Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis adalah drama terbaru di slot DramaVaganza Astro Ria yang disiarkan bermula 24 Disember 2019, bagi menggantikan drama Rindu Yang Terlarang lakonan Fikry Ibrahim dan Zahirah Macwilson yang telah tamat episodnya. Antara pelakon Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis ini adalah Nafiz Muaz, Uqasha Senrose, Yusof Bahrin, Elly Mazlein, Harun Hashim, Azri Iskandar, Catriona Ross, Reza Hasbi, Norlia Ghani, Aman Graseka, Zarynn Min dan ramai lagi. Drama ini diinspirasikan daripada Novel Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis karya Aulia Iman. Selain itu Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis ini mempunyai 24 episod dan diarahkan oleh Hashim Rejab serta diterbitkan oleh Mache Allstar United Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Sinopsis Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis
Kisah cinta pandang pertama Kris Al-Hadi (Nafiz Muaz) dengan gadis yang sedang menanti hari perbicaraan. Salsabila (Uqasha Senrose) telah dituduh pecah amanah dan ditahan dipenjara. Kris telah membantunya dan mereka mula saling menyukai. Namun kedatangan Yasmin (Elly Mazlein), tunang kepada abangnya, Khairyl (Yusof Bahrin) yang selalu cuba mengodanya telah menyusahkannya. Kris telah dipaksa berkahwin dengan Yasmin oleh ayahnya kerana salah faham. Kris yang tidak bersetuju telah memaksa ayahnya membuat perancangan lain. Pada hari perkahwinan yang sama dengan abangya, Kris dan Salsabila rasa tertipu apabila nama Salsabila disebut ketika ijab kabul dengan Khairyl. Kris kecewa dan menghilangkan diri. Kehilangan Kris membuatkan Salsabila dan ayahnya menanggung sengsara. Apa yang berlaku seterusnya?..
Lagu Tema / OST Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis
➤ Asmara nyanyian Amir Masdi
Jom Baca Ini juga ➔ Baca Novel Online Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis