Assalammualaikum..
Hari ni nak uat review Drama Korea yang aku dah tengok baru2 ni iaitu Drama yg bertajuk Gu Family Book. Drama ada 24 episod kesemuanya dan dibintangi oleh Lee Seung Gi dan Suzy. Drama ni boleh dikatakan antara drama yang popular untuk tahun 2013. 24 episod bunyi macam banyak jer kan episod die..aku pun awalnya bila tahu ada 24 episod macam malas nak tengok tapi aku tengok gak sebab pelakonnyer hehe Lee Seung Gi ngan Suzy tu memang antara pelakon dan penyanyi yang top di Korea. Bila aku tengok drama ni episod demi episod ternyata drama ni sangat best. Setiap episod berjaya menarik perhatian dan membuatkan kita tertunggu-tunggu untuk tengok episod yang akan datang. 24 Episod drama ni tapi tiada satu episod pun yang membosankan semuanya best dan mengujakan. Lakonan Lee Seung Gi juga terbaik apabila die berjaya membawa 2 watak iaitu sebagai manusia (Kang Chi) dan juga sebagai Serigala Jadian gitu versi lelaki hehe mata jadi warna hijau tu..jenuh nak tukar contact lens hihi.
Lakonan Suzy juga boleh tahan, suka tengok die pegang senjata mcm pedang dan panah tu ada stail gitu..tapi bagi aku keserasian Suzy dan Lee Seung Gi nmpak mcm adik beradik jer x nmpk mcm pasangan bercinta gitu hehe maybe sbb aku lagi suka Shin Min Ah yang pegang watak Suzy tu hehe. Latar masa drama ni adalah zaman lampau tapi di episod final dah jadi zaman moden dah. Lokasi tempat shooting drama ni juga sangat cantik dan indah. Dari komen2 yang aku baca di satu lmn web ni ramai yang suka tengok Bapa kepada Kang Chi ni sbb ramai yg ckp hensem especially part yg bapa Kang Chi bertukar jadi jahat tu. nmpak stailo dan macho gitu. Siap ada yg ckp bapa Kang Chi lagi hensem dari Kang Chi hehe.. Genre drama ni adalah tentang Cinta, Komedi, Aksi & Fantasi.
Gu Wol-Ryung (Bapa Kang Chi)
Watak Jahat dalam drama ni iaitu Gwan Woong memang nampak jahat giler..menjadi watak die sebab semua orang akan benci tengok kejahatan die dlm drama ni..Selain itu, lagu2 dalam drama ni juga sedap2 belaka ada antara lagu tersebut dinyanyikan sendiri oleh pelakon2 dlm drama ni. Aku siap download instrumental lagu2 dalam filem ni sedap jer dengar..2 episod awal drama ni akan menceritakan tentang asal usul ibu bapa Kang Chi, bagaimana mereka bertemu, bercinta dan akhirnya terpisah sehinggalah Kang Chi dilahirkan. Episod ke-3 dan keatas barulah hero heroin drama ni muncul.
SiNopSis
Cerita bermula dgn Yoon Seo Hwa yg berasal dari keluarga bangsawan. Atas kejahatan Gwan Woong, Bapa Y.Seo Hwa dibunuh dan dirinya beserta adiknya dan orang gajinya dihantar ke rumah Gisaeng dan dirinya dipaksa menjadi pelacur. Gwang Woong yang terpukau dengan kecantikan Seo Hwa ingin memilikinya. Akhirnya Y.Seo Hwa melarikan dirinya masuk ke dalam hutan dan orang2 Gwang Woong mengejarnya. Akhirnya Gu Wol Ryung yang merupakan GumiHo menolongnya dan membawa Seo Hwa ke tempatnya. Dipendekkan cerita Seo Hwa dan Gu Wol Ryung saling jatuh cinta lalu berkahwin dan tinggal di dalam hutan. Seo Hwa tidak tahu yang suaminya (Gu Wol Ryung) adalah Gumiho. Namun Gu Wol Ryung mencari jalan untuk menjadi manusia biasa dengan mencari Buku (Gu Family Book) walaubagaimanapun, orang2 Gwang Woong berjaya menjumpai Seo Hwa dan Gu Wol Ryung cuba menyelamatkan Seo Hwa dengan terpaksa bertukar menjadi Gumiho dan akhirnya menyebabkan Seo Hwa takut dan berasa dirinya tertipu. Seo Hwa akhirnya mengambil tindakan drastik dan akhirnya menjadi penyebab kematian Gu Wol Ryung yang dibunuh oleh Dam Pyeong Joon.
