jer. Ok Nyeo tu dah tahu die dalam bahaya dan berdepan dengan cubaan bunuh oleh orang suruhan Jung Nan Jung dan Y.Won Hyung tu tapi masih releks dan santai lagi berjalan - jalan tanpa ditemani oleh ramai bodyguard. Lepas tu berlakulah insiden Ok Nyeo kena culik semua. Benggong betul hahaha.
Apapun dalam banyak2 scene aku suka tengok scene yang melibatkan Jong Geum yang merupakan orang gaji di rumah Yoon Won Hyung dan Jung Nan Jung. Jong Geum ni tak serik - serik mencari peluang untuk menggoda Yoon Won Hyung yang memang kaki perempuan tu. Walaupun Jung Nan Jung dah bagi amaran kat die tapi die tetap degil dan akhirnya Jong Geum berjaya menjadi perempuan simpanan Yoon Won Hyung kerana telah mengandungkan anaknya. Gelagat Jong Geum yang gila2 tu memang lawak hahaha terutamanya bila die panik yang die rupa - rupanya tak mengandung dan risau kalau Yoon Won Hyung akan halau die dari rumah. Selain tu suasana kat penjara juga menarik dan kelakar bila ketua kat penjara tu iaitu Jung Dae Shik agak senang terpengaruh dan sedikit kurang cerdik. Ramai penonton yang memuji lakonan Seo Ha Jun yang melakonkan watak raja tu sebab memang nampak baik jer pastu comel plak tu hahaha. Ending drama ni bercampur baur sikit, ada yang happy ending ada juga yang sedih. Agak sedih dan kesian juga laa bila Yoon Tae Won terpaksa menangkap bapanya sendiri walaupun Yoon Tae Woon tahu yang bapanya banyak menolong dirinya sebelum ini. Lebih sebak bila Yoon Won Hyung merayu pada Tae Won agar melepaskannya pergi. Namun Yoon Won Hyung harus menebus kesalahannya pada ramai orang yang telah die aniaya. Nampak kat sini yang Yoon Tae Won dah start sayang kat bapanya dan nampak die macam sedih dan tak sampai hati juga nak menangkap bapanya.
Bila Jung Nan Jung kena tangkap memang ramai yang suka hahaha, tambah2 abang dan kakak iparnya iaitu Min Dong Joo juga mengkhianatinya. Agak tragis jugak kesudahan hidup Jung Nan Jung dan Yoon Won Hyung yang akhirnya bunuh diri sendiri dengan meminum racun. Manakala kisah cinta Yoon Tae Won dan Ok Nyeo pula tergantung dan tiada kesudahannya sebab masing2 sibuk dengan kerja jadi peguam bela banduan2 yang teraniaya. Walaupun Ok Nyeo tu puteri tapi die tak nak tinggal dekat istana. Selain itu aku tertanya - tanya juga nasib anak perempuan tunggal Jung Nan Jung dan Yoon Won Hyung iaitu Yoon Shin Hye. Apa agaknya yang berlaku pada Shin Hye tu sebab ending untuk wataknya memang tergantung. Adakah Yoon Tae Won akan jaga adik perempuan die tu? Atau mungkinkah Sung Ji Hun sanggup berkahwin dengan Shin Hye tu sebab Shin Hye tu memang ada hati padanya. Selain itu, agak kesian dan tragis juga ending untuk watak Jong Geum tu, yang merupakan perempuan simpanan Y.W.Hyung tapi kini bertukar status menjadi pengemis jalanan bersama bayi lelaki comel yang merupakan anak pada Yoon Won Hyung. Kelihatan Jong Geum takut bila ada orang mengenalinya. Kan bagus kalau Jong Geum tu try pergi berjumpa Yoon Tae Won tu, yela baby tu adik die jugak kan n maybe die leh tolong ker kan.
Rasanya semua pelakon dalam drama ni berjaya membawa watak masing2, jalan cerita pun menarik walaupun agak panjang dan banyak episodnya. Dari segi keseluruhan, aku bagi 7.5 Bintang dari 10 bintang untuk drama ini.
Read More »