-->

26 Dis 2016

Sinopsis Drama Biar Aku Jadi Penunggu

Sinopsis Drama Biar Aku Jadi Penunggu Lakonan Janna Nick
Sinopsis Drama Biar Aku Jadi Penunggu Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama Biar Aku Jadi Penunggu akan disiarkan pada 26 Disember ini menggantikan Drama 7 Hari Mencintaiku yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Ashraf Muslim, Janna Nick, Miera Liyana, Fahmy Reza, Shah Iskandar, Octovia Manrose, Nik Adam Mika, Azar Azmi, Ziha Salleh, Wilma Muhammad, Sharifah Shahora, Mahmod Ali Bashah dan ramai lagi. Drama 28 episod ini diarahkan oleh Michael Ang dan diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Biar Aku Jadi Penunggu karya Novelis Arsha. Mampukah drama Biar Aku Jadi Penunggu ni mengulangi kejayaan drama 7 Hari Mencintaiku, sama - sama kita tunggu k. Jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Biar Aku Jadi Penunggu

Ifaat Hamani dan Afeef Adwan ialah sahabat baik sejak di bangku sekolah lagi. Apabila Afeef mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di luar negara, ibunya telah meletakkan syarat agar Afeef mengakhiri zaman bujangnya terdahulu sebelum dia ke luar negara. Akibat terdesak, Afeef terpaksa menggunakan Ifaat sebagai batu loncatan. Sanggupkah Ifaat menerima lamaran Afeef dan menunggu kepulangannya? Biar Aku Jadi Penunggu mengisahkan Ifaat Hamani (Janna Nick) yang sebenarnya menaruh perasaan terhadap Afeef Adwan (Ashraf Muslim) dalam diam dan berharap agar mereka dapat hidup dengan bahagia setelah Afeef pulang dari luar negara, seperti mana yang dijanjikan olehnya. Namun, perasaan keliru mula wujud dalam hati Ifaat apabila Afeef langsung tidak pernah menghubunginya setelah dia berlepas ke luar negara. Ifaat tertanya-tanya bahawa adakah dia telah melakukan kesilapan dengan mengahwini seorang lelaki yang langsung tidak mencintainya. Selepas tiga tahun tanpa sebarang khabar berita, Afeef telah mengejutkan semua orang dengan kepulangannya ke tanahair bersama seorang anak lelaki. Rupa-rupanya, Afeef telah mendirikan rumahtangga bersama Damia di luar negara, tetapi perkahwinan mereka itu gagal dan tidak dapat diselamatkan lagi. Oleh itu, Afeef kembali dengan sebuah harapan baharu, dia juga ingin menunaikan segala janjinya kepada Ifaat. Hati Ifaat benar-benar terguris dengan apa yang telah terjadi. Dia menyambut kepulangan suaminya itu dengan dingin. Segala kasih sayangnya telah hapus apabila dia mengenangkan perbuatan suaminya yang menyakitkan hati itu. 

Sikap dingin Ifaat membuat Afeef berasa jauh hati dengan isterinya, lebih-lebih lagi apabila Ifaat sentiasa mengungkit sikap Afeef yang tidak setia dan suka mungkir janji. Ifaat dan Afeef sering bertengkar dan juga tidak bersependapat kerana masing-masing mempunyai ego yang tinggi dan langsung tidak mahu mengalah. Ifaat juga tidak bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kerana Afeef telah mengkhianati kepercayaannya selama ini. Rafaal yang sudah lama menaruh perasaan terhadap Iffat hanya mampu memendam perasaan. Harapannya untuk memiliki Iffat kembali terkubur dengan kehadiran Afeef. Dia tahu hati wanita itu hanya untuk Afeef. Afeef tetap berusaha untuk meraih kembali kepercayaan Iffat. Kesanggupan Iffat yang menunggunya hingga hampir empat tahun sudah cukup memberi petanda yang wanita itu mencintainya sepenuh hati. Iffat yang sememangnya menyimpan rasa kasih buat Afeef reda menerima lelaki itu kembali sungguhpun luka di hatinya masih belum sembuh. Sekali lagi janji terpateri. Namun, kasih yang baru sahaja berputik, diduga dengan kehadiran Damia yang ingin kembali meraih cinta Afeef. Dalam masa yang sama pula, Afeef mengesyaki Iffat punya hubungan kasih dengan orang lain kerana cemburu. Sekali lagi Iffat terpaksa menanggung duka. Dituduh tanpa usul periksa membuatkan hatinya kembali terluka.
Namun, mampukah Afeef memujuk hati Ifaat yang telah dilukainya itu?

Lagu Tema / OST Biar Aku Jadi Penunggu
Menanti Janji nyanyian - Ronnie Hussein

5 ulasan:

  1. Saya suka dengan Janna Nick, hopefully drama ni best macam drama lakonannya sebelum ini.

    BalasPadam
  2. macam seram je tajuk dia.. hahaha

    BalasPadam
  3. Cerita nu best sngt.suka tgk janna nick berlakon

    BalasPadam
  4. Cerita best,tapi kenapa kualiti pencahayaan tidak memuaskan...gelap bila scene dalam rumah...

    BalasPadam
  5. Setelah mengikuti drama ini hingga episod 16 memang seronok dan menarik. Tambahan pula lakonan ashraf dan jannah, mereka bijak mainkan peranan seperti yg dikehendaki dlm novel. Saya tak tonton 7 hari bercinta jadi tak boleh buat perbandingan. Namun saya senang hati menonton drama ini. Kesetiaan dan kesedaran bagi saya adalah kunci utama drama ini.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017