Tak lama kemudian Seo Hwa sedar yang dirinya telah mengandung. Dia kemudian melahirkan anak tersebut lalu menyerahkan anak tersebut dalam jagaan kawan baik Wol Ryung iaitu So Jung. Seo Hwa juga meminta agar anaknya dibesarkan menjadi manusia biasa. Kemudian Seo Hwa kembali mencari Gwan Woong untuk membalas dendam dgn cuba membunuhya namun tidak berjaya akhirnya dirinya sendiri yg terbunuh. Anak Seo Hwa tadi dihanyutkan ke sungai dan akhirnya dijumpai oleh sorang bangsawan yang baik hati yg bernama Park Mu Sol lalu dia menamakan anak tersebut sbg Kang Chi dan membela Kang Chi seperti anaknya sendiri. Anak2 kandung Park Mu Sol juga menganggap Kang Chi seperti abang kandung mereka sendiri. Walaubagaimanapun anak bongsu Park Mu Sol iaitu Chung Jo telah jatuh cinta pada Kang Chi. Mereka bercinta dalam diam. Chung Jo adalah kekasih pertama Kang Chi.
Chung Jo
Namun kebahagiaan Kang Chi bersama keluarga angkatnya tidak berpanjangan apabila Gwan Woong mula mencari pasal dengan Park Mu Sol yang mana Gwan Woong mula membuat helah untuk merampas kekayaan Park Mu Sol. Akhirnya dalam satu kejadian Park Mu Sol terbunuh kerana menyelamatkan Kang Chi dan Kang Chi pula dituduh sebagai pembunuh Park Mu Sol, manakala isteri dan anak lelaki Park Mu Sol diseksa dan dimasukkan dlm penjara dan Chung Jo dihantar ke rumah Gisaeng untuk dijadikan pelacur. Dipendekkan cerita Chung Jo awalnya mengikut Kang Chi lari namun disebabkan Chung Jo takut melihat Kang Chi yang bertukar rupa menjadi Gumiho dia akhirnya meninggalkan Kang Chi lalu menjadi Gisaeng (pelacur).
Kang Chi akhirnya bercinta dengan Dam Yeo Wool yang pada awalnya disangka lelaki disebabkan pemakaiannya spt lelaki. Dam Yeo Wool adalah anak kepada Dam Pyeong Joon yang membunuh bapa Kang Chi dulu. Kang Chi tidak mengetahui akan hal tersebut. Dam Yeo Wool dapat menerima diri Kang Chi seadanya walaupun Kang Chi bertukar menjadi Gumiho namun Dam Yeo Wool langsung tidak takut. Dam Yeo Wool adalah semangat untuk Kang Chi..
Gwang Woong akhirnya dapat mengagak yang Kang Chi sebenarnya adalah anak kepada Seo Hwa dan Wu Ryong dan mula mencari jalan untuk menghapuskan Kang Chi. Kang Chi dan Dam Yeo Wool makin rapat apabila Kang Chi turut tinggal di akademi Martial Arts yang dikendalikan oleh bapa Dam Yeo Wool. Chung Jo berasa cemburu dan menyesal apabila mengetahui Kang Chi mula menyukai Dam Yeo Wool.
Sejak dari awal Yeo Wool telah mengetahui hakikat yang dirinya tidak boleh bercinta dengan Kang Chi sekiranya ianya terjadi salah sorang dari mereka akan mati. Namun Yeo Wool tidak pedulikan akan ramalan/hakikat itu dan hanya memandang ke arah masa depan saja.
Apabila Kang Chi mengetahui akan hakikat yg salah sorang dari mereka akan mati. Kang Chi hampir2 memutuskan hubungan kerana bimbang akan keselamatan Yeo Wool. Walaubagaimanapun akhirnya mereka tetap bersama. Keadaan mula menjadi kacau apabila bapa Kang Chi iaitu Wol Ryung hidup semula selepas 20 tahun berlalu. Kali ini Wol Ryung kembali menjadi jahat, dia tidak begitu ingat apa yg berlaku, memorinya semakin terhakis dia mula mengganas dan membunuh orang ramai. Hanya anaknya Kang Chi yg dapat membunuhnya. Wol Ryung akhirnya mengetahui yg Kang Chi itu adalah anaknya dia sempat berjumpa dengan Yeo Wool dan juga Kang Chi serta memberi amaran kpd Kang Chi agar menjauhkan diri dari manusia.
Keadaan mula menjadi huru hara dengan kehadiran seorang wanita jepun yang misteri rupanya dirinya adalah ibu kepada Kang Chi. Situasi yang epik berlaku apabila Bapa Kang Chi bertemu semula dengan isterinya yang pernah mengkhianatinya suatu ketika dulu apa yang jadi???dan kenapa Ibu Kang Chi tak mati n kembali jadi wanita Jepun pulak? kenalah tengok drama ni..cuma aku agak konpius apa yang jadi kat bapa Kang Chi masa last2 tu sebab die Gumiho jadi memang x kan mati nyer adakah die bunuh diri or tidur semula hehehe..pendek kata memang tak rugi tengok drama ni penuh dengan suspen dan kejutan.
Berbalik kepada kisah Kang Chi dengan Yeo Wool, seperti yang diramalkan Dam Yeo Wool akhirnya mati disebabkan dirinya terkena anak panah yang dilepaskan oleh org2 Gwang Woong. Sebelum Yeo Wool mati die dan Kang Chi sempat berjanji yang mereka akan bersama di kelahiran yang lain dan Kang Chi berjanji akan menunggu Dam Yeo Wool. Bagaimana dengan nasib Gwang Woong, yg merupakan orang yang paling jahat dlm drama ni? apa yang Kang Chi lakukan padanya? kena lah tengok drama ni nanti walau apapun Kang Chi x bunuh Gwan Woong ni tapi die ada lakukan sesuatu yang akan buat hidup Gwan Woong terseksa.
Setelah semua selesai Kang Chi keluar dari kampung dan merantau..dia tinggalkan segalanya dan pergi merantau serta menunggu kelahiran semula Dam Yeo Wool..
Disebabkan Kang Chi ni adalah Gumiho maka die tidak akan mati serta Kang Chi akan tetap muda dan dia boleh hidup beribu tahun. Disebabkan janjinya pada Yeo Wool Kang Chi terus menunggu Yeo Wool kembali. Setelah beribu tahun menunggu akhirnya Zaman juga berubah kini Kang Chi sudah berada di Zaman Moden. Di Zaman Moden Kang Chi telah menjadi orang kaya dan dirinya tetap awet muda okey hehe yang lawaknya di zaman moden ini Kang Chi bertemu semula dengan kawan2 nya yang sudah dilahirkan semula. Kang Chi juga bertemu dengan Dam Yeo Wool semula. Namun Yeo Wool tidak mengenalinya.
Ramai gak yg harap drama ni ada sambungan..sebab ending die agak tergantung tapi masih lagi happy ending lah sebab Kang Chi bertemu semula dengan Dam Yeo Wool di Zaman Moden. Rasanya kalau ada sambungan kisah diorang di zaman moden mesti lagi best..kalau tengok ending drama ni Yeo Wool nampaknya jadi Polis masa Zaman lampau pun die memang boleh berlawan. Apapun sinopsis drama ni agak panjang sebab banyak watak n ada gak watak mati hidup balik hehehe..tu pun ada watak yang aku x cerita dalam sinopsis ni..apapun memang x rugi tengok drama ni sangat suspen tu..apapun selamat menonton.
P/s- Drama The Queen Classroom dengan I Hear Your Voice juga best..
Read More »